cerpen

Laptop di hadapan sudah tidak mampu aku renungi, mata semakin berkaca. Mengalir air mata ini di atas tali pertunangan yang diputuskan pagi kelmarin, tidak ku sangka tergamak dia memperlakukan aku dan keluarga aku sebegini.

Ya Allah, perit benar dugaan yang engkau berikan ya Allah, hamba memohon ya Allah andai ini ujian MU untuk menghadiahkan aku kebahagiaan yang lebih indah maka aku mohon engkau padamkanlah saki baki perasaan cinta aku pada dia ya Rabb.

Assalamualaikum kelas, hari ini ustaz nak bagi kamu semua assignment dan kamu boleh pilih tajuk-tajuk mana yang kamu mahu. Ustaz keluar sebentar,tunggu ustaz datang semula ya, pastikan seorang satu tajuk.

Ya Allah berikan aku kekuatan ya Allah untuk aku bangun semula…aku lemah apabila dugaan sebegini yang menimpa aku ya Allah…. Air di tangan dihirup lembut mencari sekelumit kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan harus diteruskan tidak boleh terus-terusan kecundang.

Ok kelas macam mana? Sudah selesai memilih tajuk? Alia kenapa awk masih merenung boring itu? Ada apa-apa masalah kah? Err….takde apa-apa ustaz Cuma semua tajuk-tajuk yang mudah sudah kawan-kawan lain ambil saya tinggal tajuk yang susah sahaja.
Apa tajuk yang awak kata susah tu? Boleh saya tahu?
Tinggal tajuk ‘kristianisasi cabaran untuk umat islam dalam arus globalisasi,buat satu kajian di gereja St.edward di petaling jaya’ dan satu tajuk lagi ‘isu murtad di kalangan remaja islam,buat satu temu bual bersama remaja islam di shah alam dan sediakan laporan temu bual itu’
Aku tersenyum, alia saya rasa awak ambil tajuk tentang kristianisasi tu, kalau awak mampu selesaikan tugasan ini saya beri awk full mark utk presentation dan assignment ni….soal macam mana awk nak lakukan nanti saya beritahu. Ok? Sudah jangan buat muka seposen awk…. Berderai gelak tawa kelas pada hari itu…alia tersenyum kerana pensyarah kegemaran dia memang sporting…

Untung la kau alia ustaz hairul mahu bantu kau dalam tugasan ni, eh tapi aku dengar ustaz baru putus tuning betul ke?
Mana kau tau semua cerita ni nadia? Tak baik tahu sebarkan cerita palsu
Betul la, aku bukan nak wat gossip kea pa ke, semalam adik ustaz yang beritahu tau..
Macam nil ah nadia aku tak nak kau sebarkan cerita ni ok? Biarlah kita je yang tahu? Ok
Ye la cik alia aku takkan sebarkan cerita ni…hehehe….sayang betul kau dekat ustaz ya? Kenapa kau tak luahkan je isi hati kau pada ustaz? Mana tahu ustaz terima?
Nadia aku bukan perempuan macam itu ok?...lagi pun ustaz tu aku hormat dia….jadi jangan lah cakap macam ni lagi ok?
Baik boss….sambil memuncungkan mulut….nadia kau lah sahabat aku yang memahami



Emm lama sangat aku tak bukak facebook ni, mesti ‘bersawang’ dah gumam hairul sambil tersenyum..
Mak aih 190 notification?...berapa lama ni aku tak bukak?.....ada 4 msg dalam inbox dan 3 permintaan menjadi rakan..
Notification semua takde yang menarik…msg pun sahabat-sahabat memberikan kata-kata semangat…
Emm…Syabrah Ibarah….approve  je lah…

Aik baru approve dah anta chat?

Syabrah Ibarah  : Assalamualaikum akhi, syukran approve ana..lama ana tunggu….

Syahid Atau Menang : Afwan ya uhkti…lama tunggu? Apa maksud uhkti?

Syabrah Ibarah  : Alamak macam mana akhi tahu ana uhkti?

Syahid Atau Menang  : Hehehe tidak mungkin ada lelaki akan guna nama Syabrah Ibarah ni…so ana teka la kamu ni akhowat

Ok kenapa kamu kata lama tunggu? Ana kenal kamu ke?
Syabrah Ibarah  : Akhi tidak kenal ana Cuma ana tertarik dengan ulasan akhi dalam page Alumni Persatuan Mahasiswa Usuluddin Kuis….ringkas tapi padat….masa tu akhi dan sahabat-sahabat akhi berbincang tentang masalah kristianisasi

Syahid Atau Menang  : Owh..jadi ada apa-apa yang ana boleh bantu ke?

Syabrah Ibarah : emm…xde akhi…ana add akhi hanya untuk merapatkan diri dengan orang-orang yang mampu bimbing ana….

Syahid Atau Menang : jadi kalau macam tu salam uhkwah dari ana
Ana out dahulu ya?... assalamualaikum.

Syabrah Ibarah : waalaikumussalam


Allahuakbar, ya Allah 7.04 minit pagi? Astargfirullah hal azim macam mana lah aku boleh tak sedar bunyi jam loceng ni?.... Ampuni aku ya Allah…  ini sudah dikira subuh gajah ni….ah tidak subuh dinosaur layak nye digelar….tiang agama ku tidak mungkin aku biar kan rapuh…harus di tegak kan walau macam mana sekalipun keadaan nya..

Seusai solat tangan ku tadahkan memohon keampunan atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan…
Hari ini hari sabtu tidak perlu aku ke kolej kerana sabtu adalah waktu untuk aku berehat-rehat dan menenangkan fikiran dari kesibukan kerja.

Syabrah Ibarah..hmm kenapa nama itu berlegar-legar dalam kepala ni? Ya Allah apakah ini adalah dugaan mu juga Allah? Jika benar maka KAU kuatkan lah hambaMU ini ya Allah…

Wahai hati jangan lah kau buat lawak boleh tak? Yang sakit menanggung pedih kerana terluka aku…kesakitan kau aku yang tanggung…jangan lah kau tambah kesakitan yang sedia ada wahai hati…hairul membebel di dalam hati..

Luka lama belum pulih sudah menempah luka baru…hati kau memang buat lawak..tersenyum aku sendirian…

Bersambung…









Alia sila ke bilik saya nanti ya? Kita bincang macam mana untuk awak mulakan tugasan awk…
Baik ustaz jawab alia tanpa membantah
Oh ya,tajuk lagi satu tu siapa yang ambil?
Fatin ustaz, jawab alia
Fatin? Yang mana ya? Saya tak perasan pula
Nurfetinelia cikgu yang pakai purdah, dia seorang  sahaja yang pakai purdah
Oh ok..awak suruh dia datang sekali ya…dia akan lakukan tugasan itu bersama awak sebab tajuk dia dan kamu lebih kurang.. terang ku secara ringkas
Baik ustaz petang nanti saya datang dengan dia…assalamualaikum ustaz seraya berlalu
Waalaikumussalam
Selesai perbincangan, dua pelajar yang aku harapkan menjulang kembali  kegemilangan tokoh-tokoh ilmuan terdahulu pulang dengan senyuman mana tidaknya tugasan mereka jadi mudah dengan cadangan dari aku. Pelajar lelaki semua payah untuk memberi kerjasama, masing-masing mahu jalan mudah. Tugasan pun main ambil dalam internet sahaja, bila buat perbentangan langsung tidak mampu membentang secara bijak. Bila di soal tergamam tidak tahu hendak menjawab.

Sunyi pulak bila duduk seorang diri di rumah ni,sepatutnya rumah ini di penuhi dengan gelak tawa pasangan suami isteri, namun semua telah ditakdirkan dia bukan milik aku. Hmm kehidupan harus di teruskan walau apa jua halangan yang datang. Ya Rabb andai ujian yang ENGKAU beri ini mampu membahagiakan aku maka aku redha.

‘Assalamualaikum mak, amin ni insya’allah hujung minggu ni amin balik ke kampung rindu kat mak dan abah… 
balik lah mak pun rindu jugak lama anak mak ni tak balik ke kampung balas ibu ku dengan suara tersekat-sekat…sedih barang kali kerana apa yang telah terjadi pada ku.

Lama juga berbual dengan mak, lega sikit bila dapat berbual dengan mak. Ya Allah sesungguhnya kedua orang tua ku adalah anugerahMU yang tidak ternilai ya Allah…terima kasih ya Allah…

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering mematikan lamunan aku, assalamualaikum…
Waalaikumussalam..jawab satu suara yang tidak pernah ku dengari sebelum ini
Siapa ni ya? Kenapa call saya malam-malam begini? Lagipun sudah lewat malam
‘saya zafrul tunang nurfetinelia salah seorang pelajar ustaz di kolej…saya Cuma mahu ustaz tahu yang saya tidak suka dia bergaul dengan ustaz… saya tahu ustaz baru sahaja putus tunang…tapi jangan cuba untuk pikat dia, saya rasa ustaz lebih arif tentang hal ini bukan? Bahawa haram mengganggu tunangan orang?
Astargfirullah hal azim…saudara saya rasa saudara sudah salah faham saya tidak berniat langsung…. Sudah la ustaz jangan cuba nak berdalih lagi…ini amaran dari saya…jangan ganggu dia lagi.
Tuttttttttttt….talian di matikan…. Perlahan aku mengusap muka ku…ya Allah ujian apakah lagi ini ya Allah?....aku redha dengan kehendakMU…

Bersambung..            




Assalamualaikum ustaz, maaf jika saya mengganggu….
Waalaikumussalam, ye fatin boleh saya bantu?
Err..macam ini ustaz…err..malam tadi ada lelaki call ustaz ke?
Emm…ya ada…dan kamu nurfetinelia kan?....kenapa ya dengan dia?
Saya nak minta maaf pada ustaz,  tuning saya tu dia kuat cemburu sedikit  saya minta maaf sangat-sangat ustaz.
Tak mengapalah, Cuma kalau boleh saya tidak mahu di serang begitu dan ini akan menimbulkan fitnah jika tersebar. Harap awk faham…emm ada apa-apa lagi yang  awk nak perkatakan?
Err…takde ustaz…maaf ganggu ustaz… Assalamualaikum
Waalaikumussalam

Hmm…ada-ada sahaja la budak-budak zaman sekarang ni. Hati ku tergelak mengenangkan perkara ini

For the rest of my life…
I’ll be with u I’ll stay by your side
Honest and true

Siapa pula yang hantar msg ni?
Adam: Amin , adam ni kau datang atau tak ? lama aku tunggu ni, kalau tak jadi dtg aku balik dlu

‘ya Allah, macam mana aku boleh lupa si adam ni?...
Aku : Tunggu jap, aku dah nak gerak ke tempat kau…sorry aku lupa
Adam : banyak la kau punya lupa….hahaha..aku dah agak dah mesti kau lupa punya
Aku : (^_^)
Adam : dah jangan nak wat muka ngada-ngada kau tu cepat gerak
Aku : ok

Macam mana lah aku boleh lupa dengan janji aku pada adam untuk belanja dia makan ni? Hahahaha tergelak aku dalam hati.

Kau kenapa ni min? Tanya adam
Aku knp? Aku ok je la, balas ku sambil tersengih
Sudah la macam la aku baru kenal kau sehari dua, dah 8 tahun tau aku kenal kau dari sejak kita kat kolej dulu…adam mula membebel aku macam biasa diam dan tersenyum…aku tahu adam risau kan aku ye la, dengan keadaan aku yang masih terumbang ambing di sebabkan putusnya tali pertunangan.
Aku macam ni lah adam, aku ok kau jangan risau lah, insya’allah dua tiga bulan nanti aku ok la…balas ku untuk menyakinkan adam
Amin aku tahu senyuman kau tu luaran je dalaman kau tu menangis meraung kan? Balas adam
Aku hanya mampu tersenyum ‘hanya Allah sahaja yang tahu adam betapa lemah aku saat ni’ hatiku berkata-kata tetapi mulutku tidak mampu untuk luahkanya…bagi aku biarlah kesakitan ini aku tanggung sendiri kerana aku yakin dengan ketentuan ilahi.

‘Haa..kau sibuk hal aku yang kau pulak macam mana? Jangan di biarkan masyitah menanti lama sangat, nak jadi macam aku ke?’  Seloroh ku sambil mengangkat kening ku
‘Masyitah faham keadaan aku, dan aku sedang berusaha untuk  memujuk orang tua ku menerima dia dan keluarga dia, susah la bila family aku mementingkan fahaman politik dalam memilih menantu.’ Terang adam sambil melepaskan keluhan
Aku pula memang sudah maklum keluarga adam adalah keluarga yang kuat pegangan politik dan memihak kepada kerajaan sekarang. Aku menggaru kepala yang tak gatal ni
‘kau kena terangkan pada family kau cepat dam, mereka harus faham perbezaan fahaman politik tidak boleh dijadikan sebab menolak dan membenci seseorang’ nasihatku walau aku sendiri tidak yakin dengan apa tang aku lafazkan itu.
‘nantilah amin, aku sedang berusaha untuk meyakinkan keluarga aku, jom main bowling dah lama rasanya tidak kalahkan kau dalam permainan ni’ kata adam sambil menunjukkan thumb ups
‘eh bukan engkau tak pernah menang ke dengan aku’ balas ku sambil ketawa

bersambung




Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...