Permata Yang Di cari


Intro

“Kringggggggggg….” Jam loceng berbentuk ultraman itu berbunyi kuat, seperti tidak mahu berhenti. Hadiah pemberian arwah atuk, sama macam arwah atuk selalu kejutkan tiap kali waktu subuh untuk bangun solat.

“Hmm, dah pukul berapa ni?” hati Syahid berkata-kata sendirian sambil mengenakan kacamata. Takkanlah nak jerit kuat-kuat pulak kan, nanti tak pasal-pasal kena marah dengan si hisham sebelah katil dia tu. Dikatakannya mengigau pulak nanti, syahid melihat jam loceng ultraman itu beberapa kali untuk memastikan jarum jam.

“Baru pukul lima. Takpe lah, dapat bersiap awal,” gumamnya dalam hati sambil melihat roommates yang lain. Tidur mati agaknya diorang ni. Dia berdoa dalam hati:

Doa bangun tidur:

‘Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami,
dan kepada-Nya kami kembali.’

Syahid menguap beberapa kali sambil menggeliat ke kiri dan ke kanan, membetulkan urat-urat yang berselirat time tidur. Mengantuk plus penat. Mana tak nya, semalam penat dia angkut dua buah beg yang sarat dengan baju-baju dan barang-barang. Ditambah kotak buku yang berat mencecah tiga kilo mungkin atau lebih. Dan mungkin nasibnya tahun ni, dapat pulak parcel 1 hujung dunia, tingkat tiga pulak tu. Mujurlah dapat tiga tingkat je. Kalau dapat yang lagi tinggi memang nak tercabut lah tangannya mengangkat barang-barang tu seorang diri.

Jam loceng yang masih di tangan Syahid itu segera diletakkan di tepi tingkap. Syahid dapat katil di tepi dinding, senanglah nak study tengah-tengah malam nanti kerana dapat tengok dan hirup udara malam kerana meja study betul-betul di tepi tingkap. Kalau bosan-bosan boleh juga melihat alam ciptaan Allah yang indah, itupun kalau bernasib baik budak-budak tidak buat bising. Kadang-kadang terjerit-jerit macam di rasuki syaitan, kadang-kadang boleh pulak diorang main mercun. Macam-macam hal dengan dunia sekarang ni.

“Mana pulak aku letak towel ni?” gumam Syahid dalam hati sambil mencari-cari tuala yang rasa-rasanya disidai di depan katilnya itu.

“Huh, ni pun.” Lantas Syahid mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi yang terletak berhampiran biliknya sahaja.

Untung jugak dapat parcel kat hujung fikir Syahid dalam hati. Dekat dengan tandas dan bilik mandi. Mudah dia nak ke toilet  tengah-tengah malam, takde la takut sangat jalan jauh-jauh. Biasa la, kadang-kadang takut jugak berjalan sorang-sorang kat Parcel ni. Macam-macam difikirkan. Dan yang penting tidak perlu tunggu giliran untuk mandi sebab dekat parcel satu ni tidak ramai yang menginap, mereka lebih suka memilih parcel 3 ataupun 4.

Selepas selesai membersihkan diri, Syahid segera bersiap-siap memakai jubah lalu turun dan menuju ke Masjid. Sebelum turun syahid akan mengejutkan semua roommate dia dan yang pasti Hisham antara orang pertama yang akan di kejutkan.

“Hisham, bangun. Dah pukul 5.30 pagi dah ni,” katanya perlahan sambil tangannya menggerakkan badan sahabat sebelah katilnya itu.

“Hmmmmmmmm. Nak bangun la ni,” kata Hisham sambil mengesat matanya itu.

“Bangun cepat. Nanti lambat pulak nak siap ke kelas,” kata Syahid lagi.

Hisham segera bangun dan membuka loker untuk mengambil keperluan peribadi. Sambil itu Syahid mengejutkan lagi beberapa budak biliknya yang lain.


Masjid masih lagi gelap ketika Syahid melangkah masuk. Sambil melangkah dengan kaki kanan, Syahid berdoa:

Doa masuk masjid:

‘Dengan nama Allah, dan salam ke atas Pesuruh Allah.
Ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakanlah pintu rahmat-Mu.’

Segera dia membuka suis lampu dan kipas. Lalu membuka al-Quran kecil yang berwarna hijau. Al-Quran comel itu dihadiahkan oleh Akhi idiyal kerana Syahid berjaya mendapat anugerah dekan untuk semester 2 dulu. 

Syahid tersenyum terkenangkan sahabatnya itu. Walaupun mereka selalu bertekak, tapi Syahid tahu jauh di sudut hati akhi idiyal amat menghormatinya kerana dialah satu-satu sahabat yang memahami. Pesan idiyal semasa menghadiahkan Syahid al-Quran ini agar selalu membacanya. 


“Rajin-rajin baca al-Quran tu . Nanti pahala dapat juga pada aku,” kata idiyal sambil tersenyum. 

“Pahala pun boleh kongsi jugak ke?” Tanya Syahid meminta kepastian.

“kau ingat duit je ke boleh kongsi-kongsi.” Akhi idiyal berseloroh. Lalu akhi idiyal membacakan sepotong hadis kepada syahid.

“Apabila meninggal seorang anak Adam itu, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah jariah yang ditinggalkan semasa hidupnya. Kedua, ilmu yang dimanfaatkan kepada orang lain. Ketiga, doa daripada anak yang soleh.”

“Oh, ni kira macam sedekah jariah la ni ye akhi?” kata Syahid sambil membelek-belek al-Quran  di tangannya itu.

“Lebih kurang macam tu la kot. Selagi sedekah atau pemberian kita kat seseorang tu dimanfaatkan untuk kebaikan, selagi tu kita dapat pahala sama… Contohnye la kan, macam Aku bagi kau al-Quran ni, and kau baca tiap hari, aku pun dapat pahala sama sebab aku yang bagi kau al-Quran tu. Tapi katakan la aku bagi awek yang seksi kat kau, dan kau suka pulak lepas tu buat benda bukan-bukan, secara automatik aku dapat saham sekali. Sebabnye, aku yang bagi aweks tu.” Ujar idiyal bersungguh-sungguh.

“Tapi kalau setakat bagi sedekah je, tapi tak baca sendiri macam mana pulak tu akhi? Macam kat masjid tu, ramai orang kaya yang wakafkan al-Quran, tapi tak tahu lah diorang tu baca ke tak ntah…” Tanya Syahid.

“Emm…dapat la jugak ganjarannya kot. Tapi sikit je lah kot.”

“Lagipun, dulu ustaz aku ada cakap, kalau kita buat sebanyak mana pun perkara baik, seluas lautan sekalipun, tapi kalau kita tak tunaikan yang wajib seperti solat, puasa, zakat, jadinya amalan-amalan sunat kita pun belum tentu akan diterima. Bayangkan, kita suka tolong orang, tapi kita tak tunaikan solat. Solat tu kan tiang agama, malah solat pun kunci untuk ke syurga. So, amalan kita akan jadi sia-sia je lah kalau tak solat. Kalau solat itu tiang agama dan kita tidak mendirikan solat mustahil agama akan tertegak, agama tertegak dalam diri manusia dahulu baru lah di zahirkan di dunia nyata.

“Lagi satu, aku ada teringat satu pesan Nabi SAW. Amalan kita akan menjadi sia-sia kalau kita tak solat. Dalam riwayat Bukhari, Nabi SAW bersabda: “Segerakanlah mengerjakan solat Asar, orang yang meninggalkan sembahyang Asar bererti telah hapus amalannya.” Kat sini, bukan khusus untuk solat Asar je, actually untuk semua solat yang lima tu lah…” 

“Actually, aku pun tak tahu nak jawab macam mana soalan kau tu. Risau terbagi ajaran sesat je kat kau nanti, lagipun aku ni kurang lagi ilmu. Nanti kita tanye Amir la nak?” jawab idiyal sambil tersengeh-sengeh. Lebih baik mereka bertanya kepada Amir kerana Amir lebih banyak ilmu agamanya kerana dia merupakan seorang imam di masjid. Selalu sahaja dipanggil untuk memberikan ceramah dan tazkirah.

“Ok jugak tu. Nanti tanya Amir la lepas Amir balik masjid.” Ujar Syahid. 

“Anyway, kau suka  tak al-Quran tu? aku tak tahu nak hadiahkan kau apa, so kebetulan masa jalan-jalan kat kedai buku aku Nampak al-quran ni. Tu pasal aku  belikan je al-quran” kata idiyal sambil memandang wajah sahabat dia yang satu itu.

“Syukran ye, akhi idiyal. Nanti bagi la lagi hadiah kat ana. Hehehhe.” Balas Syahid sambil tersengeh.

“Ye lah tu, rajin pulak aku nak bagi hadiah kat kau...hahahaha…” jawap idiyal ringkas sambil ketawa.....

“Insya-Allah, aku akan memanfaatkan pemberian ijal ini,” bisik Syahid di dalam hati.

Syahid menyempatkan diri untuk solat sunat Witir dua rakaat. Selepas itu, al-Quran comel miliknya itu segera diselak. Syahid  mencari penanda berwarna biru + hitam buatan tangan kakaknya yang tertulis kalimah Basmalah dengan menggunakan tulisan khat nasakh. Cantik. “Kreatif jugak kakak aku ni.”

Syahid memulakan bacaannya dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Selang beberapa ayat suci dibaca, masuk seorang pelajar putera lalu duduk di sampingnya. Oh, khairul annam pelajar semester empat diploma human resource. Dia juga membaca ayat suci al-Quran sementara menunggu azan Subuh dilaungkan di masjid Al-azhar.

Setelah hampir satu surah dibaca, terdengar laungan azan sayup-sayup kedengaran. Syahdu hati Syahid mendengarnya. Kalimah Tauhid itu dihayatinya sepenuh hati.

Hayya ‘alas solah
Hayya ‘alas solah
Hayya ‘alal falah
Hayya ‘alal falah
As-solatu khairum minan naum
As-solatu khairum minan naum
Allahu Akbar… Allahu Akbar
Laa ilaha illallah…

“annam, tunggu akhi sekejap ye. Kita solat jemaah sama-sama jap lagi. Akhi nak solat sunat qabliyyah dulu,” ujar Syahid kepada juniornya yang berada di sebelahnya itu.

“Tak pe akhi, ana pun nak solat qabliyyah jugak. annam nak habiskan bacaan ni dulu,” ujar annam sopan.

“Okey.” Jawap Syahid ringkas lalu segera menyempurnakan solat sunat qabliyyah dua rakaat sebelum subuh.

Memang itulah amalan sunat yang telah menjadi kebiasaan bagi diri Syahid. Selewat manapun dia bangun untuk solat fardhu Subuh, dia tetap mendirikan solat qabliyyah itu. Itu lah pesan faris sahabatnya yang selalu mengajaknya menunaikan dua rakaat sebelum Subuh setiap pagi sejak dia pertama kali mereka berkenalan semasa semester satu. Solat sunat Subuh juga disebut sebagai solat sunat Fajar merupakan salah satu amalan Nabi yang tidak pernah ditinggalkan. 

Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa pada suatu hari Nabi SAW terlewat untuk ke masjid kerana ada sesuatu urusan. Sesampainya ke masjid, baginda terus mendirikan solat bersama-sama para sahabat. Seusai solat, Bilal bertanyakan kelewatan baginda. Lalu baginda SAW mengatakan ada sesuatu urusan yang perlu diselaikan dan baginda juga menyempatkan diri untuk solat sunat Fajar sebelum ke masjid. “Wahai Rasulullah, engkau sudah terlambat,” ujar Bilal. Sabda Nabi SAW: “Sekiranya aku terlambat lebih dari itu pun, aku tetap akan solat dua rakaat sebelum Subuh dengan sempurna.” (HR Abu Daud)

Dalam riwayat lain pula, daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.” (HR Muslim)

Sementara Syahid menunggu juniornya menyudahkan sulat sunat, dia membelek-belek al-Quran comel dan membaca tafsiran ayat.

“Wahai manusia! Beribadatlah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).” [surah al-Baqarah: 21-22]

“Ya Allah, ampunilah hamba-Mu yang selalu melupakan-Mu ni.” Bisik hati kecil Syahid.

“akhi, hayya ‘alas solah,” kata khairul annam. Syahid segera bangun ke saf hadapan.

“Hmmm, mana yang lain ni. Mentang-mentanglah kolej tidak mewajibkan bersolat di masjid semua jadi malas mahu ke masjid,yang datang pun semuanya lambat.” Kata Syahid seakan-akan mengeluh. Ketika itu beberapa pelajar putera yang lain masuk ke Masjid tergopoh-gapah terus menuju ke saf.

khairul annam segera melafazkan Iqamah. Solat Subuh pagi itu diimami oleh Syahid. Seusai solat, mereka beristighfar dan membacakan zikir-zikir.

Terasa tenang seketika di kala itu. Alhamdulillah, penuh tiga saf jemaah pada pagi itu.

Syahid memberikan sedikit tazkirah ringkas kepada jemaah yang lain.

“Alhamdulillah, kita dapat lagi bangun pagi ni, dan dapat berjemaah bersama-sama.
Benarlah, tiada sesuatu yang diperintahkan oleh Allah itu sia-sia. Dan setiap apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW itu mesti ada rahsianya.” Sudah cukup bagus Rasulullah s.a.w memohon kepada Allah s.w.t ketika peristiwa israk dan mikraj untuk mengurangkan jumlah solat kepada lima waktu sehari semalam.

“Seperti di dalam solat, ada rahsia mengapa Nabi SAW amat-amat menekankan untuk mengerjakannya secara berjemaah. Allah swt telah menjanjikan 27 kali ganda pahala orang yang bersolat berjemaah. Berbanding orang yang hanya bersolat seorang diri, Cuma mendapat satu je pahala. Cuba kita bandingkan dalam kehidupan kita, kalau diberikan pilihan RM27 dengan RM1, mana satu kita sambar dulu? Sudah tentu jumlah yang banyak tu kan. Tapi kenapa susah sangat nak berjemaah.” Ada ke orang yang di ‘offer’ gaji antara rm27000 dengan rm1000 mereka memilih rm1000? Ada?? Ada juga beberapa pendapat yang mengatakan bahawa solat berjemaah di masjid adalah syarat sah solat, sesuai dengan hadis rasulullah s.a.w yg bermaksud....ada seorang sahabat nabi yang buta meminta kebenaran dari nabi s.a.w untuk bersolat dirumah kerana dia buta, dan rasulullah s.a.w membenarkan tiba-tiba azan berkumandang nabi .s.a.w seraya berkata marilah kita ke masjid sekarang. Ini membuktikan bahawa solat berjemaah adalah sangat-sangat di tekankan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat-umat nya.

“Ana tahu mungkin kita dah lali dengar pasal ni kan. Jadi, cuba-cubalah cari peluang untuk berjemaah dalam setiap solat. Tak dapat penuh lima waktu pun tidak mengapa la, at least dalam sehari berjemaahlah walaupun dalam satu waktu.”. Dan kalau di izinkan oleh Allah s.w.t , solat la di awal waktu, itu lebih afdal dalam mengerjakan sesuatu amal. Sesuai dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, dari ibnu mas’ud r.a berkata Rasulullah s.a.w , amal yang lebih afdal dilakukan adalah solat pada awal waktunya....sadaka rasul s.a.w. Ana mengingatkan diri ana dan juga sahabat semua agar apa yang dituntut oleh Allah s.w.t untuk kita lakukan maka kita lakukan lah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Sambung Syahid menghabiskan tazkirah ringkasnya itu
Pagi itu dia tidak melihat kelibat sahabatnya yang selalu bersamanya jika ada masa terluang,mungkin belum sampai lagi kot dari kampung. Mungkin hari ini dia sampai. Akhirnya bermula sesi untuk semester baru, diharap semester ini mampu meningkatkan lagi prestasi lebih dari semester yang lepas. 

Dua bulan kemudian

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Telefon bimbitku berulang-ulang kali mendendangkan lagu Sebuah pertemuan nyanyian kumpulan nasyid  terkenal, UNIC. Oleh kerana lagunya sangat menenangkan serta menyentuh kalbu,aku menjadikannya sebagai nada dering untuk jam locengku di telefon bimbit.Tanganku pantas meraba ke bawah bantal mencari telefon bimbitku.”Hah,dapat pun!” Dengan bersusah payah aku membuka mata dan...
Astaghfirullahalazim! 7.07 pagi?
Aku lewat lagi pagi ini dan yang paling menyedihkan solat subuhku ‘gajah’ lagi.Mungkin bukan gajah tetapi ‘dinosaur’ layaknya kerana kini subuh  masuk waktu seawal sekitar 5.45 pagi.Masuk pagi ini sudah tiga kali berturut-turut aku terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh. Dahulu aku selalu menasihati sahabat semua supaya selalu berjemaah di masjid, tetapi sekarang aku pula yang jarang ke sana. Ya Allah ampuni lah segala dosa hambaMU ya Allah.
Lantas aku beristighfar lagi sambil melompat dari atas katil. Langkahku dipercepat.Tiang agamaku tidak mungkin kubiarkan terus rapuh. Biar sudah terlambat, solat harus dikerjakan dan keampunan harus kupinta daripada Yang Maha Pengampun.
Matahari semakin terik. Peluh cepat sahaja bertelur di dahiku. Mujur kuliah selama enam jam berturut-turut sudah pun tamat, alhamdulilah. Namun ada sesuatu yang kukesali. Walaupun si pensyarah hebat dalam menerangkan ilmu-ilmu fikh kepada kami, nampaknya aku gagal memahaminya dengan baik.
Aku tidak dapat fokus sedang teman-teman yang lain tersenyum lebar sambil memuji-muji kehebatan si pensyarah tadi menghurai tajuk pelajaran pada hari ini. Muhasabahku mengingatkan aku kepada solat subuh yang terlewat pagi tadi. Mungkin inilah akibatnya apabila solat subuh yang merupakan permulaan hari pun tidak dikerjakan pada waktunya. Bibirku melafazkan istighfar lagi.
Setibanya aku di parcel, aku terus mengajak ahli baitku mengerjakan solat asar berjemaah. Kali ini solatku lebih khusyuk seolah-olah ingin berlama-lama ‘menghadap’ Dia demi memohon keampunan dari setiap penjuru khilaf yang telah ku perbuat. Usai solat, wirid yang aku imami sengaja aku panjangkan dek kerana perasaan rasa bersalahku padaNya masih berbaki.
Satu jam lagi kelas al-ilm la-akidah akan bermula. Hendak mengulangkaji pada waktu petang-petang sebegini selalunya apa-apa yang dibaca susah sedikit mahu difahami, tambahan pula memang aku sudah biasa belajar selepas solat maghrib. Untuk mengisi masa lapang ,ku buka komputer ribaku untuk menyemak emel. Tiba-tiba ‘offline message’ dari Akhi mujahid,mahasiswa usuluddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor muncul di skrin.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan:
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Aku terkedu. Mesej yang diterima betul-betul terkena di batang hidungku sendiri.Mesej yang di hantar akhi mujahid tepat dan terus menusuk ke hati. Tidak dapat kubayangkan betapa seksa dan dahsyatnya azab Allah SWT. Air panas yang terkena ditanganku semasa membancuh milo pagi tadi pun sudah cukup membuatku terjerit, apatah lagi azab Allah yang maha pedih.
”Nauzubillah min zalik”, ucapku dalam hati.
Sememangnya pagi tadi aku bukan sengaja melewatkan solat subuhku.Aku cuma terlewat bangun kerana terlalu penat stay up malam mengulangkaji sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur yang lama. Namun perasaan bersalah terasa kuat sehingga diri terasa hina. Ah,lama sungguh aku melayan perasaan. Kelas al-ilm al-akidah bakal bermula sebentar sahaja lagi.
Tingkat 3 bangunan bangunan Akademi Islam sudah dibanjiri dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti biasa,bilangan akhowat melebihi bilangan ikhwah yang hadir. Tidak lama kemudian,Ustaz Salman zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai ‘Akhi Salman' di alam maya tiba diiringi beberapa orang ikhwah.
Syukur pada Allah kerana dengan adanya insan yang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmu seperti Ustaz Salman, kami mendapat pelbagai ilmu yang sudah semestinya tidak mungkin diperolehi di Fakulti lain. Kelas ini ‘open’ untuk semua pelajar tidak kira dari fakulti mana,kerana ini salah satu cara pengurusan kolej menarik lebih ramai pelajar kearah pembangunan ummah. Jadi di dalam kelas ini ada dari fakulti akademi islam, ada yang dari fakulti nursing dan ada juga dari fakulti pengurusan dan fakulti bahasa dan komunikasi. Meskipun sistem pembelajaran yang di gunakan ustaz Salman tampak menarik diselang-selikan pula dengan lawak-lawak ustaz yang pastinya mengundang tawa, tumpuanku agak terganggu dengan kehadiran akhowat yang seorang ini.
Petang ini, dia kelihatan bersahaja jubah berwarna biru laut, warna kesukaanku. Tambahan pula, dia memilih untuk duduk betul-betul sebaris denganku. Ah,Allah memang sengaja ingin menguji keimananku. Pandanganku asyik tertumpu ke arah gadis itu. Entah mengapa hatiku berkenan sungguh padanya. Mungkin kerana akhlaknya yang baik, ditambah pula dengan sikapnya yang peramah serta menjaga adab sebagai muslimah. Tetapi dia tidak pernah mengetahui bahawa aku mengaguminya dalam diam. Cuma terdaya memandangnya dari jauh.
Lamunanku terhenti apabila ustaz menyentuh bab hati. Tumpuanku bertambah semula. Ada kata-kata ustaz yang mengganggu ketenangan di hatiku. Kata ustaz, semasa solat kita hendaklah khusyuk kerana apabila kita teringat perihal dunia sedang bibir memuji kebesaranNya, Allah akan berkata dengan nada yang sedih:
”Yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?”.
Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk, Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga, Allah tidak akan bertanya lagi. Jika Allah sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima?
Aku terus tersentak. Kelas al-ilm al-akidah kali ini betul-betul memberi impak besar pada diriku. Dadaku terasa bagai dihempap. Sedih, terkilan, menyesal, semuanya menjadi satu. Seisi kelas terdiam seribu bahasa bagai bermuhasabah sendiri pada waktu itu juga.Ya Allah,orang yang melaksanakan solat, tiang agamaMu pun ada cacat celanya apatah lagi orang yang menunaikan solat tetapi di hujung-hujung waktu sepertiku ini. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.
Kali ini mataku tidak terarah ke arah sang gadis itu lagi. ”Maksiat mata!”, bentak hatiku. Aku bertekad,perasaan ini tidak harus dilayan dan solat selepas ini akan kukerjakan dengan sebaiknya walau terpaksa berperang dengan diri sendiri melawan kemalasan serta hasutan syaitan. Ya! Aku harus kuat untuk menjadi muslim yang sejati. Biar Islam pada diriku bukan sekadar tertulis hanya pada nama, tetapi biar terzahir pada hati, lafaz serta perbuatanku.
Allahuakbar,allahuakbar....
Azan sudah pun berkumandang. Alhamdulilah, pada kali ini aku berjaya menunaikan solat Subuh pada awal waktu. Aku berasa sangat gembira sehingga di kelas pun aku masih tersenyum. Pada sujud terakhir, ada air mata keluar berlinangan dari kelopak mataku. Alangkah indahnya jika kita sentiasa hidup dalam keimanan. Alhamdulilah...


Aku termenung sejenak sebaik sahaja lagu dendangan kumpulan In-Team itu habis dimainkan. ‘Doa Seorang Kekasih’. Tersentap hatiku. Seakan lagu itu ditujukan untukku. Tanpa ku sedari, ada titisan mutiara yang keluar dari mataku. ALLAH Kenapa begini??

Aku telah menyerahkan urusan mencari jodohku kepada Mu ya Allah. Aku redha dengan pilihan MU. Aku tahu, apa yang telah Engkau tetapkan untuk ku adalah yang terbaik buatku. Aku ingin hidup dalam keredhaanMU.

Tetapi, aku juga manusia biasa. Aku punya hati dan perasaan. Aku punya jiwa dan nafsu. Kekadang nafsuku mengatasi. Aku akui, aku punya pilihan di hati. Yang aku redha agama dan akhlaknya. Namun, aku sedar batasannya. Aku sendiri tidaklah terlalu mengharapkannya. Aku tidak ingin bermain api. Aku tidak ingin bercinta sebelum waktunya. Biarlah cinta itu hadir bersama sebuah janji pernikahan.

Aku mengharapkan seorang gadis yang solehah. Lebih soleh dariku kerana aku ingin dia menjadi temanku di dunia dan di akhirat. Menjadikan aku seorang imam yang soleh. Aku ingin seorang gadis yang tidak takut berjuang bersamaku di jalanNYA kerana aku ingin menjadi imamnya di syurga nanti. Aku tidak perlukan rupa dan hartanya. Cukuplah agama dan akhlaknya yang indah.

ALLAHUAKBAR...

Jauh benar aku mengelamun.

YA ALLAH..


Syahid mengeluh. Lagu nyanyian kumpulan nasyid DEHEARTY  itu benar-benar menyentuh perasaannya. Kitab Mukaronah al-addiyan yang sedang ditelaahnya itu diletak perlahan di atas meja lalu dia bangkit dan berbaring di atas tilamnya. Hasratnya ingin memejamkan mata sementara menunggu azan Zuhur. Hakikatnya dia ingin menenangkan hatinya yang sedang dalam tidak keruan itu. Semenjak dua ini hatinya sering tidak tenteram,seakan ada sesuatu yang di cari tetapi tidak pasti apakah ia.

Namun, lagu ' Permata yang dicari’ itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Mata yang dipejam dibuka perlahan. Terbayang wajah seorang muslimah di matanya. Muslimah yang telah mencuri hatinya tanpa dia sedari. Muslimah yang telah mengetuk pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat buat insan bernama wanita. Bukan tidak punya perasaan Cuma apa yang telah berlaku membuatkan dia benci pada perempuan, namun muslimah init telah Berjaya mencuri hatinya, ya Allah jika benar dia jodoh ku maka Engkau satukanlah kami ya Allah, tetapi jika dia bukan milik ku maka kau redhakn lah aku dengan ketentuan yg telah engkau tetapkan untuk ku ya Allah.

Nur Adillah Humairah. Nama yang sangat indah. Seindah peribadi dan akhlaknya. Seorang gadis ceria yang bertudung labuh di kolej mereka, satu fakulti dengan syahid berlainan jabatan,gadis itu dalam jurusan syariah dan syahid dalam jurusan usuluddin. Dalam diam Syahid menyimpan perasaan pada Adillah. Bukan dia sengaja membiarkan hatinya tertarik pada wanita. Namun, perasaan itu hadir secara tiba-tiba. Tanpa dia sedari. Padahal, dia hanya mengenali insan itu hanya beberapa ketika, itu pun hanya untuk satu semestar kerana gadis itu satu kelas dengan nya untuk madah al-hadis dan usul fikh. Berbicara jauh sekali. Hanya pernah mendengar suaranya di kuliah ketika membuat pembentangan.

Syahid segera beristighfar. Dia tidak mahu syaitan mengambil kesempatan atas kelalaiannya itu. Dia masih punya pegangan agama. Jika tidak, sudah pasti dia akan mencari jalan untuk mendampingi gadis idamannya itu. Jika dahulu mungkin dia akan terus mendekati gadis itu, tetapi sekarang syahid bukan begitu lagi, dinding iman yang cuba dibina akan terus dipertahankan.

Suara hatinya itu hanya sahabat baiknya sahaja yang mengetahui. Faris. Itulah sahabat di saat suka dan dukanya selama ini. Mereka sentiasa saling ingat mengingati. Saling tegur menegur andai berlaku kekhilafan. Dia bersyukur mempunyai sahabat seperti Faris yang sentiasa mengajaknya ke arah kebaikan. Faris sentiasa menjadi teman di kala senang atau pun susah, walau Faris adalah dari kalangan orang-orang berada dan senang, tapi dia tidak pernah sombong dan bangga dengan kekayaan keluarganya, bagi dia kekayaan bukan segalanya jika hati kosong tanpa di isi dengan tuntutan ilahi, jasad yang tidak sujud pada sang pencipta lebih hina dari anjing yang berkeliaran di tepi jalan. Bagi Faris harta tidak boleh beli seorang sahabat, kami bersahabat hampir 5 tahun, satu jangka masa yang agak lama bagi kami mengenali antara satu sama lain.

Faris jugalah yang menasihatkannya supaya menyampaikan perasaannya itu pada Adillah melalui perantaraan dirinya. Tujuannya untuk mengetahui samada Adillah sudah mempunyai calon suami atau belum. Jika belum, syahid mempunyai peluang untuk meminangnya.

Tetapi, Syahid enggan. Dia merasakan dirinya belum bersedia. Masih banyak perkara yang harus difikirkan. Dia masih belajar. Masih mempunyai keluarga yang harus dijaga. Kehendak hatinya itu harus diketepikan terlebih dahulu. Dia bukanlah dari keluarga yang kaya dan senang, dia tidak akan mampu untuk meminang sesiapa pun kerana keluarga dia hanya lah keluarga orang-orang yang sekadar cukup-cukup makan sahaja. Ayahnya seorang persara pengawal keselamatan, kebetulan masa muda ada menuntut ilmu mengurut, dengan upah mengurut itulah keluarga dia mampu meneruskan hidup.

Namun, sebagai manusia biasa yang dikurniakan nafsu, kekadang keinginan untuk mencintai dan dicintai itu hadir juga. Setiap kali matanya menangkap kelibat Adillah, hatinya bergetar. Segera dilarikan pandangannya. Bukan dia meminta. Dia juga tidak mahu. Tetapi, itulah fitrah. Fitrah seorang manusia. Bukan di kawal oleh nafsu tetapi kehendak dan fitrah seorang lelaki yang membuatkan dia tidak keruan tiap kali memandang Adillah. Pernah juga Syahid cuba membuang perasaan itu tetapi setelah mendengar ceramah ustaz Azhar Idrus barulah hatinya sedikit tenang. Ustaz Azhar idrus mengatakan ‘tidak mempunyai fitrah seseorang lelaki itu jika tidak ada perasaan suka kepada perempuan kerana Allah telah menjadikan medium pernikahan sebagai medium untuk lelaki dan perempuan saling menyintai. Dan Allah meredhakan percintaan antara lelaki dan perempuan dengan cara Allah mensyariatkan pernikahan.

Syahid meraup wajahnya dan menyisir lembut rambutnya. Dia bangkit lalu mencapai kopiahnya dan kunci motor yang terletak di atas meja. Kakinya melangkah keluar menuju ke arah motosikalnya.

' Biarlah aku mengadu pada ALLAH. Dialah sebaik-baik tempat mengadu saat hati keliru'


Getaran di dada Adillah berlagu kencang saat dia mendengar alunan suara seorang pemuda mengalunkan azan. Menusuk kalbu. Sebak dirasakan. Dia mengenali suara itu, suara seseorang yang telah terbit di hatinya.

" Adillah, jom masuk. Termenung apa lagi?"

Adillah tersentak mendengar suara sahabatnya,sahabat yang satu-satunya memahami dia sepenuhnya Masyitah menegurnya. Dia tersenyum. Dia baru tersedar yang dia sedang berdiri tegak sendirian di tengah halaman sebuah surau kecil di kawasan perumahan yang  mereka sewa.

Kakinya segera melangkah masuk ke dalam surau. Kelihatan sudah ada beberapa orang jemaah lelaki di dalamnya. Matanya menatap pada si pemuda yang baru selesai mengalunkan azan itu. Teringin dia melihat wajahnya. Suaranya lunak menggetar jiwa.

' Ah, Syahid?'
Adillah terkedu saat pemuda itu berpaling untuk turut berada bersama jemaah lain. Itu Syahid. Dialah yang selama ini diharapkan menjadi pendamping hidupnya. Dialah yang selama ini didambakan sebagai kekasih hatinya. Dalam diam Adillah juga menyimpan perasaan pada Syahid.

' ALLAH Dugaan apakah ini YA ALLAH? Mengapa KAU hadirkan dia dihadapanku di saat aku sedang keliru? Mengapa KAU hadirkan dia dimataku di saat aku tidak ingin melihat lagi wajah itu??'

Adillah segera menyelak tabir yang memisahkan di antara bahagian muslimin dan muslimat. Segera dia mengambil tempat di sebelah Masyitah. Masyitah sudah siap megambil wudhu'.

" Ya, ukhti..ke mana saja enti pergi? Lama ana menunggu"

Adillah hanya tersenyum. Cuba menyembunyikan gelojak dihatinya yang masih belum reda.

Segera dia bangkit semula dan melangkah menuju ke tempat wudhu'. Dia ingin menenangkan hatinya dengan air wudhu'. Dia ingin menghilangkan gelojak jiwanya dengan pertemuan bersamaNYA.



Monolog Syahid Abdul Aziz dan Nur Adillah Humairah..

' YA ALLAH..biarlah aku simpan perasaan ini. Seandainya dia adalah jodohku. Satukan kami di jalanMU. Seandainya dia bukan milikku, kikislah perasaan ini. Aku redha dengan segala ketentuanMU. Berilah aku petunjukMU..'



Kempen ' Dibius cinta Ilahi’ yang diadakan oleh Sekretriat Jabatan Dakwah Dan Pengurusan itu mendapat sambutan yang baik daripada semua mahasiswa dan mahasiswi. Masing-masing memberikan komitmen terbaik dengan menghadiri pelbagai program yang disediakan. Para urusetia pula sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Dendangan lagu yang kedengaran dari dalam dewan Akademi Islam itu sedikit mengganggu tumpuan Syahid yang sedang sibuk menyiapkan kain rentang ' Aku Cinta Dia Kerana Cintaku padaMU' untuk ditandatangani oleh para siswa dan siswi. Jari yang sedang sibuk melakar terhenti secara automatik. Kepala diangkat. Dia menghayati senikata ' Permata Yang Dicari'

' Dialah permata yang dicari, selama ini, baru ku temui, tapi ku tak pasti, rencana ILLAHI, adakah dia kan ku miliki'

Bibirnya menggumam perlahan. Nafas perlahan dihembus. Sayu benar hatinya mendengar bait-bait lagu tersebut.

" Akhi syahid, enta tak apa-apa?"

Syahid segera menoleh. Kelihatan Faris sedang merenungnya sambil memegang beberapa naskah surat khabar ‘HARAKAH’. Dia segera menghadiahkan sebuah senyuman kecil pada sahabatnya itu. Kerja yang terhenti disambung semula.

Faris merenung tanpa bicara. Dia tahu apa yang bermain di fikiran sahabatnya itu. Matanya melilau di segenap tempat. Mencari-cari jika ada insan yang telah mencuri hatinya dan sahabat dia yang satu ini.

' Adillah, siapakah bakal pendamping hidupmu? Siapakah yang bakal menjadi imammu? Demi sahabatku, aku rela mengundurkan diri. Demi sahabatku, aku redha seandainya kau tercipta bukan untukku', aku merelakan andai dikau menjadi milik sahabatku, jika dia bahagia aku juga bahagia dan aku bahagia jika kau bahaga di samping dia.

Mata Faris mula berkaca. Segera dia mengalihkan pandangannya dari melihat Adillah yang sedang sibuk menguruskan bahagian pendaftaran. Dia menarik nafas panjang. Belakang Syahid ditenung, ‘engkau beruntung wahai sahabat jika Berjaya memiliki Adillah’

Dia rela mengundurkan diri setelah mengetahui bahawa Syahid juga turut menyimpan perasaan pada Adillah. Dia tidak rela sahabatnya bersedih kerananya. Dia ingin menjadi sahabat yang baik, baik untuk di dunia dan akhirat.

Kata Saidina Umar:

' Sahabat yang baik adalah sahabat yang mendahulukan sahabatnya berbanding dirinya sendiri'

Dan dalam hal ini, dia rela mendahulukan Syahid. Meskipun dia sudah lama menyimpan perasaan pada Adillah iaitu sejak mereka di Alam Asasi lagi, dia tahu Syahid lebih layak. Syahid dan Adillah saling tidak mengenali. Itulah yang lebih baik menurutnya. Dua orang yang tidak mengenali bersatu atas nama cinta terhadap dakwah. Alangkah indahnya dan bahagianya cinta itu. Dan dia, sangat mengenali Adillah melalui cerita-cerita yang disampaikan tentang diri Adillah dari kedua orang tuanya bahkan keluarga mereka juga saling mengenali dalam urusan perniagaan. Dan yang paling penting, dia tahu bahawa Adillah juga menyimpan perasaan yang sama pada Syahid. Dia mengetahui perihal tersebut melalui sahabat baik Adillah, Masyitah.

" Akhi Faris, ana mohon masa enta sebentar. Ada perkara penting yang ana nak bincangkan. Enta ni sahabat baik akhi Syahid kan? Sejujurnya, ada seorang Muslimah yang menyukai Syahid dalam diam. Bukan suka yang biasa, bahkan dia menolak sebuah pinangan kerana Syahid. Dan ana nak tahu, kalau-kalau Syahid sudah mempunyai calon zaujah, jadi ana akan khabarkan pada sahabat ana itu agar dia tidak lagi berharap"

" Ana sebagai sahabatnya wajib menyimpan segala rahsianya. Tapi jika benar sahabat enti itu ikhlas, ana akan cuba berbicara pada syahid nanti. Sejujurnya, dia belum mempunyai calon zaujah secara sahnya cuma di hatinya itu sudah ada wanita pilihan. Boleh ana tahu siapa sahabat enti itu?"

" Dia, Adillah Humairah..Tapi, ana mohon jangan disebutkan nama itu pada syahid. Ana cuma perlu tahu samada dia sudah mempunyai calon atau belum. Itu saja. Afwan"

Dan sejak perbincangan tersebut, semakin keras diasuh hatinya agar segera melupakan Adillah. ' Duhai hati, sabarlah..yakinlah dengan janji ALLAH bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya'. Titis air mata yang mengalir menandakan betapa hatinya sarat dengan penderitaan yang tidak mampu diungkapkan. Demi seorang sahabat yang dicintai, dia rela mengorbankan perasaannya sendiri. Biarpun derita, dia pasrah. Dia yakin pada takdir yang ditentukan. Dia rela demi untuk kebahagiaan sahabatnya. Dia yakin kasih ALLAH lebih bernilai berbanding kasih insan yang tidak kekal selamanya.

Faris bangkit dari perbaringannya. Hari ini dia pulang ke rumah atas permintaan ibunya. Katanya ada perkara yang sangat mustahak yang perlu dibincangkan segera. Dia juga tidak tahu apakah perkara mustahak tersebut.

Tuala kuning dicapai lalu kakinya pantas melangkah ke kamar mandi. " Acu, mak ada benda sikit nak bincang dengan kau ni. Sebab tu mak suruh kau balik''. Faris mengangkat wajahnya dari novel yang sedang dibacanya. Dia memandang lembut wajah ibunya. Ayah sedang duduk tenang disebelah ibunya. Dia menutup novel yang sedang dibaca lalu bangun dan melangkah ke arah mereka. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan kedua orang tuanya itu.

" Apa benda yang mak nak bincang dengan Acu tu?? Sampai tak sempat tunggu Acu balik minggu depan". Faris tersengih mengingatkan suara ibunya semalam di dalam telefon yang begitu bersungguh menyuruhnya pulang ke rumah.

Puan Jannah memandang suaminya yang masih tenang disebelahnya. Lidahnya seakan kelu. Tiada kata yang bisa diungkapkan untuk melahirkan hasrat dihati. Dia takut anak bongsunya ini marah dengan keputusan yang di buat tanpa bertanya dahulu pada dia.

" Kami nak nikahkan kamu"

Seakan hirisan pisau kata-kata yang keluar dari mulut bapanya itu. Ringkas dan padat. Tidak perlu bunga-bunga kiasan. Faris menelan air liur yang seakan tersekat di kerongkong. Matanya memandang tepat kedua orang tuanya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata, semuanya dalam sekelip mata.

" Nikah? Dengan siapa??" Akhirnya Faris berjaya bersuara

" Dengan perempuanlah, takkan nak nikahkan kamu dengan lelaki kot"

Faris tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut bapanya itu. Wajahnya serius tidak berkocak walaupun bibir menuturkan kata-kata lucu. Debaran di dada kian surut mendengar senda bapanya itu namun masih belum padam.

" Mak dengan ayah dah ada calon ke untuk Acu?"

" Pasal tu, kamu tak payah risau. Mak dengan ayah dah uruskan. Sekarang ni, kami cuma perlukan persetujuan kamu je"

Faris diam.

" Kenapa tiba-tiba??"

Pertanyaan anak lelaki mereka itu tidak dijawab dengan segera. Puan Jannah dan Encik Abdullah diam dan saling memandang. Tiada kata-kata yang terluah. Puan Jannah bangun dari duduknya lalu duduk disebelah Faris. Tangan anaknya diambil lalu dipegang erat. Dan rambut anaknya di usap lembut.

" Mak dengan ayah ni dah tua. Dah tak lama hidup kat dunia ni. Sebelum mak mati, mak nak tengok anak mak ni nikah. Ayah kamu tu, dulu teringin sangat nak tengok Along kamu nikah tapi tak ada rezeki nak buat macam mana. Along kamu belum bersedia katanya,nak tunggu dia bersedia tak tahu lah bila. Perempuan yang mak dengan ayah nak jodohkan dengan kamu ni pun sebenarnya nak dijodohkan dengan Along kamulah dulu tu. Budaknya baik, solehah, hormat orang tua. Mak dah lama kenal keluarga dia. Keluarga baik-baik. Sebab tu mak nak jodohkan kamu dengan anak diorang"

Panjang lebar kata-kata yang keluar dari bibir ibunya. Hatinya berbolak-balik. Tiba-tiba dia teringatkan Adillah. Gadis yang sangat dicintainya itu.

'Mungkin ini hikmahnya yang ALLAH tentukan untuk aku. Mungkin inilah pengganti Adillah. Mungkin ini jodohku dan ini peluang untuk aku lupakan semuanya tentang Adillah, dia hanya layak untuk sahabat aku Syahid.

" Mak, ayah..bagi Acu masa. Acu nak solat istikharah dulu. InsyaALLAH..sebelum Acu balik hostel, Acu akan bagi jawapan"

Puan Jannah dan Encik abdullah tersenyum. Terselit sejuta harapan agar Faris akan memberi kata persetujuan. Sudah lama mereka ingin mempunyai menantu dan cucu, terlalu lama menunggu anak sulung mereka tetapi penantian tidak mampu lagi mereka menahan kesabaran, takut tidak sempat melihat persandingan anak lelaki mereka.


' YA ALLAH..andai dia adalah jodohku, aku terima. Berikanlah aku petunjukMU. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui apa yang berada di dalam hatiku. Andai ini hikmahnya, aku redha. KAU ikhlaskanlah hatiku. Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala ketentuanMU' Aku pasti dia adalah jodohku yang telah kau tetap kan untuk ku ya Allah.

Dan malam itu, Faris tidur dengan tenang ditemani mimpi kehadiran seorang gadis berpurdah yang menghulurkan tangan padanya. Faris tersenyum.


" Mak, ayah..Acu tak nak tengok siapa bakal isteri Acu tu. Jadi, mak dengan ayah uruskanlah semuanya. Acu nak akad nikah je,hihi"

Puan Jannah dan Encik Abdullah tersenyum mendengar celoteh Faris. Pagi itu, Faris memberi khabar yang mereka harap-harapkan. Tidak sia-sia doa mereka sepanjang malam. Namun, apabila mereka mahu menunjukkan gambar bakal isterinya, dia enggan melihat. Dia bertegas untuk melihat bakal isterinya itu hanya pada malam pengantin. Alasannya untuk menjaga hati. Dan mereka akur.

Faris mengemaskan baki-baki barang yang perlu dibawa ke hostel . Hatinya berbunga riang. Dia juga tidak tahu mengapa. Tetapi, kehadiran wanita berpurdah di dalam mimpinya itu membuatnya tekad untuk menerima permintaan kedua orang tuanya. Walau pun hatinya belum dapat melupakan Adillah, namun dia yakin dia akan melupakannya juga setelah menikah nanti.

" Mak, ayah..Acu pergi dulu ye..."


Syahid memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas perkhabaran yang baru diterimanya. Sungguh dia tidak menyangka. Sungguh dia tidak menduga bahawa Adillah juga turut menyimpan perasaan padanya. Dia benar-benar bersyukur atas kurniaanNYA. Perasaannya berbunga namun segera dikawal dengan istighfar. Dia tahu, perasaan seperti ini akan membawa akibat yang buruk seandainya terlalu dilayan. Dia tidak mahu terjebak dalam kancah percintaan sebelum tiba waktunya. Dia teringat kembali perbualannya dengan sahabatnya, Faris.

" Akhi, ada seorang muslimah yang menyimpan perasaan terhadapmu. Bukan sekadar perasaan yang biasa bahkan dia ingin menjadi suri hidupmu. Dia baru sahaja dikhitbah, tetapi dia menolak keranamu. Dan dia khuatir kalau masih ada yang mahu mengkhitbah, dia khuatir tidak mampu lagi menolak tanpa alasan yang kukuh. Justeru dia ingin tahu seandainya dirimu sudah mempunyai calon zaujah. Jika belum, dia berhasrat untuk menunggumu"

" Faris, adakah muslimah itu Adillah??"

Faris tersenyum. Hasratnya tidak ingin mengkhabarkan identiti si muslimah tetapi Syahid lebih pintar meneka. Namun hatinya sedikit cemburu tetapi kuat di tolak perasaan itu kerana ingin menjaga persahabatan antara mereka.

" Sejujurnya, ana sendiri baru sahaja bercadang untuk mencari seorang perantara bagi mengkhabarkan hasrat ana pada Adillah. Tak sangka, dia lebih pantas rupa-rupanya. Khabarkan padanya, ana ingin menjadi yang halal untuknya. Tetapi nabi berpesan untuk meninggalkan yang haram dan beroleh yang halal. Mintalah dia untuk bersabar kerana ini bukan hanya untuk dunia tetapi untuk akhirat juga. Ana sedang berusaha ke arah itu"

Nyanyian nasyid 'Mahar cinta' itu dirasakan benar-benar tepat dengan situasinya. Dia akan cuba untuk menjaga hubungan ini sebaiknya. Dia tidak mahu bercinta sebelum waktunya. Dia hanya akan bercinta selepas akad. Itu janjinya.


" Adillah, jom kita tunggu bas kat sana. Ana tak laratlah nak jalan sampai ke bus-stop" lagipun tak ramai kat sana,boleh ye uhkti’ pujuk masyitah

Adillah dan Masyitah berjalan menuju ke sebuah pondok. Mereka baru sahaja selesai menghadiri kuliah. Deruman motosikal pelajar yang juga sekuliah dengan mereka membingitkan telinga. Masing-masing ingin segera pulang ke rumah.

" Haish, awatla si Syahid tu berjalan tunduk sangat tu? Dah macam nak tercium dada je ana tengok" masyitah tergelak melihat gelagat syahid yang berjalan sambil memandang ke bawah.

Adillah memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Mardiyah. Kelihatan Syahid sedang berjalan dengan kepalanya ditundukkan. Terlalu tunduk. Adillah tersenyum lalu segera dialihkan pandangannya. Enggan memandang lebih lama khuatir tidak mampu mengawal perasaannya.

" Assalamu'alaikum"

Adillah dan Masyitah menoleh ke arah suara yang memberi salam.

" Wa'alaikumussalam"

Serentak mereka berdua menjawab. Faris sedang tersenyum memandang mereka.

" Ada sesuatu yang ana perlu bincangkan dengan ukhti Adillahah"

" Silalah. Masyitah seorang sahabat yang rapat dengan ana dia juga berhak dengar"

Adillah memberi keizinan sambil memandang Masyitah mengisyaratkan dia juga berhak untuk mendengar dan tidak perlu pergi dari situ.

Faris menyampaikan segala pesanan Syahid kepada Adillah. Dilihatnya gadis itu seakan terkedu. Diam seribu bahasa. Bahkan sewaktu dia meminta diri untuk pergi, Adillah masih lagi bungkam di tempatnya. Dia yakin Adillah gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Adillah masih tidak berganjak dari tempatnya. Dia seakan-akan tidak percaya dengan perkhabaran yang dibawa oleh Faris. Dia beristighfar menenangkan hatinya yang sedang berkocak. Keringat membasahi wajahnya. Dia masih belum mampu bertenang. Tetapi, bukankah ini yang dia harap-harapkan?? Namun, dia khuatir. Dia hanya manusia biasa yang punya nafsu. Dia khuatir tidak mampu mengawal nafsunya. Dia khuatir tidak mampu mengawal perasaannya. Dia tidak mahu perasaan nya hanyut dengan perkhabaran ini, dia bimbang akan terleka dengan cinta dunia dan lupa cinta pada yg Esa.

" Adillah, jom. Bas dah sampai"

Masyitah menarik tangan Adillah. Sejuk dan sedikit menggeletar. Masyitah tersenyum. Dia tahu, Adillah terkejut. Dalam hati, dia berdoa agar jodoh sahabatnya itu dipercepatkan kerana dia tahu bukan mudah untuk mengawal perasaan. Dia yakin sahabatnya tidak akan terjebak dengan zina lain tetapi dia khuatir sahabatnya akan bermain dengan zina hati.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk..surah Al-Isra’, ayat 32”

Zina adalah suatu perbuatan yang sangat hina di sisi Islam. Kalimah ‘jangan mendekati’ yang digunakan bermaksud perbuatan itu adalah sesuatu yang sangat dilarang dalam Islam sehinggakan ALLAH melarang kita daripada mendekatinya. Jika untuk dekati zina itu sudah di larang apatah lagi untuk melakukannya.

'Ya ALLAH Engkau Lindungilah sahabatku'


Hari-hari seterusnya dilewati seperti biasa. Jika sebelum ini Adillah sering terserempak dengan Syahid, kini wajah itu seakan-akan hilang dari matanya sejak faris membawa perkhabaran tersebut padanya. Dia bersyukur. Dia sendiri berdoa agar dia tidak perlu melihat wajah itu lagi. Bukan kerana benci tetapi dia ingin menjaga hatinya dan juga hati Syahid. Dia tidak mahu berzina dengan hatinya. Mungkin Syahid juga sepertinya. Sengaja menghilang dan tidak menampakkan dirinya pada Adillah.

Pernah juga kelibat Syahid singgah di matanya tetapi segera dia menghindari. Malu. Dia teringat gelagat Syahid yang terlalu tunduk sewaktu berjalan dihadapannya. Dia ketawa kecil. Pasti pemuda itu sedang malu dan menyangka dia sudah mengetahui perihal perasaannya.

Dia benar-benar ingin menjaga perhubungan tersebut. Dia tidak berhubung dengan Syahid. Bahkan kalau boleh, dia ingin pergi dari hidup pemuda itu buat sementara waktu. Dia tidak ingin menjadi sebab kepada goyahnya iman dan kepimpinan mujahid islam itu. Kadangkala- dia berasa menyesal atas keterlanjuran mereka. Keterlanjuran meluahkan perasaan. Walaupun niatnya baik, dia kadangkala tewas jga dengan perasaannya. Sering sahaja dia teringat pada Syahid. Kadangkala dia menangis sendiri atas kelemahan hatinya itu. Namun, segalanya sudah ditakdirkan. Kini dia hanya mampu berusaha agar fitrah selama ini tidak akan menjadi fitnah. Fitrah yang dikurniakan Allah s.w.t keatas hamba-hambanya.


Nur Adillah Humairah termenung panjang memikirkan peristiwa yang baru sahaja terjadi dalam hidupnya itu. Peristiwa yang sama berulang kembali, cuma pemegang wataknya yang berbeza. Dia sama sekali tidak menyangka perlu melalui perkara itu lagi dalam tempoh secepat ini.Jika sebelum ini, dia sendiri yang menolak kerana dirasakan tidak bersedia. Selepas peristiwa yang pertama, dia bertekad akan menyerahkan segala urusan berkenaan hal tersebut kepada kedua orang tuanya.

Dia berserah kepadaNYA. Jodoh itu milikNYA.'Banyaknya kereta kat depan rumah. Siapa yang datang??' Adillah membuka pintu kereta teksi yang dinaikinya. Setelah membayar tambang, dia beralih ke bonet kereta untuk mengambil beg pakaiannya. Namun, matanya tidak lepas daripada memerhatikan perkarangan rumahnya. Dihadapan rumahnya terdapat 2 buah kereta yang tidak dikenali. Benaknya turut sama berjalan seiring dengan langkahnya menuju ke rumahnya sambil cuba meneka-neka siapakah gerangan tamu yang datang bertandang.

" Assalamu'alaikum"

Lebih sepuluh pasang mata memandang tepat ke arah Nur Adillah yang sedang berdiri tegak di muka pintu. Matanya tidak berkelip memandang insan-insan di dalam rumahnya itu. Dan lebih memeranjatkannya lagi apabila ternampak sebentuk cincin di dalam dulang, sirih junjung dan sepasang pakaian, juga di dalam dulang yang dihias cantik.

' Siapa yang nak dipinang ni??'

Beg di tangan yang hampir terlepas dipegang kejap semula. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk. Dadanya mula berirama kencang.

" Wa'alaikumussalam. Hah, Dilla dah sampai dah"

Adillah menghampiri tetamu-tetamunya itu lalu bersalaman dengan mereka. . Bibirnya menguntum senyuman semanisnya walhal kakinya sudah tidak mampu untuk melangkah. Firasatnya kuat mengatakan tetamu-tetamunya ini membawa hajat besar datang ke rumahnya.Tangan Nur Adillah Humairah dipegang erat. Puan Jannah merenung anak gadis di hadapannya itu. Manis berbaju kurung dan bertudung labuh. Sopan dan sejuk mata memandang. Gadis inilah dahulu yang hampir menjadi menantunya. Anak sulungnya berkenan sungguh dengannya. Namun, belum sempat hajatnya disampaikan takdir menentukan sebaliknya. Anak sulungnya itu terlebih dahulu pergi menghadap Illahi. Dan hari ini,dia membawa hajat yang sama bagi anak keduanya pula.

" Dilla sihat? "

Panggilan Dilla itu agak janggal kedengaran di telinga Adillah kerana selama ini hanya keluarganya sahaja yang memanggilnya Dilla. Dalam kalangan sahabat-sahabat dan yang lain, dia lebih senang dipanggil Adillah.

" Alhamdulillah, sihat makcik. Makcik apa khabar?"

" Alhamdulillah, makcik sihat nak. Kamu balik cuti ke ni?"

" Ha'ah, sekarang cuti pertengahan semester. Dapatlah cuti seminggu"

Puan Jannah tersenyum. Tutur kata si gadis memikat hatinya. Tidak hairanlah kalau dahulu anak sulungnya itu beria-ia benar meminta dia meminangnya. Dia pasti, anak keduanya akan menyukai bakal isterinya itu. Nur Adillah mengambil tempat duduk di sebelah ibunya.

" Umi, kenapa kawan umi datang bawak benda-benda ni? Nak pinang siapa??"

" Pinang kamulah"

" Hah??"

Air liur kelat ditelan paksa. Terasa seakan tersekat di kerongkong. Penat yang masih bersisa tidak hilang, sekelip mata dimamah berita tergempar itu. Dia dipinang dan ini adalah untuk kali kedua. Kali pertama ketika usianya 20 tahun, dia dipinang seorang pemuda iaitu sepupu kepada sahabatnya. Dan dia menolak kerana dirasakan dirinya belum bersedia. Dan kini, adakah dia sudah bersedia??

" Dilla?"

Nur Adillah Humairah tersentak dari lamunannya yang panjang. Kelihatan ibunya sudah pun mengambil tempat di sebelahnya. Tangannya diambil. Cincin belah rotan pada jarinya diusap.

" Dilla yakin dengan keputusan Dilla ni??"

Adillah tersenyum mendengar soalan ibunya itu. Dadanya bergetar hebat. Mindanya membayangkan seorang pemuda yang selama ini diimpikan untuk dijadikan pembimbing hidupnya. Dia sendiri berasa keliru. Tetapi, ini bukan keputusannya. Ini keputusan kedua orang tuanya kerana dia sudah menyerahkan urusan mencari jodohnya kepada mereka. Dan kedatangan keluarga Encik Abdullah dan Puan Jannah itu nampaknya disambut baik oleh kedua orang tuanya. Mereka membawa risikan daripada anak kedua mereka dan sekaligus ingin meminang. Kata persetujuan dicapai dan kini statusnya adalah tunangan orang. Sekelip mata dalam masa 3 hari.

Hakikatnya ada sedikit perasaan kesal di dalam hatinya. Dia teringatkan Syahid abdul aziz. Pemuda itu yang diimpikan sebagai imamnya. Namun, Syahid mungkin masih belum bersedia. Mungkin Syahid bukan jodohnya. Pemuda itu memiliki peribadi yang hebat tetapi dia tidak dapat melihat kesungguhan tentang pernikahan dalam diri Syahid.

" Astaghfirullahal'azim.."

" Kenapa dengan anak umi ni?? Dilla tak suka dengan pilihan umi ke? Kalau Dilla tak suka, kita boleh tolak pinangan ni"

" Eh, taklah umi. Mana yang baik bagi umi, maka baiklah bagi Dilla"

Dia pasrah. Dia redha dengan segala ketentuanNYA. Diserahkan seluruh jiwa dan raga hanya padaNYA. Dia yakin dengan segala ketentuaanNYA.

Adillah tidak mengetahui siapakah bakal suaminya dan dia juga tidak berhasrat untuk mengetahuinya sehinggalah dia sudah bergelar isteri kepada pemuda itu nanti. Dia ingin menjaga hatinya. Dan dia juga belum berhasrat untuk mengkhabarkan tentang status dirinya itu pada sesiapa. Dia belum bersedia. Dirasakan dirinya agak kejam. Memberi harapan pada Syahid dan akhirnya dia sendiri yang memusnahkan harapan tersebut.

' Maafkan ana, akhi Syahid. Ana memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbing ana dan yakin untuk hidup bersama ana bukan lelaki yang masih ragu-ragu dan tidak bersungguh untuk menjadi imam ana'


Syahid meraup wajahnya perlahan. Ada linangan air yang mengalir keluar dari tubir matanya. Hatinya pedih. Jiwanya merana. Namun cuba diubat melalui pertemuan denganNYA di hening pagi. Tetapi, dia hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. Yang punya hati dan perasaan. Terasa gelap dunianya saat mendapat perkhabaran tentang pernikahan Nur Adillah Humairah. Dengan siapa? Dia sendiri kurang pasti. Tiada sebarang kad yang diberikan. Hanya disampaikan melaui perantaraan sahabat Adillah, Masyitah.

" Akhi Syahid, ada sesuatu yang ana perlu sampaikan. Sangat penting dan ana harap akhi akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Adillah akan menikah dengan seorang pemuda pilihan keluarganya. Dia berhasrat untuk menunggumu tetapi dia kecewa kerana dia tidak melihat kesungguhanmu untuk menyuntingnya sebagai suri hidupmu. Maka, dia sudah menyerahkan urusan jodohnya kepada orang tuanya. Dan mereka sudah memilih seorang lelaki sebagai suaminya. Ana juga kurang pasti siapa tetapi mereka telah bertunang selama sebulan dan akan melangsungkan pernikahan pada minggu hadapan. Ana sendiri agak terkejut dengan berita ini namun inilah hakikatnya"

Setitis lagi air mata jatuh saat dia mengenang kembali kata-kata Masyitah. Dia benar-benar tidak menyangka inilah kesudahannya. Sebulan yang lepas, dia menerima sepucuk surat dari Adillah. Surat yang sangat ringkas.

" Assalamu'alaikum akhi Syahid yang dirahmati ALLAH. Ana mohon maaf atas kehadiran surat ini. Namun ini sahaja cara terbaik yang ana mampu fikirkan. Akhi, ana sudah bersedia untuk disunting. Bersegeralah. Ana ingin menjaga hati ana dan hati akhi juga. Ana bimbang kita terlalai. Mohon akhi mengerti. Yang mengemis cintaNYA..Adillah Humairah"

Mungkin saat surat itu ditulis, Adillah sudah disunting oleh seseorang. Maka, dia menghantar surat tersebut kepadanya agar dia juga segera datang ke rumahnya. Tetapi, dia tidak dapat menangkap maksud di sebalik ayat-ayat di dalam surat tersebut. 'Bersegeralah'. Sama sekali dia tidak menyangka ianya sesegera ini.

" YA ALLAH, seandainya dia bukan jodohku KAU tenangkanlah hatiku dan lapangkanlah dadaku agar aku mampu menerima dugaanMU ini dengan tenang. Sesungguhnya aku sangat lemah. Bantulah aku.." Syahid berbaring di atas sejadah. Dia berharap sebaik sahaja dia terjaga pada saat subuh menjelma nanti, dia akan mampu menerima segalanya dengan tabah.

" Adillah, enti tekad dengan keputusan enti ni? Macam mana dengan Syahid. Dan, enti juga. Enti mengimpikan Syahid menjadi imammu kan?"

Adillah menundukkan wajahnya mendengar kata-kata Masyitah. Memang benar Syahidlah pemuda yang diimpikan untuk menjadi imamnya. Namun, dia hanya wanita yang lemah dan sedang berusaha untuk menjadi anak yang taat. Dia juga kecewa dengan sikap Syahid yang tidak bersungguh dalam hal tersebut. Dia menunggu-nunggu kedatangan Syahid ke rumahnya. Namun pemuda itu tidak kunjung tiba. Sangkaannya jika Syahid datang ke rumahnya membawa risikan, ibu bapanya akan mepertimbangkan antara dua risikan yang diterima dan pendapatnya juga boleh diperdengarkan. Pasti dia akan memilih Syahid. Tetapi pemuda itu hanya menyepi. Justeru bagaimana harus dia memilih seandainya dia memang tidak mempunyai pilihan?

" Ana sudah memberikannya peluang dan ternyata dia tidaklah seperti yang ana sangkakan. Ana tidak ingin mengecewakan kedua orang tua ana. Masyi, enti sahabatku. Ana memerlukan sokonganmu"

Masyitah menarik sahabatnya itu ke dalam pelukannya. Dia tahu sahabatnya sedang bersedih. Tetapi sebagai seorang yang hidup dalam suasana tarbiyah, sahabatnya itu akur dengan perintah kedua orang tuanya. Dia tidak akan membantah sama sekali walau hatinya menanggung sengsara kerana redha ALLAH itu terletak pada redha ibu bapa.

" Sabarlah sahabatku. Ana yakin ada hikmah di sebalik semua ini. InsyaALLAH bakal suamimu ini lebih hebat dari Syahid Abdul Aziz. Ikhlaslah keranaNYA.."


Debaran di dada terasa menyesakkan. Keringat mula membasahi wajahnya walhal masjid itu dilengkapi dengan penghawa dingin dan masih berfungsi. Namun, Faris merasa seakan-akan sedang dibakar di dalam ketuhar. Syahid tertawa kecil melihat sahabatnya itu yang resah dan gelisah sejak tadi. Hari ini, Faris akan menikah. Mereka sedang menanti kedatangan tok kadi untuk menyempurnakan upacara akad nikah. Selepas itu, barulah mereka akan bertolak ke rumah pengantin perempuan.

" Ya akhi, tenanglah. Sekejap lagi sampailah tok kadi tu. Bawa bersabar" " Ana bukannya tak boleh bersabar tapi ana berdebar. Huh..tak pernah rasanya berdebar sehebat ini" Faris mengesat peluh di dahi.

" Siapa bakal isterimu sahabatku?"


" Hihi..ana sendiri tak tahu siapa bakal isteri ana. Dia pilihan kedua orang tuaku dan insyaALLAH solehah. Itu yang paling penting"

Syahid terkejut mendengar kata-kata Faris. Dia tidak menyangka sahabatnya itu tidak mengetahui dengan siapa dia bakal menikah. Tiba-tiba mindanya melayang teringatkan Nur Adillah Humairah. Gadis pujaannya itu juga akan menikah dan dia tidak berhasrat untuk menghadirinya kerana dirinya masih belum mampu menerima hakikat bahawa gadis itu akan menjadi milik lelaki lain. Lagipun, dia juga tidak tahu bila dan di mana Adillah menikah.

" Assalamua'laikum"

Serentak orang-orang yang berada di dalam masjid itu menjawab salam yang dihulurkan.

" Akhi, tu tok kadi dah sampai dengan bapa pengantin perempuan"

Faris mengemaskan duduknya. Dia langsung tidak memandang wajah tok kadi dan bakal bapa mertuanya itu. Dia sangat gemuruh. Tangannya menggigil.

'ya  ALLAH  permudahkanlah urusanku....'


" Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Jadi, sekejap lagi kita akan berangkat ke rumah pengantin perempuan"

Faris kaget. Suara yang sedang berbicara sebentar tadi itu terasa sangat mesra di telinganya. Dia tahu itu bapa mertuanya tetapi suara itu seolah-olah sudah biasa di pendengarannya. Sejak dari tadi wajahnya ditundukkan. Bahkan semasa upacara akad nikah juga, dia masih tidak berani mengangkat wajahnya. Faris memberanikan diri memandang ke hadapan. Diangkat sedikit wajahnya. Gemuruhnya telah hilang sebaik sahaja tangan tok kadi bersalaman dengannya tadi. Orang tersebut sedang membelakanginya.

" Nak, marilah. Kamu naik kereta ayah"

Faris terduduk serentak apabila bapa mertuanya itu berpaling dan berbicara dengannya. Dia terkejut. Mulutnya segera beristighfar.

" Hei, kenapa dengan enta ni? Dah habis akad nikah pun gemuruh lagi ke?"

Syahid memegang bahu Faris yang sudah terduduk lesu. Dia memapahnya bangun. Faris memandang wajah ceria sahabatnya.

' Sahabatku, wajah ceriamu akan bertukar mendung sebaik sahaja kau mengetahui siapa yang kini telah sah menjadi isteriku. Maafkanku syahid. Aku benar-benar tidak tahu'

" Eh, jomlah. Tu bapa mertua enta sedang menunggu di dalam keretanya"

Faris bangun namun langkahnya lemah,terasa tidak berpijak kakinya di bumi yang nyata ini.



Adillah sedang berdebar menanti kedatangan suaminya. Tadi, bapanya menelefonnya dan memberitahu bahawa upacara akad nikah sudah selesai. Saat dia mendengar perkhabaran itu, hatinya yang selama ini diisi dengan nama Syahid seakan kosong dan menunggu untuk diisi dengan cinta suaminya. Ini bererti dirinya kini berstatus seorang isteri. Dan dia berazam untuk menjadi isteri yang solehah untuk suaminya itu meskipun dia tidak tahu siapakah suaminya. Tetapi, dia yakin suaminya seorang yang baik dan soleh berdasarkan apa yang disampaikan oleh ibunya.

Bunyi deruman kereta mengejutkan Adillah dan Masyitah. Masyitah segera bangkit dan menjenguk ke luar tingkap.

' Syahid?'

" Adillah, enti jemput syahid ke mari?"


" Syahid? Taklah, dia tidak tahu ana akan menikah hari ini. Dan kalau pun dia tahu ana akan menikah hari ini, tidak mungkin dia tahu di mana. Ini kan kampung orang tua ana"


" Tapi, ana yakin yang berada di bawah itu adalah Syahid. Dia menaiki kereta bersama bapamu"

' Tak mungkin..'

Di laman rumah pula, Syahid sedang memujuk Faris agar segera keluar daripada perut kereta tetapi Faris enggan. Dia hanya diam.

" Ya akhi, kenapa dengan enta ni? Kita dah sampai ke rumah isterimu. Takkan enta tak nak tengok wajah isteri sendiri kot? Enta malu? Jangan risau..ana akan menemanimu. Ana yakin isterimu pasti seorang gadis yang cantik dan solehah"

' Ya syahid. Isteriku itu memang seorang gadis yang sangat cantik dan solehah. Tapi, gadis itu jugalah yang kau impikan untuk menjadi isterimu'

" Jomlah.."

Akhirnya Faris bangun. Dia akur. Dia tahu, walau dia mengelak dengan pelbagai cara sekalipun, perkara itu sudah terjadi. Adillah telah sah menjadi isterinya dan syahid harus menerima hakikat tersebut.

Rombongan itu bersama-sama naik ke atas rumah sambil berselawat. Syahidlah yang paling bersemangat.

Sementara Adillah pula sedang duduk bersimpuh dikelilingi ahli keluarganya. Masyitah mengenggam tangannya cuba memberi kekuatan. Wajahnya tunduk.

" YA ALLAH..Adillah, suamimu..dia.."

Adillah memberanikan diri memandang suaminya yang sedang berdiri di hadapannya.

" Fa..fa..iss..faris?"

Faris tegak berdiri di hadapan Adillah. Di belakangnya, Syahid, juga sedang berdiri. Dan dia tahu, Syahid sudah pun melihat Adillah.

Dadanya terasa sebu. Hatinya tersayat. Jiwanya pedih. Syahid memalingkan wajahnya daripada menatap Adillah. Sungguh dia sangat terkejut apabila melihat gadis manis berpakaian pengantin itu adalah Adillah. Ternyata, sahabatnya sendiri yang menikah dengan gadis yang didambakannya. Dia kecewa. Namun, dia cuba menenangkan hatinya. Dia tahu, Faris tidak bersalah. Adillah juga. Dia akan cuba untuk menerima hakikat tersebut.

" Nak, duduklah. Kita akan adakan upacara membatalkan air sembahyang"

Kata-kata daripada bapa mertuanya itu tidak didengari. Faris benar-benar diselubungi rasa bersalah. Kakinya menggigil.Tiba-tiba, dia berlari keluar rumah dan Faris mengejarnya.

" fariss!!!"


'' YA ALLAH!!! ''

Sebuah lori pasir tiba-tiba muncul. Pemandunya terkejut melihat seorang pemuda sedang berlari di atas jalan raya. Dia menekan brek sekuat hatinya. Namun..

Tubuh Faris Di tolak Syahid dan syahid terpelanting dan kepalanya terhentak pada pembahagi jalan. Darah merah pekat berlumuran di kepala dan wajahnya. Syahid menarik nafas. Perlahan. Matanya dapat menangkap kelibat Faris yang sedang berlari ke arahnya. Di belakang Faris, Adillah isterinya mengekori dengan linangan air mata di wajahnya.

Faris memangku kepala sahabatnya yang sedang bertarung dengan maut itu. Sebak tidak mampu lagi ditahan apabila melihat Syahid masih lagi mampu tersenyum dalam perjuangan maut itu.

" Syahid, bertahanlah. Ana mohon..''


Dalam kepayahannya bernafas, Syahid tetap ingin meyampaikan amanatnya. Di sekelilingnya saudara-mara sudah mengerumuni. Faris ingin bangun dan mengangkat Syahid,namun dihalang Syahid.

" faaa..riii..iss..isss ''

" Bertahanlah sahabatku.."

" Ana ingin meyampaikan amanat buatmu. Arrghh..berjanjilah padaku, kau akan menjaga Adillah. Dia milikmu. Jagalah dia untukku di dunia ini. Dia bidadariku di akhirat nanti. Berjanjilah.."

Faris mengangguk dalam juraian air mata. Tidak sanggup dia melihat sahabatnya itu terseksa.

" Adill....llah"

Adillah mendekatkan wajahnya pada Syahid.

" Maafkan..maafkanku kerana tidak dapat memenuhi kehendakmu supaya datang meminangmu. Jadilah seorang isteri yang solehah buat sahabatku. Aku menunggumu di syurga. Ketahuilah, aku sangat mencintaimu kerana Allah"

" Aku juga sangat mencintaimu, "

Adillah bangun lalu meluru ke arah ibunya. Dia tidak sanggup melihat imam dambaan hatinya itu terseksa sedemikian rupa. Jantungnya bagaikan disiat-siat. Sayu tidak tertahan.


Syahid menarik nafas panjang. Faris membisikkan syahadah di telinganya. Bibirnya terkumat-kamit mengikut. Lancar. Hembusan terakhir dilepaskan diiringi dengan air mata perpisahan. Bunyi ambulans sayup-sayup kedengaran. Namun, yang pergi tidak akan kembali.


" Abang nak namakan anak kita ni, Syahid abdul aziz"

Adillah tersenyum. Suaminya, faris sedang duduk disisinya memangku anak mereka yang baru dilahirkan. Buah cinta pertama mereka.

" Abang, maafkan Adillah kalau selama ni Adillah tak jadi isteri yang baik untuk abang"

Suaranya lemah. Kudratnya diperah saat dia dalam proses melahirkan bayinya itu.

" Ish, kenapa cakap macam tu? Adillah isteri terbaik di dunia"

Adillah tersenyum.

" Abang..kalau Adillah dah tak ada nanti, abang janji dengan Adillah yang abang akan jaga Syahid baik-baik. Abang akan jadikan dia pejuang Islam macam abang. Janji ya?"

" Sayang..kita akan sama-sama jadikan dia seorang pejuang Islam"

" InsyaALLAH bang. Abang.."

Adillah mencapai tangan Faris lalu dikucup perlahan.

" Maafkan Adillah selama Adillah jadi isteri abang. Halalkan makan minum Adillah selama ni. Adillah cintakan abang"

Faris menatap sayu wajah isterinya itu. Ada ceria di mata itu. Tiba-tiba mata isterinya itu tertutup perlahan. Bibirnya pula perlahan membisikkan syahadah. Faris panik. Tangan isterinya digenggam erat. Namun, dia tahu kini isterinya bukan lagi miliknya.

" Abang janji sayang. Abang akan jaga Syahid. Abang mencintaimu. Pergilah menjadi bidadari Syahid Abdul Aziz. Abang redha.."

Isterinya pergi untuk menjadi bidadari di syurga dan meninggalkan seorang zuriat bersamanya sebagai pengganti dirinya. Dan dia redha. Dia berjanji pada dirinya tidak akan menikah lagi. Cintanya tidak mampu dihulur pada gadis lain lagi.

Air mata yang mengalir disapu dengan hujung jari.Faris tersenyum pada doktor muda yang sedang duduk di hadapannya.

“ Isteri Encik Faris sebenarnya menghidap barah rahim yang agak serius tetapi kami lambat mengetahuinya. Ketika kandungannya berusia 8 bulan, dia datang berjumpa dengan kami dan saat itulah kami mengetahui tentang penyakitnya ini. Dan kami telah memberitahunya bahawa penyakitnya ini akan membawa maut kepada dirinya jika dia bertekad untuk melahirkan dan kami memberinya pilihan untuk menggugurkan kandungan. Tetapi, dia enggan dan memilih untuk tetap melahirkan bayinya. Maafkan kami..kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya namun segalanya telah ditentukan oleh ALLAH’’

Faris diam. Kata-kata doktor itu seakan tidak didengari. Walau apa pun yang dikatakan, isterinya tetap telah pergi. Faris berteleku di sisi kubur isterinya yang tercinta. Dia menangis perlahan. Syahid berada di dalam dukungannya. Diam seolah-olah turut memahami kesedihan yang dialami bapanya itu.

‘ Sayang, abang sangat mencintai dan merinduimu. Bersemadilah dengan aman. Abang redha dengan pemergianmu. Abang redha dengan segala perbuatanmu sepanjang kita hidup bersama. Sayang isteri terbaik di dunia. Sayang isteri solehah. Jadilah bidadari yang jelita di syurga. Pergilah menemani Syahid. Sayang kini adalah miliknya. Abang berjanji padamu, abang akan mendidik anak kita menjadi seorang pejuang Islam kerana dia adalah Syahid abdul aziz, SYUHADA’ HAMBA YANG AGUNG’

Faris bangkit dan berlalu pergi bersama janji setianya terhadap Adillah.

Hari ini hari pertama Faris memulakan perkerjaan di Fakulti Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa selangor sebagai pensyarah di Jabatan Usuluddin. Faris mengusap kedua pipinya, tiba-tiba dia teringat seseorang, syahid...dia rindukan sahabatnya itu. Jawatan yang di sandang sekarang ini adalah cita-cita sahabatnya itu, Arwah sangat-sangat ingin berdakwah dan salah satu medium yang di pilih adalah dengan bekerja di Fakulti Akademi Islam. Baginya memudahkan dia menjalankan kerja-kerja dakwah dengan memperkenalkan program yang sesuai untuk pelajar khususnya pelajar baru. Tanpa di sedari mengalir airmata jernih, rindu benar dia pada arwah sahabatnya itu. Hari ini genap 4 tahun pemergian syahid, kejadian lampau membuatkan Faris rasa bersalah dengan sahabatnya itu, jika dia tidak melakukan perkara seperti itu sudah tentu syahid masih hidup. Ya Allah ampuni lah dosa-dosa ku ya Allah. Engkau tempatkanlah sahabatku itu di kalangan orang-orang yang beriman.


Azri!!!!!!  kereta!!!!  Azri berpaling….aRGHHHHHH…..dunia menjadi gelap……..

Engkaulah maha pengasih dan penyayang…yang menguasai hari pembalasan…~~~ sayu hati aku dengar bait-bait lirik senandung alfatihah,alunan penuh keinsafan.Ya Allah aku bersyukur kepada MU kerana masih memberiku waktu untuk daku hirup udara MU yang segar ya Allah.azri bermonolog di dalam hati…
Selepas terlibat dalam kemalangan Azri semakin sihat, Azri juga sudah mula meninggalkan segalanya yang membuatkan dia lupa untuk memperhambakan diri pada Allah s.w.t.
Azri nak kemana? sapa ummi ku,
Azri nak ke rumah Sazli sebentar ummi….dah lama Azri tidak ke sana, nanti apa pula kata Sazli….. Azri pergi dulu ya ummi…..’assalamualaikum umm’,sayang ummi’
…hati-hati Azri…pesan ummi ku.
Assalamualaikum……assalamualaikum…li…..li…..
waalaikumussalam….ahlan wasahlan ya sahabat…….aku ingat kau dah lupa kat aku,
 kata-kata faris membuatkan aku tersenyum, sahabat aku yang seorang ini tak pernah berubah.
Aku ada je kat sini li,  biasa la sibuk sikit kat kolej. So kau mcm mana sekarang? aku tengok semenjak dah bernikah ni makin ceria ye?
 hehehehe…aku mintak maaf la sebab tak dapat hadir ke kenduri kau hari tu….aku sangat-sangat sibuk masa tu, banyak kertas kerja yang harus aku sudahkan.
apa pun tahniah sahabat…akhirnya kahwin jugak kau….hahahahahaha.... kami serentak ketawa…
Aku dan sazli sudah bersahabat lebih dari 8 tahun,dan kami sangat-sangat rapat. Pada aku  dialah anatara sahabat sejati yang pernah aku ada, banyak membantu aku. Aku harap persahabatan kami kekal hingga ke syurga.  Sazli tinggal di damansara sementara aku di shah alam, tapi kami selalu lepak sama-sama. selalunya dia lah yang akan ke shah alam, aku tak punya kenderaan, aku dari keluarga sederhana, ayahku tidak berkerja hanya kerja sebagai tukang urut dan dari situlah keluarga aku punya pendapatan.ummi ku ada juga membantu dengan menjaga anak-anak jiran di kawasan rumah kami.
abang aku yang sulung sudah berumah tangga dan susah untuk membantu,manakala abang ngah ku pula sudah lama xmengirimkan belanja.abang aku yang sorg ni pun hidup masih lagi belum teratur.baru nak belajar menjadi seorang ayah.anak sedara aku yang sulung anak abang aku yg ni la….muhammad adam haikal,sedap nama dia…comel pulak…geram jek aku tgk..tapi nakal dan degil bukan main.

hairul azri amin Othman….ana pelik kenapa enta baik sangat dengan kamal?sedangkan dia selalu memperlekeh kn enta di hadapan kawan-kawan dia..tanya teman sekuliahku….ijal..ana tak mahu bermasam muka dengan dia,lagi pun orang2 mukmin kn bersaudara?lagipun ana tak nak memanjangkan hal kami,Cuma kita berdoa la semoga pintu hati dia terbuka dan mahu berubah.

aku ada teman sebilik bernama kamal,dia ni agak kasar orangnye,dan yang selalu jadi mangsa jenaka dia aku lah.pada aku lantak lah apa dia nak cakap,bila mulut dah letih senyap la nanti.itu yang aku pegang selama ini…dan bertahan hingga ke hari ini.

ummi azri ke kompleks sebentar ye?nak ke kedai buku,….selepas bersalaman dengan ibu ku aku berlalu ke bus stop.agak panas hari ni…sampai sahaja ke kompleks aku terus ke kedai buku,fajar bakti.kedai yang selalu aku kunjungi jika ke kompleks.sedang membelek buku tiba-tiba aku di langgar dari arah belakang…aku berpaling dan terpaku,masha allah….cantik sungguh ciptaan allah.maaf encik saya xsengaja,saya xperasan tadi.xpe-xpe,ana ok xde pape….gadis tadi berlalu seakan terburu-buru untuk kesuatu tempat.eh cik nama cik sapa??ya allah apa yang aku merepek ni???...eh ini……

maaf ye cik ‘langgar’,xberniat nak bukak barang cik…Cuma nak pastikan di mana cik tinggal.bismillah….nurul aisyah fatin najwa binti kamarol anuar.subhanallah,panjang nye nama….emm jauh la pulak dia tinggal,mcm mana nak hantar ni?kedah darul aman……hmm takpelah esok aku ke kedai tu semula.mana tahu dia datang semula untuk cari beg ni.

ummi,azri ke kompleks lagi ye,nak hantar beg kawan ni,dia tertinggal semalam.ya lah azri,hati2 jgn balik lewat….sampai sahaja di kompleks aku pantas ke kedai buku semalam,hamper 3 jam aku menunggu tapi kelibat gadis semalam tak muncul2 jugak.hmm mungkin dia dah pulang ke kedah kot kata hatiku.encik…suara lembut tu betul2 mencucuk kotak telinga aku…..aku paling kea rah suara tadi….masha allah,aku terpaku sekali lagi……encik saya nak mintak maaf tentang hal semalam,saya betul2 xsengaja,encik ada jum…..belum habis kata2 gadis tu aku terus menunjukkan beg dia…jumpa ini ke?ya encik beg ni lah…syukur Alhamdulillah…..lain kali hati2 ok?jangan careless mcm ni…pesan ku….dia pun berlalu setelah mengucapkan terima kasih kepada ku yg entah kali ke berapa.

haa….dah jumpa beg kamu??  Tanya makcik zinnirah ‘dah mak ngah,tadi ada sorang budak lelaki tu bagi.dia simpan kan katanya.  Ada barang yang hilang tak? kamu ni fatin,jangan la lalai, nasib baik la org baik yang jumpa kalau yang teruk  akhlak nye mcm ne?  fatin hanya mampu tersenyum bila mendengar mak ngah membebel,memang begitu lah sikap mak saudara dia,sangat-sangat  ambil berat perihal fatin.

emm,takde barang yang hilang semua dalam keadaan yang asal. Siapa ye pemuda tadi? Andai ada peluang utk berjumpa akan aku ucapkan terima kasih,jarang sekali nak jumpa pemuda yang jujur macam ni. Tapi macam pernah tengoklah tapi tidak pasti pula di mana.

Hampir dua bulan semenjak kejadian aku pulangkan beg gadis itu, rupanya gadis tu satu kolej dengang aku. Kecilnya dunia...

Angin menderu lembut,menerbangkan daun daun yg berguguran kebumi.aku masih duduk termangu kesorangan,memikirkan perjalan masa depan yg masih kelabu dan masih belum jelas.kerinduan pada aisyah fatin najwa semakin menghimpit benak fikiran aku.
‘Ahh syaitan begitu pandai mempermainkan emosi aku’,bentak hati aku.begitulah sikap azri tatkala hatinya mula memperlihatkan kelemahan pada syaitan.’aku mmg mencintai aisyah tapi cintaku pada allah mengatasi segalanya’,arul bermonolog didalam hati cuba menjauhi bisikan syaitan.
‘ya allah kau ampuni lah dosa ku ya allah...aku hambamu yg lemah yang selalu leka dgn nikmat  u ya allah.aku berserah padamu ya allah andai dia benar jodoh ku aku maka kau akan tautkan hati kami utk bersatu...tapi andai bukan jodoh kami maka kau jauhkn lah aku dari perasaan cinta ini ya allah.aku tidak mahu bintik-bintik hitam mengotori hati ini ya allah’ aku akan cuba mencontohi umat umat terdahulu.insya’allah......
aku seorang pelajar dari sebuah kolej islam swasta di ibu kota,seorang pelajar didalam jurusan usuluddin menjadikan aku seorang yang sangat-sangat mementingkan agama dalam setiap hal keduniaan.setiap perkara yg ingin dilakukan akan di rujuk dengan alquran dan assunnah...namun aku masih seorang manusia biasa yg punya hati,mempunyai perasaan.dalam hati ni tersemat satu nama yg selalu manjadi perbualan antara aku dan sahabat2 aku jefriral dan naufal.walaupun bidang kami berlainan kami tetap mampu bersahabat.Jefriral dan naufal dalam bidang pengurusan perniagaan,memang layak untuk mereka kerana masing2 punya syarikat sendiri yg bakal diwarisi dari ayah2 mereka.hehehehe aku hanya anak seorang ayah yang sudah pun pencen dan hanya berkerja sebagai tukang urut.namun aku berbangga dengan ayah da ibu ku kerana mampu membesarkan aku dan 7 org lagi dengan sempurna.ayah aku tidak lah alim tapi punya ilmu agama yg mendalam dan sentiasa menjadi rujukan setiap kali aku kebuntuan.
Aisyah fatin najwa binti haji kamaruddin,seorang pelajar dari jurusan syariah dan perundangan islam.peribadi aliya yg membuatkan azri terpikat namun azri lebih suka memendam dari meluahkan.lagipun xmungkin gadis seperti aisyah mahu bercinta.seorang muslimah sejati hanya mencintai allah dan rasulnya selagi dia belum bersuami.aku tidak mungkin akan merosakkan hatinya hanya kerana mengejar cinta dunia.lagipun dia anak orang kaya tau...mne la layak utk aku.aku hanya orang biasa yg hidup sekadar cukup makan dan pakai.tapi aku sangat bersyukur kerana aku tidak seperti remaja2 lain yg mencari sesuap nasi dengan meminta sedekah.aku masih punya keluarga utk menjaga aku.maka aku bersyukur.
Hiruk pikuk dewan kuliah adalah sebahagian dari rutin setiap kali aku sampai ke dewan,biasa la bila dah jumpa kawan2 memang semua cerita keluar.hari ni macam biasa aku duduk tempat selalu aku duduk...bertentangan dengan aisyah..hehehe bukan ap sje je nak dapat mood utk kuliah pagi ni.pagi ni kuliah usul fikh yg diajar oleh ustaz amzan,seorang pensyarah dari jabatan syariah berkelulusan salah sebuah university di Jordan.kuliah utk madah usul fikh mmg aku sekali dengan jabatan syariah so dapat la tengok serikandi aku hehehehehe.
Kali ni tajuk hukum taklifi,aku mendengar dengan penuh khusyuk..sebab xnak terlepas dengar takut xfaham nanti. Hukum Taklifi mengandungi 5 hukum iaitu1. Wajib2. Haram3. Makruh4. Harus 5. Sunat WAJIB ( Iijab)ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu.seperti Firman Allah SWT :"Dirikanlah solat dan keluarkan zakat".Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah WAJIB kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat'i, al-Quran al-Kariim. Aku mendengar dengan teliti...keadaan dewan juga senyap masing2 memberi sepenuh tumpuan.
‘aliya tgu la ana...jgn la laju sgt ima berlari anak mengejar sahabatnya aliya.enti ni jln slow sgt la,kita dah lambat ni...nanti kalau ustazah masuk dahulu naya kita tau...xpasal2 je kena ‘bernasyid’ dalam kelas nanti.ima tersengih mendengar aliya berkata begitu...dia tahu sahabatnya yang sorang ni memang takut sangat2 kena denda.ustazah maziah mengajar subjek tafsir dan beliau memang agak tegas namun cara hukuman dia lain dari yg lain..klu pensyarah lain  akan ‘bar’ student tapi ustazah ni lain skit...dia suh student ‘bernasyid’ sebagai denda.
‘Wah panasnya hari ini’ rungut shah...’baru panas dunia shah belum panas neraka...aku hanya tersengih melihat shah menjuihkan bibir tanda terpaksa menyokong kata2 ku.shah la sahabat aku yg sekelas dengan aku..firdaus dengan sazli berlainan kursus jadi aku hanya berjumpa dengan diorang hanya di bilik.tapi kami sgt2 rapat...kemana mesti kami bertiga.shah lebih suka duduk dengan rakan2 se negeri nya Kelantan..di sini student2 kelantan mmg begitu...mereka lebih suka berkumpul sesame mereka.agaknya tali ukhwah antara mereka memang begitu kot.

Masih berbaki 2 minggu sebelum sebelum study week bermula...selepas itu akan ada imtihan akhir utk aku dan sahabat2 seperjuangan yang lain.semester akhir ini akan berakhir tidak lama lagi.aku puas dengan pencapaian aku selama 6 semester disini.boleh di banggakan wlupun tidak lah se cermerlang seperti student dari Singapura yg mendapat anugerah rector kerana mendapat  pointer 4.0 pada setiap semester.aku bercita2 utk mendapat keputusan begitu tapi Nampak nye usahaku masih belum melayakkan aku.apa pun dengan pointer 3.90 sudah cukup utk membanggakan aku.

9.30 mlm

Rul enta nak makan ap?ana pesankn...enta pesankn ana nasi goreng thai lah........dengan air sirap limau?tanya faris sambil tergelak...itu la air kesukaan aku...memang setiap kali makan aku akan memesan sirap limau.faris berlalu dengan gelak tawa yang xberhenti2.’dey macha turun makan xnak tunggu ana pun?touching la ana camni....ijal menyapa ku sambil tersengih...’..aku turut tergelak...dah tadi enta sibuk menghadap laptop sampai kami keluar pun xperasan.khusyuk je ber ‘facebook’ ye.ijal hanya tersengih2.ijal bangun dan menuju ke counter bila Nampak faris sedang memesan makanan.itu lah sahabat2 aku yg sentiasa dengan aku walau susah dan senang.even mereka kaya mereka xsombong malah mereka peramah.ijal jangan cakap la....kalau dengan perempuan memang dia sangat2 peramah.
Bismillah.....kami menjamu selera...kadang2 tergelak dengan celoteh ijal.aku hanya mampu tersenyum kerana bertuah punya sahabat seperti mereka.selesai menjamu selera kami pulang ke bilik.ijal tidak terus masuk bilik kerana mendapat panggilan..tunang dia call kot.aku terus ke meja study utk mengemas buku untuk kelas esok.faris pula dah layu dihujung mekar pas dapat bantal dengan tilam.hanyut.....

Arul...arul...bangun rul kita dah terlajak ni..subuh pun belum.cepatr kelas pukul 9 ni dah kul 8.15 dah ni.faris berlari2 anak mendapatkan ijal pula yang sedang lena diulit intan.seketika kemudian kami berlari menuju toilet ijal menjerit ‘wei xaci la....korang mandi dulu pulak...’sapa suruh bangun lambat!!!kahkahkahkhakhakhak...jerit faris memecahkn kesunyian bilik pagi2 ni.selesai mandi aku terus bersolat dan bersiap.ya allah ampuni dosa hamba mu,bukan sengaja melambat2kan solat....aku berdoa dalam hati.aku turun dulu nak panaskan enjin kereta!!!jerit faris sambil berlari menuruni tangga..aku turun sama2 degan ijal yg membebel dari tadi menyalahkan jam locengnya yang xberbunyi pagi ni.
Pagi ini sangat2 sadis pada aku...sampai2 depan pintu kelas tertera nota...’KELAS AL-HADIS HARI INI DIBATALKAN’  yang benar (ustaz abdul aziz)...wahhh sadisnya...kelas batal lak.kenapa xda sapa yang inform kn?hishh...ada ketua kelas pun xboleh pakai..ha rul knp mu dop masuk?tanya shah kehairanan aku menjuihkn bibir kearah nota di pintu kelas.knp naim dop gtau kelas batal?sumbak la naim ni...kwe dah ghyak kat dia suh gtau klu xda kelas.membebel shah.pelat Kelantan dia dah keluar dah.
Shah jom gi cafe belakang ni nak tak?ana lapar la...aku mengajak shah bersarapan sambil membuat muka seposen..shah hanya tersenyum dan mengganggukkn kepala.aku menuju ke cafe sambil shah masih mebebel kerana naim sebagai ketua kelas tidak menjalankan tanggungjwab dia.kami berlainan jabatan tapi disebabkan jabatan usuluddin utk semester 6 ni hanya tinggal aku dan shah maka kelas kami bergabung dengan kelas al-quran dan as-sunnah.naim memang tidak suka dengan kami dari waktu orientasi lagi semasa mula2 masuk kolej dulu.katanya kami dari kampong tidak layak utk masuk ke kolej swasta ni.alah mak bapak dia je yang kaya dia xde rete (harta) pun.

Sampai  dicafe aku Nampak naim dan kawan2 sekelasnya sedang tergelak sambil menjeling kearah kami tapi aku tidak ambil pusing sebab ada seseorang yang aku sentiasa perhatikan ada duduk dimeja makan kat cafe tue.aku memilih meja yang menghadap dengan meja aliya..bukan nak menggatal sje nak dapatkan ‘view’ yg cantik.xnak aku menghadap muka si naim...sambil menjamah nasi lemak sesekali aku lemparkan pandangan kearah aliya tanpa aku sedari naim memerhatikan gelagat aku..lalu dia bingkas bangun dan menuju kearah aliya dan seperti berkata sesuatu kepada aliya.aku xtau ap yg naim kata tapi aliya bekelakuan seperti terkejut seraya bangun dan menuju kearah mejaku...aku dapat rasa sesuatu yg buruk bakal berlaku dan....SPLASHHHH....aliya mencurahkan air ke muka aku...aku terkejut dan tergamam kerana xsangka aliya akan berkelakuan begitu.naim terus hilang.ya allah habis basah baju aku...belum sempat aku bertanya aliya dah berlalu pergi shah terjerit2 memanggil aliya...mungkin marah dengan perbuatan aliya.ya allah malunye aku...aku hanya mampu mengesat saki baki air yang ada dibaju dengan tisu...terpaksa balik utk salin baju lain.

Semejak kejadian itu aku tidak lagi berpeluang bertemu dengan aliya utk meminta penjelasan...kecoh satu fakulti tentang kejadian aku disimbah air.nasib baik air kalau asid?xnaya aku...??tapi aku masih bingung dan menjadi tanda tanya apa yang naim bagitau kat aliya sampai aliya sanggup simbah air ke muka aku?sampai sekarang persoalan tu bermain di benak fikiran aku..
Akhirnya tirai semester akhir utk aku telah dilabuhkan,hanya menunggu masa utk bergraduasi...majlis konvokesyen bakal dilangsungkan bulan 7 tahun hadapan.ini bermakna aku ada masa selama setahun sebelum majlis konvokesyen..aku rasa mcm nak cari kerja part time je...faris dan ijal mcm biasa membantu ayah masing2 dipejabat..aku?aku pulak berkerja secara ‘part time’ di TESCO EXTRA  di shah alam.tempat kerja aku terletak di seksyen 13 manakala rumah aku di seksyen 19....xde la jauh sgt dalam masa 20 minit sampai la.aku bekerha sebagai ‘runner’,kerja aku senang lau ada lampu kaunter berkelip aku pergi kalau2 perlu bantuan runner...aku bekerja memakai ‘roller blade’ tau...mula2 agak kekok gak tapi lame kelamaan aku dah biasa.aku sebenarnya diambil bekerja sebagai juruwang tapi disebabkan runner lama berhenti kerja so pihak pengurusan meminta aku menggantikan tempat yang tersedia kosong.aku lebih suka kerja macam ni,xdela kena pegang duit...huhu aku takut dengan duit banyak2.kalau kurang memang saje je kena potong gaji.

Waktu shift aku pun dah selesai....sedang aku panaskan enjin motor terdengar orang bertengkar seorang lelaki muda dengan seorang pak cik tua.mula2 pertengkaran biasa,aku tengok lelaki muda tu je yg bersuara lantang.xde sivik tol la mamat ni...orang tua langsung xnak hormat.gerutu aku kegeraman.tapi aku biarkan sahaja bukan urusan aku untuk masuk campur..tetapi tiba2 terdengar orang ramai menjerit dan aku lihat lelaki muda tu menghunuskan pisau.aku terkejut lalu berlari kearah mereka,bukan nak tunjuk hero tapi ini dah melampau.aku cuba leraikan mereka...tapi sipemida tadi terus je tumbuk aku...bedebuk!!wahh..berpinau mata aku..mcm dunia ni berpusing2....baru nak perbetulkan langkah aku terima satu lagi pukulan...buk!!!tepat kena kat perut...ya allah senak nye....belum sempat aku atur nafas pemuda tadi cuba melepaskan satu tendangan...wahhh...mamat ni dah bagi dua das nak tambah lagi???tak boleh jadi ni...belum sempat tendangan di lepaskan aku terus membuat kilasan dari bawah...tepat mengenai pelipat...terbaring macam nangka busuk mamat tu jatuh.aku bangun dan bersiap sedia dengan tindakan seterusnya...mamat tu bangun dan sambil melepaskan satu tumbukan...aku mengelak dan menepis seraya membuat satu kuncian dari belakang...baru nak bagi buah pukulan terakhir kepala aku dijamah sejenis senjata yang agak keras lalu aku....pengsan....

SELANGOR KPJ  MEDICAL CENTER

Adoi...sakitnya kepala aku....aku mengeluh dalam kesakitan..kat mana aku ni?tiba2 seorang jururawat masuk...dah sedar?lamenya awk tidur en.amin...terkejut aku..mcm mna dia tau nama aku?...’mcm mana cik tau nama saya?..la dah tentu la pihak hospital kena tau nama pesakit.bahagian kecemasan tgk dari kad pengenalan....’ye tak ye jugak...apa da..aku tanya soalan bodoh lak...gelak aku sendiri dalam hati...cik.....yana..jururawat tu menjawab..aik mcm tau2 je aku nak tanya nama.cik yana mcm mana saya boleh ada kat sini?..entah la...saya pun xtau...yang pasti orang yang hantar awak kata awak dipukul...dan dia yang bawak awak dating sini....makin confius aku...sapa cik yana...?tanya ku...tak tau pula saya...dia ada pesan pada saya yang dia suruh saya bagitahu kat awak dia akan datang sini esok jawab jururawat tu....owh...aku hanya itu jawapan aku buat masa ini...dalam keadaan buntu aku terus terlena kerana mungkin kesan ubat yg aku ambik td kot.

Assalamualaikum.....apa khabar nak?dah ok?......sapa seorang lelaki yg agak berumur....pak cik siapa ye?knal sy ke?....pak cik la yg anak tolong semalam....pak cik datang nak ucapkan terima kasih....kalau anak xda tentu pak cik yang terlantar kat atas katil ni sekarang.....xpe lah pak cik...saya tolong ikhlas...kataku...lepas saya pengsan diorang xggu pak cik lagi ke?diorang tu sapa?maaf bertanya pak cik...bkn bermaksud nak menyibuk halo rang sekadar bertanya...

bersambung








No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...