Monday, 12 December 2011

BAB MENJAGA HATI


 
Untuk menjaga hati kita haruslah memahami kehidupan dan kematian
kelazatan hidup dan kenikmatan syurga,
kepayahan dan kesusahan kehidupan dunia dan azab selepas mati.
   
Bab perkara yang membantu simati
عَنْ أََنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلا ثَتٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى
وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُه وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

Dari Anas bin Malik r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda : Orang yang meninggal dunia diiringi ( ke kubur) oleh tiga (perkara)
kemudian yang dua kembali dan yang tinggal bersamanya satu,
diiringi keluarganya, hartanya dan amalannya,
lalu keluarganya dan hartanya pulang kembali dan yang tinggal bersamanya amalannya
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab hakikat harta dunia
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
يَقُولُ الْعَبدُ مَالِى مَالِى إِنَّمَالَهُ مِنْ مَالَهُ ثَلاثٌ
مَا اَكَلَ فَأَفْنَى أَوْلَبِسَ فَابَّلَى أَْو أَعْطَى وَمَاسِوَى
ذَلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda : Seseorang manusia mengatakan :
"Hartaku, hartaku!. Yang menjadi kepunyaannya daripada harta itu hanya tiga
Apa yang dimakannya, telah dihabiskannya dan apa yang dipakainya,
telah menjadi usang atau dinafkahkan (untuk kebaikan), telah disimpannya
(untuk hari kemudian) Selain dari itu akan lenyap dan tinggal untuk orang lain.
Hadis sahih riwayat Muslim
  Bab menyukai kehidupan dunia عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم قَلْبُ الشَّيْخِ شَاتٌ عَلَى حُبِّ اثْنَتَيْنِ طُوْلُ الَّحَيَاةِ وَحُبُّ الْمَالِ Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda : "Hai orang tua masih muda mencintai dua hal : Panjang umur dan harta" Hadis sahih riwayat Muslim       Bab kaya jiwa عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةَ الْعَرَضِ وَكلِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda : "Kaya itu bukan kerana banyak harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup yang ada) Hadis sahih riwayat Muslim     Bab ketamakan manusia dengan harta  عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صلعم لَوْ كانَ لابْنِ ادَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالِ لابْتَغَى ثَالِثًا وَلا يَمْلا حَوفَ ابْنِ ادَمَ اِلا التَّراَبُ  وَيَتُوبُ الله عَلَى مَنْ تَابَ  Dari Anas ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Kalau anak Adam (manusia) telah mempunyai harta sepenuh dua lembah nescaya dia masih mencari lembah yang ketiga Tiada yang memenuhi perut anak adam selain tanah Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat" Hadis sahih riwayat Muslim     
Bab hidup sederhana عَنْ عَبْدِالرَّحْمنِ الْحُبُلِى يَقُولُ سَمِعْتُ عَبْدَاللهِ بْنَ عَمْرِو بْنَ الْعَاصِ وَسَأَلَهُ رَجُلٌ فَقَالَ أَلَسْنَا مِنْ فُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِيْنَ فَقَالَ لَهُ عَبْدُاللهِ أَلَكَ امْرَاَةٌ تَأوِى إِلَيْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ أَلَكَ مَسْكَنٌ تَسْكُنُهُ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَنْتَ مِنَ الأغْنِيَاءِ قَالَ فَإِنَّ لِى خَادِمًا قَالَ فَأَنْتَ مِنَ الْمُلُوكِ Dari Abdurrahman al Hubaliy r.a. katanya : "Saya mendengar Abdullah bin Amru bin 'Ash ketika seorang lelaki menanyakan kepadanya: "Bukankah kami termasuk orang-orang Muhajirin yang miskin?" Abdullah berkata kepada orang itu: "Adakah engkau mempunyai isteri yang sekediaman denganmu?" Dia menjawab : "Ada!" Abdullah bertanya : "Adakah engkau mempunyai kediaman yang engkau diami?" Dia menjawab : "Ada!" Abdullah berkata : "Kalau begitu engkau termasuk orang-orang kaya!" Dia berkata lagi : "Saya mempunyai seorang khadam." Abdullah berkata : "Kalau begitu, engkau termasuk raja-raja." Hadis sahih riwayat Muslim     Bab menolong janda dan orang miskin عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلسَّا عِى عَلَى الأرْمَلَةِ وَالْمِسْكِيْنِ لا لْمُجَاهِدِ فِى سَبِيْلِ اللهِ Dari Abu Hurairah r.a. bersabda : "Orang yang berusaha membantu perempuan janda dan orang miskin sama dengan orang yang berjuang pada jalan Allah" Hadis sahih riwayat Muslim     Bab mengurus anak yatim عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِى الْجَنَّةِ Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Orang yang mengurus anak yatim kerabatnya atau bukan kerabatnya, aku dengan orang itu seperti dua ini dalam syurga (telunjuk dan jari malang) Hadis sahih riwayat Muslim     Bab bersederhana dalam makan minum عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَللهُمَّ اجْعَلْ رِزْقَ الِ مُحَمَّدٍ قُوْتًا Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. berdoa : "Ya Allah ! berikanlah rezeki keluarga Muhammad makanan sekadar mengenyangkan" Hadis sahih riwayat Muslim     Bab mensyukuri nikmat kehidupan yang ada عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا نَظَرَا أَحَدُكُم إِلَى مَنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ فِى الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ اِلَى مَنْ هَوَأسْفَلَ مِنْهُ مِمَّنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila kamu memerhatikan orang yang lebih daripadanya, tentang kekayaan dan tubuh, maka hendaklah ia memerhatikan orang yang kurang daripadanya, disamping orang yang lebih daripadanya." Hadis sahih riwayat Muslim       Bab mensyukuri nikmat yang ada عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اُنْظُرُوا إِلَى مِنْ أَسَّفَلَ مِنْكُمْ وَلا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُأَنْ لا تَزْدَارُوا نِعْمَةَ اللهِ Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Perhatikanlah orang yang kurang daripada kamu dan jangan hanya kamu perhatikan orang yang lebih daripada kamu kerana dengan itu wajarlah kerana kamu tidak memandang sepi nikmat Allah kepada kamu." Hadis sahih riwayat Muslim       Bab Menjaga hati  عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ  سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ: إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرمِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ  وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ  وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى ، أَلاَ وَإِ نحِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَد الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ . رواه البخاري ومسلم Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.  beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,  dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran
yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat
 maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.  Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram,  umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.  Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.  Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim     Bab beramal bukan untuk menunjuk-nunjuk
عَنْ أبي هُرَيْرَةَ قَال قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلًٌ اُسْتُشْهِدَ
فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ قَاتَلْتُ
فِيْكَ حَتَّى اُسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لأَنْ يُقَالَ جَرِيءًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

  
وَرَجُلًٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهَ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ
فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا
قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعْلِم وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأتُ فِيْكَ الّقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ
وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالًٌم وَقَرَأتُ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

وَرَجُلًٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ
وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نَعَمَهُ فَعَرَفَهَا
قال فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مْن سَبِيْلِ
تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فْيهَا إِلاَّ أَنْفَقْتُ فِيْهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ
وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ
 
Dari Abu Hurarairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang -orang yang dahulu diputuskan perkaranya pada hari kiamat
ialah orang yang syahid. Orang itu dihadapkan, lalu diperingatkan kepadanya
nikmat Tuhan dan diakuinya. Ditanyakan :
"Apakah engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya berperang pada jalan Engkau, sampai saya mati syahit"
Firman Allah : "Engkau dusta, melainkan engkau berperang supaya disebut
sebagai orang yang berani"
Sesungguh disebutkan : "Kemudian diperintahkan diheret dengan muka telungkup
sampai dilemparkan ke dalam api neraka"

"Dan seorang lagi yang mempelajari ilmu pengetahuan, mengajarkannya
dan membaca Al Quran. Lalu orang itu dihadapkan, diperingatkan nikmat Tuhan
dan diakuinya. Ditanyakan : "Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Quran kerana Allah"
Firman Allah : "Engkau dusta! melainkan engkau mempelajari ilmu pengetahuan supaya
engkau disebut orang yang banyak membaca Quran.
Sesungguhnya disebutkan : "kemudian orang itu diperintahkan supaya diheret dengan muka
terlungkup sampai dilemparkan ke dalam neraka"

"Dan seorang yang dicukupkan penghidupannya dan diberi segala macam kekayaan
Lalu dihadapkan, diperingatkan kepada nikmat Tuhan dan diakuinya"
"Ditanyakan apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan
Dia menjawab : "Setiap lapangan yang Engkau sukai supaya dikeluarkan
nafkah untuk itu, tidak pernah saya ketinggalan untuk membelanjakan
kerana Allah " Firman Allah : "Engkau dusta ! melainkan engkau
perbuat itu supaya disebut orang dermawan".
Sesungguhnya disebutkan : "Kemudian diperintahkan supaya diheret
dengan muka terlengkup sampai dilemparkan ke dalam neraka" Hadis sahih riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...