Wednesday, 28 March 2012
Buat mu muslimah
Buatmu wahai muslimah, janganlah kau ragui akan apa yang telah ditentukan Rabb mu....hijabmu melambangka kesucian mu. Berpegangalah dengan apa yang telah rasulmu tinggalkan. Hijabmu bukan penjara malah hijabmu adalah kunci untuk kau terlepas dari azab neraka Rabb mu.
Wahai muslimah kecantikan mu bukan untuk di jaja, tetapi kecantikanmu adalah kurnia Rabb mu untuk kau hadiahkan kepada suamimu. Suamimu adalah imam yang berjuang dalam kehidupan maka layaklah dia menerima kecantikan mu untuk dijadikan kekuatan dalam meneruskan perjuangan. Muslimah engkau adalah tulang belakang suami mu, kamu bukan berada di sisi semata untuk menemani malah kau juga harus berada di belakang suami untuk menolak suami mu supaya meneruskan perjuangan walaupun halangan yang datang merobohkan semangatnya.
wahai muslimah janganlah engkau takut da gentar dirimu di hina oleh kaum yang mempersendakan hijabmu, kuatkanlah hati mu tabahkan jiwamu untuk terus memperjuangkan hak kamu sebagai wanita islam. Percayalah dengan janji Allah bahawa syurga adalah ganjaran kamu wahai musimah.
Semoga kamu berbahagia disamping imam mu, taat lah kepada Allah taatlah kepada suami maka dibuka pintu-pintu syurga untuk kamu masuk tanpa ada sesiapa akan menghalangnya kerana itu adalah ganjaran buatmu. Islam itu indah, islam itu mudah islam itu mengajar kita bagaimana untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah yang menjadikan kita hamba ya Rabb pemilik seisi dunia.
Syahid Atau Menang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jom Solat!
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!
entry sal bible
http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
No comments:
Post a Comment