Wednesday, 28 March 2012

membidas kata2 mu wahai sahabat

assalamualaikum....moga apa yg cuba aku sampaikan sampai la ke hati kamu2 semua,bkn nak menduakan hukum allah,tapi allah maha adil lagi maha bijaksana,maha mengetahui akan segala sesuatu....disini ade serba sedikit yg aku nak kongsi,lelaki dan perempuan jika berada didalam suatu majlis ilmu pada aku tidak mengapa kerana disitu adalah didalam lingkungan kawasan menuntut ilmu.adakah salah jika lelaki dan perempuan berada dalam satu majlis ilmu?klu mengikut sejarah tokoh2 islam seperti rabiatul adawiah,dia seorg wanita,dan dia menghadiri majlis ilmu yg rata2nya lelaki adalah hadirin di majlis ilmu itu.dan rabiatul adawiah sendiri menganjurkan majlis ilmu yg dihadiri oleh lelaki dan perempuan.seperti dikolej2 islam,universiti2 islam dimalaysia ni,tempat menuntut ilmu,majlis ilmu,jika menjadi satu kesalahan berada dalam lingkungan majlis ilmu yg sama apakah cara yang kamu ingin cadangkn?



bukan aku cuba menjatuhkan artikal mu,aku hanya menyampaikan ap yg ptut aku sampaikan.aku juga berada didalam kolej islam,dan aku berada didalam suasana begitu.jika benar lah kita harus mengasingkan lelaki dan perempuan,sanggup ke kamu hidup di bulan?dan perempuan dibumi.allah menjadikan sesuatu tentu punya rencana dan alasan tersendiri.hukum tetap hukum yg berdosa tetap berdosa jika dilakukan,cuma jika berada didalam ruang lingkup majlis ilmu,persekitaran menuntut ilmu xmenjadi satu kesalahan pada aku.

disini ada satu artikal bagi menyokong pendapat aku,jika salah ap yg aku sampaikn tegur lah....mungkin saja kerana ilmu yg seperti debu ini tidak layak utk membidas,tapi fikir2kan lah dan renung2kn lah.islam itu tidak menyusahkan penganutnye....rasululullah telah meninggalkan byk benda utk umatnye yg telah disampaikn oleh allah melalui malaikat jibril.

semoga kamu boleh memandang secara islam yg mudah....

Fatawa alQardhawi:

Pendapat dari Yemen itu termasuk pendapat yg keras yang tidak berpijak kepada nas, ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat hingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum Liberal/Women's lib yang berlawanan dengan fatwa Yemen itu, yakni menyeru wanita meninggalkan syari'at dan lepas bebas spt wanita Barat.

Pokoknya: kedua-dua golongan ini : liberalis yg membebaskan wanita semaksimanya dan aliran keTimuran yg mengongkong wanita, memenjara dan menzaliminya.

Adapun pendapat pertengahan Islam ialah wanita sejak zaman salaf assoleh tidak lepas bebas atau terpenjara di rumah mereka, bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dlm suasana terkawal) cthnya: ke mesjid utk solat berjama'ah, Juma'at, hari Raya, di mana mesjid tidak ada sebarang tirai pemisah, wanita keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahy mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yg baik, menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yg membawa manfa'at.

Inilah maksud firman Allah ta'ala"

" dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar." AQT 9: 71

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa' atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2 kebajikan dan jihad.

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari'at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir alMar'ah, Darul Qolam, Kuwait, 1990)amat panjang sekali bukunya membicarakan perihal etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam dalam bentuk rincian setebal 548 mukasurat dan saya ringkaskan shj. Juga Fatwa Dr Qardhawi setebal 22 halaman.

* Dr Abdul Halim Abu Syuqqah wafat 1995 adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ Qatar. Dr alQardhawi (80 tahun) adalah kelahiran Mesir dan menetap di Qatar. WA


jika ada keslahan dan kesilapan dalam penerangan aku,sila lah tegur...manusia tak lepas dari kesilapan..
sekian

No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...