Friday, 13 April 2012

Hidayah






Assalammualaikum.

        Hidayah (guidance) sangatlah penting untuk manusia. Kita seharusnya
sedar bahawa Hidayah ini adalah daripada Allah dan tidak yang dapat
memberinya selain dari Allah. Kita juga perlu sedar bahawa ramai manusia
yang telah ditarik balik Hidayah daripada mereka dan mereka mati dalam
kekufuran. Walaupun kita dilahirkan di dalam keluarga Islam, ini
tidak bermakna kita telah mendapat hidayah dari Allah.


Seorang alim pernah menyebut bahawa kita seharusnya memohon dan berdoa kepada Allah
supaya dikurniakan hidayah (petunjuk) setiap kali selepas solat fardu
dan juga selepas solat sunat yang lain.Kita juga patut berdoa supaya Allah
memberikan Hidayah kepada kedua ibu bapa kita, keluarga kita, sanak
saudara kita, sahabat-sahabat kita, dan seterusnya kepada seluruh umat
manusia di muka bumi ini.
        Rasulullah SAW selalu berdoa setiap kali lepas sembahyang dengan
doanya: ``Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah
Engkau beri petunjuk. Dan berilah kami rahmat yang ada disisi-Mu
kerana hanya Engkau yang suka memberi.''


Firman Tuhan (surah al-Ankabut, ayat 2-3) bermaksud, ``Apakah manusia
mengira bahawa mereka dibiar mengatakan; ``Kami telah beriman.''
Sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka dan benar-benar Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan mengetahui pula orang-orang yang dusta.''


Jadi korang janganlah bersedih bila di timpa musibah...semua itu dugaan. Kita sebagai umat islam seharusnya tabah dengan ujian kerana Allah maha mengetahui segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...