)
gambar ini sekadar hiasan
‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan semua bidadari Syurga. Suatu pagi dalam bulan Ramadhan, ketika Rasulullah SAW sedang memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah), baginda telah berkata:
” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia
syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di
kalangan para bidadari-Syurga yang bernama ‘Ainul Mardhiah’”
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat
muda teringin sangat hendak mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para Sahabat
yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang
mahu keluar berjihad.
Sebelum Zohor, mengikut sunnah nabi, baginda akan tidur
sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga
turut tidur bersama jemaah tadi.
Di dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi sedang
berada di suatu tempat yang sungguh indah. Beliu bertemu dengan seorang lelaki
yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu beliau
bertanya,
” Di manakah saya berada sekarang?”
Lalu lelaki itu menjawab,
“Inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul
Mardhiah, lalu beliau ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun
berjalan sehingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran
seorang wanita yang amat cantik, belum pernah beliau melihat kecantikan
sebegitu di dunia ini.
Beliau memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,”
Adakah saudari Ainul Mardhiah”?
Wanita itu menjawab, “Eh! Tidak, saya adalah khadamnya,
Ainul Mardhiah sedang berada di atas singgahsana di dalam sana”.
Ainul Mardhiah sedang berada di atas singgahsana di dalam sana”.
Lalu Sahabat tadi berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang
cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di
dalam mahligai. Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya,
“Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab,
” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini. Ainul Mardiah ada di dalam mahligai di atas sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikannya amat mengagumkan.
Akhirnya beliau sampai ke suatu mahligai dan beliau bertemu
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda
cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tidak pernah dilihatnya di dunia
ini.
Wanita itu berkata,
” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan
saudara diciptakan untuk saya”
Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab,
” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian
dia menceritakan segala-galanya kepada seorang Sahabat lain, namun begitu
beliau berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Rasulullah SAW.
Andainya beliau syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama
Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid.
Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka
bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka rakan Sahabat yang syahid
tadi telah bangun dan merapati Nabi dan menceritakan perihal Sahabat Nabi yang
syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang
cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata,
“Memang benar cerita sahabat kamu itu tadi dan sekarang ini dia
sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….”
No comments:
Post a Comment