Wednesday 15 May 2013

SAKITNYE SAKARATUL MAUT!!!!

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini aku nak bercerita tentang kematian, aku pilih tajuk ini kerana kematian adalah sesuatu yang pasti. Kita cuba lah mengelak mcm mana sekali pun…kematian tetap akan menjengah, kerana setiap yang hidup pastikan mati..tiada yang kekal abadi melainkan Allah s.w.t.




Aku nak bercerita tentang mati  kerana pada aku tidak kira muda atau tua mati tetap akan tiba jua. Tiada seorang pun manusia akan terlepas. Yang nak diceritakan disini bukan mati itu benar atau tidak…yang nak disampaikan kat sini ialah bagaimana sakitnya mati itu. Aku mengaku yang aku takut untuk hadapi kematian. Hari-hari yang di lalui sentiasa melakukan dosa. Apa kalian tidak takut mati?

Banyak sangat cerita tentang kematian yang aku dengar, Nampak macam senang kan mati itu. Tapi apakah kita dapat menghadapi sakaratul maut dengan tenang?...adakah pengakhiran kita dalam keadaan husnul khatimah?...bila teringat tentang kematian menggigil tubuh ini, terasa iainya satu benda yang sangat-sangat menakutkan. Tapi itulah yang tiap manusia harus lalui…betul tak?

Aku ambil teks ini dari blog http://madahseoranghamba.blogspot.com/2011/01/sakitnya-sakaratul-maut.html aku mintak maaf pada owner blog sbb xbg tau nak copy teks dibawah.
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."
Surah Al-Ankabut ayat 57

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan, dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan."
Surah Al-Anbiya' ayat 35

Kematian bukan suatu igauan atau mimpi namun ia adalah suatu kepastian dan telah berlaku kepada manusia dan orang yang terdekat di sekeliling kita... dan suatu hari nanti akan berlaku kepada kita...sebab setiap yang hidup pasti akan mati itulah jaminan yang tiada tawaran atau ganti... lagipun kita bukanye kebal dan tak boleh mati-mati...sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah pun menemui ajal baginda inikan pula kita manusia yang lemah dan tiada kekuatan...


Bila sebut mati mesti teringat satu perkataan "sakaratul maut"

Bila sakaratul maut ni akan dihadapi???

jawapannya pastilah diambang kematian iaitu saat kematian mengetuk pintu dan saat malaikat izrael mencabut nyawa kita...

Sakitnya sakaratul maut... Sedangkan Rasulullah yang amat dicintai oleh Allah pun merasai keperitan sakaratulmaut iaitu saat nyawanya hendak ditarik oleh malaikat Izrael... walhal Izrael menarik nyawa Rasulullah dengan lemah lembut dan paling halus... namun sakitnya sakaratul maut yang dihadapi oleh Rasulullah sehingga malaikat tidak sanggup memandang wajah Rasulullah...bukan kerana hinanya Rasul namun kerana teramat mulianya Rasulullah dan teramat cintanya malaikat kepada baginda sehingga tidak sanggup melihat kekasih Allah mengerang kesakitan...

Namun apa yg Rasulullah kata saat nyawanya ditarik...

"Jika begini sakitnya sakaratul maut lebih baik timpakan seluruh sakaratul maut umatku keatas diriku" (InsyaAllah sabda baginda yg lengkap akan ana cari)

Lihat sayangnya Rasulullah pada umatnya sehingga tak sanggup melihat umatnya kesakitan menghadapi sakaratul maut...

Bagaimana keadaan kita nanti sewaktu sakaratu maut... tersenyum, menangis, melolong kesakitan, menjerit menahan kesakitan, terdiam seribu bahasa... wallahua'lam...

Sakitnya sakaratul maut bergantung kepada amalan kita dan cintanya Allah kepada kita namun kita hanya mampu berdoa dan meminta agar sakaratul maut kita nanti dalam keadaan yang baik dan kita dimatikan dalam khusnul khatimah...

Kisah Nabi Idris Mengenai Sakaratulmaut :

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris AS mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi.

Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah malaikat mendapati Nabi Idris AS sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?”

Jawab  Nabi Idris : “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.”

Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”


70 kali sehari malaikat maut menjengok kita  :

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang,  iaitu dalam masa sehari sebanyak 70 kali. Sekiranya  manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya.  Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.
Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT.  Oleh yang demikian, setelah kita faham setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak pastinya kita akan bersungguh-sungguh melaksanakan segala amanah dengan jujur dan ikhlas.
Marilah kita mengingati mati yang bakal datang pada bila-bila masa…fikir-fikirkanlah…

No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...