Saturday, 31 March 2012

Mahu Cinta balas dengan Cinta




Jika cinta di dalam hati anda, seorang manusia di depan mata yang tampak jasadnya, pun tak dapat dilihat oleh manusia, maka bagaimana manusia itu hendak dibawa melihat Cinta Allah yang tak ternampak dek mata?
Milikilah sedikit nilai diri. Ketika mereka yang sedang bercinta, merasa cukup bahagia dan tenang kerana ada teman untuk berkongsi rasa dan mereka rasa bagai berada di syurga dunia.


Tiba-tiba anda datang membawa gambaran sebuah neraka dengan wajah sebengis Malaikat Zabaniah, dan anda minta mereka mengikut seruan anda. Renung-renungkan!

Mahu cinta balas dengan cinta. Jangan pernah membenci cinta apatah lagi membenci pencinta.
Setelah berikhtiar panjatkanlah doa kepada Allah, kerana hidayah bukan milik kita.

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]

Saya akhiri dengan satu hadis untuk renungan semua.

Diriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Ansari r.a berkata : Ada seorang lelaki berkata kepada Rasullullah; Saya sengaja datang terlambat untuk melaksanakan solat subuh kerana si fulan (imam) selalu sangat memperpanjang bacaan (surahnya). Abu Mas’ud berkata lagi : Saya tidak pernah melihat Rasullullah s.a.w berkata dalam keadaan yang sangat marah, selain daripada hari itu ketika baginda menyampaikan nasihatnya seraya berkata : “Sesungguhnya ada di kalangan kamu orang yang menyebabkan orang ramai lari meninggalkan ajaran Islam; sesiapa sahaja di antara kamu menjadi imam dalam solat, maka hendaklah ia memendekkan bacaannya kerana di antara mereka ada yang lemah, berumur tua dan mereka yang mempunyai hajat dan keperluan lain.”

Perhatikanlah ucapan (lisan) dan tindakan (tangan) anda.
Kalau tak dapat membawa mereka mendekati Allah sekalipun, jangan dibawa mereka makin lari dari Allah.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...