Saturday, 31 March 2012

Siapa Yang Suruh Kita Jadi Budak Dakwah?


” Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah(petunjuk), Dia akan membuka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”
[ Al-An'am 6 : 125]


Bersyukurlah tatkala Allah memberikan kita kefahaman yang baik untuk menerima kebenaran Islam.
Bersyukurlah tatkala disekeliling kita masih ada orang yang mengingatkan kita tentang kebaikan.
Namun, Islam ini tidak hanya dengan kita dengar dan faham tentangnya. Islam ini adalah satu kebenaran yang perlu kita sampaikan kepada yang masih belum mengetahui dan memahami di luar sana. Jika Rasulullah s.a.w mengambil Islam ini untuk diri baginda sahaja dan tidak disampaikan kepada umat baginda, masakah kita sekarang ini tahu dan kenal apa itu Islam, masakan kita ini tahu bagaimana nak solat sedangkan lahir kita ketika baginda Rasulullah s.a.w telah lama wafat.
Sampaikan Islam dengan perkataan “dakwah” seperti sesuatu yang sinonim yang mana bila sebut tentang sampaikan kebaikan semua orang akan terfikir tentang dakwah. Ya, dakwah itu maknanya menyampaikan kebaikan! Cumanya ramai yang seakan trauma dengan perkataan dakwah ini. Oh, jika perkataan dakwah inilah yang membuat semua orang takut untuk sampaikan kebenaran, boleh lah kita cipta satu perkataan baru yang membawa maksud ” sampaikan kebenaran” supaya ia tidak lagi didengar seperti terlalu ganas atau seumpamanya.



Mari kita muhasabah,
Kebaikan itu akan tetap terus berjalan walau tanpa kita yang menggerakkannya. Kerana di atas bumi Allah ini, ramai yang dipilih Allah untuk bergerak menjalankan kebaikan.
Jika  kamu tidak mahu ikut usrah untuk menimba ilmu tentang Allah dan kekuasaan-Nya, silakan.
Jika kamu diberi tugas menyampaikan kebaikan melalui usrah kepada orang yang masih kurang kefahamannya tentang Islam tetapi kamu menolak, silakan.
Jika kamu sudah tahu tanggungjawab orang mukmin itu adalah menyampaikan apa saja kebaikan yang kamu tahu daripada al-quran dan as-sunnah tetapi kamu malas untuk menyampaikannya, silakan.
Jika kamu tidak mahu sama-sama bergerak menyampaikan kebiakan hanya kerana takut dicop budak dakwah, silakan.
Jika kamu menolak untuk sama-sama bergerak menyampaikan kebaikan hanya kerana tudung kamu tidah selabuh rakan seangkatan lain, silakan.
Silakan silakan silakan,
Allah tidak rugi apa-apa pun jika kita menolak untuk bergerak menyampaika kebenaran Islam ini.Islam tidak rugi apa-apa pun jika kita tidak mahu sampaikan kepada orang lain tentang kebenaran Islam ini. Jika Allah mengkehendaki Islam ini tertegak di muka bumi ini esok hari pun, ia pasti akan berlaku dengan kekuasaan Allah dan dengan apa cara sekalipun.



” Maka jika kamu berpaling, maka sungguh, aku telah menyampaikan kepadamu apa yang menjadi tugasku sebagai rasul kepadamu. Dan Tuhan-ku akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, sedang kamu tidak dapat mendatangkan mudarat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemelihara segala sesuatu.”
[ Surah Hud 11 : 57]
Diatas itu adalah janji Allah dalam kalam suci-Nya. Jika kita berpaling dan menolak kebenaran Islam ini, maka kita sedikitpun tidak memberi mudarat kepada Allah s.w.t malah Allah gantikan kita dengan kaum yang lain.
Ramai antara kita sudah nampak keperluan dan kewajipan penyampaikan kebenaran al-quran, tapi masih menafikan kesedaran mereka. Yang menafikan itu bukan diri kita tetapi ianya bisikan syaitan yang tetap tidak mahu mengalah menghasut keturunan Adam untuk bersama mereka di akhirat kelak.
” Ala aku bukan malas nak berdakwah aku tak cukup ilmu lagi la.”
” Ala aku belum bersedia lagi nak jadi budak dakwah ni.”
Orang yang dalam percakapannya banyak “alaa”  dan beralasan ini bukanlah mukmin yang benar-benar berjuang. Iman Hasan Al-Banna pernah berpesan;
” Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.”



Siapa yang suruh kita jadi budak dakwah? Allah tidak suruh kita jadi budak dakwah, Allah suruh kita sampaikan kebenaran Al-quran ini. Jika perkataan “budak dakwah” itu yang menakutkan kita untuk sampaikan kebenaran al-quran itu sendiri, silakan cipta satu perkataan baru yang membawa maksud sama jika perkataan baru itu tidak akan membuat anda merasa takut menyampaikan kebenaran Al-quran.
Mari muhasabah lagi,
Islam ini tidak hanya pada perkataan tetapi ianya perlu berlangsung bersama-sama kefahaman kita.
Kenapa kita sampaikan kebaikan?
Sebab Allah suruh. Jadi jika sebab Allah suruh, mengapa kita masih mengambil kira unsur-unsur yang selainNya? Mengapa masih mahu mengambil kira cakap-cakap orang lain yang kata-kata mereka bisa menjatuhkan semangat kita yang mahu sampaikan kebaikkan ini?
Ingatlah, jika kita tidak terdetik sedikitpun untuk serius sampaikan kebenaran Islam ini kepada orang sekeliling kita, jadikan yang satu ini sebagai penguat buat diri kita, jadikan yang satu ini sebagai alasan untuk kita tidak berdalih lagi untuk sampaikan kebenaran. Ianya adalah;
” Adanya kehidupan selepas mati.”



Ianya akan buat kita sedar yang apalah sangat perlu dikejar keduniaan ini jika masih ada hidup yang kekal selepas kita mati. Ianya buat kita sedar, dengan hanya menjadi mukmin yang baik kita akan mampu mengecapi kesenangan dan kebahagiaan di dunia akhirat yang kekal abadi, dengan izin-Nya. Ianya akan buat kita sedar yang hidup untuk Allah jua mampu memandu kita menjalani kehidupan seperti yang Allah suruh. Kerana jika kita hidup untuk selain Allah, bererti kita ini hidup untuk dunia, kita ini menjadi hamba dunia.
” Dunia ini diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk akhirat.”

No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...