cerpen terbaru....tapi xde idea...so len kali sambung k?....huhuhu
kau dan aku ditakdirkan bertemu
syahid atau menang
Terima kasih kepada tan sri dan dato’ – dato sekalian kerana dusi hadir ke majlis makan malam syarikat kami. Saya mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang sentiasa menyokong saya dari belakang iaitu putera tunggal saya hanif zakri…..’penuh ketenangan tutr kata datin zainab ketika memberi ucapan.
Sementara itu di ruangan beranda…terlihat seorang jejaka yang termenung memikirkan sesuatu. Hanif zakri seakan cuba menidakkan perasaan yang terbuku di hati. Kerinduan pada seseorang yang telah lama menghilangkan diri, 16 tahun tidak bertemu terasa rindu hanif zakri pada satu-satunya saudara yang dia ada…. Hanif merindui kakaknya marlia…air mata dia berlinangan…
Datin apakah rahsia datin disebalik kejayaan datin?...jika boleh dikongsikan kepada kami Tanya seorang repoter kepada datin zainab..
Rahsia?...sambil tersenyum tenang datin zainab menghela kan nafas…seraya `senang sahaja, jangan tension tidak tentu pasal, ada masalah cari jalan penyelesaian, jgn banyak berfikir…..kita terlalu memikirkan masalah yang dihadapi dan menangis apabila menghadapi masalah…yang membuatkan seseorang menemui kegagalan bukan kerana kekurangan tetapi kerana pemikiran sendiri..
Hanif yang berada dibelakang hanya mampu menggelengkan kepala, kerana kata-kata mami itu tidak layak untuk dilafazkan oleh seseorang seperti datin zainab.
Mak jah! Hei mak jah! Mak jahhhhhhhh!!!!...ye alia…kenapa terjerit-jerit ni mak jah kat belakang tadi…ada apa alia?...
Mak jah! Mak jah basuh atau tidak baju ni?....` alia bertanya dengan nada yang agak tinggi hingga seisi rumah banglo itu boleh dengar…
Mak jah dah basuh alia, macam mana alia leh Tanya mcm tu? Tanya mak jah seakan pelik kerana dia sudah basuh semua baju kotor pagi tadi…
Mak jah ni bodoh ke ap?!!! Kalau dah basuh takkan la kotor lagi baju ni? Herdik alia seakan mahu di baham wanita tua itu
Ya Allah alia…mana kotor nya?...xde pun?...sambil membelek baju yg dipegang
Haa elok la, tgk jgn guna mata guna telinga!...mak jah cuba lah bau baju tu!!
Knp alia?...bau wangi…
Tau pun…mak jah kata dah basuh?!!...tu bau minyak wangi tu apa benda?
Bau wangi alia, bau minyak wangi kamu…bukan bau busuk…mak jah dah basuh dah…
Mak jah jgn…..terhenti kata-kata alia apabila hanif mengherdiknya
Hey you ni kenapa?!!...dah tak reti hormat orang tua ke?!!! Marah hanif dengan sikap isteri dia yang melampau
You ni kenapa, tiap kali I marah perempuan tua ni you mesti nak backing dia kan?....
Masalahnya you tu dah melampau sangat faham tak?!! Belajar hormat orang tua…marah hanif kepada alia kerana makin hari alia makin melampau
Hanif!!!...tengking datin zainab..entah bila datin zainab berada dibelakang mereka…
Yang kamu terjerit-jerit ni kenapa?...dah tak boleh nak cakap elok-elok ke? Marah datin zainab
Alia tersenyum kerana mak mentua dia memang selalu akan menyebelahi dia…
Kenapa ni alia? Tanya datin zainab
Mummy mak jah dah buat rosak baju kesayangan alia….jawab alia manja
Hmm..takpelah alia nanti mummy belikan yang baru ya?...pujuk datin zainab
Are u serius mummy?...thanks mummy!! Sorak alia..
Mak jah lain kali jangan basuh main-main faham? Gaji mak jah belum tentu mampu ganti baju ni
Hanif menggelengkan kepala dengan perangai isteri dia yang terlalu kurang ajar dengan orang-orang tua. Entah macam mana la dia boleh setuju dengan cadangan mummy dia untuk di nikahkan dengan alia.
Marlia kau taknak balik lagi ke? Tanya isha bila lihat marlia termenung hingga tidak sedar rakan-rakan lain sudah pulang.
Eh tentu la aku nak balik, kau nak aku jadi security ke nak stay kat ofis ni….sambil tersenyum
Ha tau pun kau, dah jom la balik dah lewat ni..kau hantar aku ya?...hehehe…
Dah tau dah, ye la jom aku hantar kau balik….sambil mencuit hidung isha…
Apa ni main hidung aku, tau la hidung aku tidak semancung hidung kau, tapi tak baik tau main-main hidung aku…hehehe sambil tersengih
Sejak bila la pulak sahabat aku ni dah tak boleh nak gurau-gurau ni…?...kata marlia sambil bercekak pinggang..
Semenjak marlia di halau keluar dari rumah isha la satu-satu nya sahabat yang dia ada yang memahami diri dia…isha sentiasa member sokongan dan dorongan untuk marlia ketika dihalau oleh ibunya.
Isha esok sabtu kita pergi sunway pyramid nak tak?...jalan-jalan…aku bosan la duduk terperap je kat rumah…jom la ye? Pujuk marlia
Ok. Boleh tapi dengan satu syarat…isha mengisyaratkan tangan supaya marlia lebih dekat dengan dia seraya isha menjerit ` kau kena belanja aku!!! Hehehehe…sambil berlari ke tingkat atas
Ya Allah isha kau ingat aku ni dah pekak ke?? Gerutu marlia dengan sikap isha yang suka bergurau dan kerana perangai isha yang sebegitu lah marlia senang bersahabat dengan isha…mereka seperti adik beradik….
Isha nanti dah sampai kita pergi MPH dulu ya? Aku nak cari novel la, semua novel dalam bilik tu dah dua tiga kali aku khatam baca…sambil tersenyum..
Ya la marlia ku sayang..aku ikut je mana kau pergi ok?...ringkas jawapan isha
Mana faris ni?...lama betul cari buku? Dah tak jumpa jalan keluar dari sini ke apa? Zafrul mengomel di dalam hati…tiba-tiba seseorang terlanggar zafrul..
Aduh..sakitnya…marlia memegang kepala nya seakan terlanggar tiang…
Awak ni dah buta ke? Bukan main luas lagi kawasan ni yang awk langgar saya kenapa? Marah marlia padahal dia yang salah…
Saya mintak maaf saya tak sengaja…zafrul memohon maaf walaupun bukan salah dia
Maaf – maaf senang je awk ni kan? Lain kali mata tu letak depan bukan letak kat belakang kepala…marlia cuba menyembunyikan rasa serba salah dia…
Saya mintak maaf sangat-sangat awak, saya tak perasan awak ada depan saya yang tiba-tiba muncul depan saya..zafrul cuba menenangkan keadaan
Owh ye buku ni saya beli untuk adik saya tapi saya rasa tak sesuai la…awak ambil lah, awak lebih sesuai untuk baca buku ni…zafrul menghulurkan sambil berkata ‘saya dah bayar tadi…tak perlu ucap terima kasih ya? Zafrul berlalu keluar dan terus hilang dari pandangan.
Buku apa pulak mamat ni bagi?....`cirri-ciri menjadi muslimah sejati’….mamat ni peril aku ke apa?
Ahh lantak lah dia bagi aku ambik, alia berlalu mencari isha..
` Wanita ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlaq itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk, tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu. Ibarat bunga, ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya. Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar, tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah….’ Ya Allah begitu istimewanya ciptaanMU yang bernama wanita ya Allah…
Isha…kau tak panas ke pakai tudung?...tanya marlia
Aku lebih takut panas api neraka lia…jawab isha ringkas tapi cukup membuatkan marlia tersentak dengan kata-kata isha…
Isha…aku….marlia seakan mahu menyatakan sesuatu
Apa dia lia? Cakap lah aku kan sahabat kau…isha cuba meyakinkan marlia
Isha kalau aku cakap kau jangan gelak ka aku ya?...pinta marlia
Isha hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat
Aku nak pakai tudung lah isha, aku nak jadi muslimah yang betul-betul mengikut ajaran islam..terang marlia dengan tenang…
Tiba-tiba isha mengalirkan air mata dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana membuka pintu hati marlia untuk bertudung..isha memeluk marlia dan menangis sambil berkata tahniah sahabat…akhirnya hidayah Allah sampai juga…aku bangga dengan kau lia….mereka berpelukan sambil meraikan hari dimana Allah tiupkan cahaya kebenaran pada tiap-tiap hamba yang DIA mahu…
Rakan sepejabat semua memandang marlia kerana perubahan yang ketara yang berlaku kepada marlia…
Wei korang ni dah kenapa? Macam tengok benda pelik pulak?...tanya isha kerana cuba mengurangkan ketidak selesaan marlia dengan pandangan-pandangan rakan sepejabat.
Terima kasih isha…kau sahabat aku dunia dan akhirat…kata marlia di dalam hati…
Hari ini marlia merasakan sangat tenang, kehidupan dia juga mulai teratur dan tidak seperti dahulu lagi…semenjak marlia memulakan perubahan ini hati dia sudah mula tidak serabut dan hari-hari yang dilalui penuh dengan ketenangan..
Kau buat apa isha? Tanya marlia
Aku chat ngan sepupu aku, kalau kau nak tahu dia lah rujukan aku dalam bab agama ni….rugi lah ada sepupu yang power dalam bidang agama kita tak ambil ilmu yang mereka ada….terang isha
Marlia hanya menggangguk tanda faham….tiba-tiba marlia terpandang profile picture sepupu isha…seraya…err…isha lelaki ni ke sepupu kau?..tanya marlia samba jari diarahkan ke skrin computer..
Isha mengangguk…dan bertanya ‘kenapa lia? Kau kenal ke?
Ya Allah isha dia la mamat poyo yang langgar aku hari tu masa kita pergi MPH tu….kan aku ada cerita kat kau? Dia sepupu kau....tanya marlia sambil menepuk dahi?
bersambung
Aah dia sepupu aku,la yang kau
langgar hari tu sepupu aku ke? Isha menepuk bahu marlia seraya ketawa
Jodoh kau kot lia…isha tersenyum
Yang kau ni dah kenapa isha? Jodoh
apa nya pulak ni? Jgn nak mengarut boleh tak?
Isha hanya ketawa kecil melihat
sahabatnya itu ‘ aku gurau je la
lia…hehehe’
Rul tgu la sekejap, yang kau jalan
laju sangat ni kenapa? Faris tidak mengerti kelakuan zafrul yang agak pelik
hari ini.
Tiba-tiba zafrul berhenti mengejut
dan faris yang mengikut dibelakang tidak sempat untuk mengelak dan
trus…..BUKKK!!!...
Zafrul terdorong kehadapan kerana
faris bertubuh besar memang bukan lawan dia untuk menahan
Zafrul mengaduh ‘ adoi kau dah
kenapa faris? Dah tak reti nak berhenti ke? Aku pun kau langgar juga?
Faris hanya tersengih seraya
berkata ‘ engkau tu lah, dah lah berjalan laju pastu tetiba lak engkau berhenti
mengejut.
Zafrul hanya menggeleng , sudah
faham sangat dia dengan si faris….
Faris engkau tahu tak siapa yang
lekatkan poster aku dengan lelaki mana entah, lepas tu siap ada perkataan I
love u lagi, SAM suka zafrul….aku bukan jenis macam tu…ini agak memalukan aku…
zafrul agak kecewa dengan kejadian ini sehingga Dekan Fakulti Akedemi Islam
memberi amaran supaya kejadian seperti
ini tidak berlaku lagi.
Aku tak tahu siapa yang lakukan rul
tapi aku tahu siapa SAM, dia bukan lelaki rul tapi dia perempuan.
Haaa??? Perempuan?? Zafrul agak
terkejut, patut la dekan marah sangat dengan dia rupanya poster tu poster
perempuan….
Ya Allah siapa la yang punya
angkara ni…keluh zafrul
Teringat kata-kata dekan pagi tadi
` zafrul awak antara pensyarah di fakulti ini yang sangat saya kagumi tetapi
bagaimana awak mahu jelaskan tentang poster diluar sana? Awak telah memalukan
fakulti kita, sepatutnya kita tunjukkan contoh yang baik pada fakulti lain`
Ya
Allah sungguh aku tidak tahu apa-apa berkenaan poster tu…
Faris kau kata kau kenal siapa SAM,
aku nak jumpa dia…siapa dia? Tanya zafrul
Baiklah rul sekarang jugak aku call
dia datang sini, dia student aku rul terang faris
Haaa?? Student kau…? Zafrul agak
terkejut…ya Allah pagi-pagi lagi sudah ada kejutan…entah apa lagi yang bakal
menyusul
Assalamualaikum en.faris… ada apa
ye suruh saya kemari? Eh ustaz kacak pun ade..hye ustaz? SAM melambai sambil
tersengeh
Faris menepuk meja seraya ` SAM!
Tolong hormat pensyarah kamu……….!
Tak mengapa faris….zafrul memotong
kata-kata faris supaya keadaan tidak bertambah kecoh
SAM saya tiidak mahu kecoh-kecoh
pagi-pagi macam ni, saya Cuma mahu tahu siapa yang letak poster tu? Awak ke?
Tanya zafrul
Ye saya yang letak…ada masalah ke
ustaz? Bentak SAM
Ye saya ada masalah dengan itu,
awak dah memalukan saya dan membuatkan saya diberi amaran oleh pihak
fakulti…apa awak fikir ini suatu jenaka bagi awak?!!! Zafrul meninggikan suara
bagi menegaskan betapa serius masalah yang telah gadis ini timbulkan.
Ustaz tidak perlu untuk
marah-marah, saya buat bersebab…terang SAM sambil tersenyum sinis
Apa sebab musabab awak lakukan
semua ni? Tanya zafrul
Kerana saya sukakan ustaz dan saya
nak kawan-kawan kelas saya tahu perempuan macam saya juga boleh bersuami kan
seorang ustaz! SAM sedikit menjerit
Awak ingat saya ni apa? Bahan untuk
awak buktikan pada kawan-kawan awak? Awak ingat perkara ni semudah yang awak sangka?
Awak ingat perkahwinan seperti apa yang awak fikirkan? Zafrul sudah tidak mampu
untuk bersabar
Awak dengar sini Siti Aisyah Binti
Muhammad!....awak tu muslimah! Bukan lelaki!! Zafrul sedikit tenggelam dalam
kemarahan
Hey ustaz POYO!!! Kau dengar sini
nama aku sam bukan nama yang kau sebut tu!!! Dah lama aku tak guna nama tu jadi
kau xpayah nak panggil aku dengan nama tu!!!
Dan kau tak payah nak hina aku la…
Kau ingat kau tu bagus sangat ke???
Perempuan-perempuan bertudung ni je yang terhegeh-hegeh nak lelaki macam kau!
Kau fikir aku heran sangat dengan kau??? Sam sudah mula meninggikan suara
Faris yang sedari tadi mendiamkan
diri sudah tidak mampu menahan kesabaran satu tamparan yang kuat hinggap di
pipi sam…
Awak sudah melampau aisyah!!! Dari
tadi saya bersabar dengan awk!
Hey sial!!! Kau tampar aku???
Berani kau tampar aku?!!! Gertak sam sambil membulatkan mata seperti mahu di
baham pensyarah itu…
Faris cuba melepaskan lagi satu
tamparan tetapi zafrul cepat menahan
Faris! Bukan ini cara untuk menegur…zafrul
cuba menenangkan faris
Tapi… faris mati kata-kata apabila
zafrul membalas kata-kata dia
Takde tapi-tapi faris….
Sam meraba-raba pipi dia yang
terasa pedih akibat tamparan dari pensyarah yang terkenal dengan sikap
bersahaja di dalam kelas…tidak dia sangka akan menerima se bijik tamparan dari
pensyarah dia yang `cool’
Seumur hidup saya takde siapa lagi
yang pernah sentuh muka saya apatah lagi untuk tampar…saya akan pastikan
en.faris akan terima akibatnya kerana berani tampar muka saya
Sam berlalu pergi
Faris mengusap muka yang terasa
masih merah padam akibat menahan amarah
Zafrul hanya melepaskan keluhan
kecil, tidak disangka perkara seperti ini berlaku
Faris kau bagi no aisyah tadi.
Pinta zafrul
Kau nak buat ap rul? Budak macam tu
dah tak boleh nak buat apa-apa dah…keluh faris
Dah tua takka kau nak biarkan je
dia macam tu? Aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dia
I have to find out….terang zafrul
Faris hanya terdiam kerana tidak
mengerti dengan kata-kata zafrul
Hello! Terdengar suara gadis yang
dibuat-buat garau
Assalamualaikum aisyah…sapa zafrul
Waalaikumussalam…jawab aisyah
Ni siapa pulak yang berani panggil
nama aisyah ni? Bikin panas la lu bro bentak aisyah
Saya ustaz poyo yang awak tengking
pagi tadi terang terang zafrul
Aisyah tersentak, dia agak terkejut
kerana tidak disangka ustaz kegilaan student perempuan di kolej itu menghubungi
dia…
Ha kau nak apa? Tak puas lagi kau
marah-marah aku? Sekarang kau nak apa pulak? Aisyah cuba menyembunyikan
perasaan gembira dia
Saya takde apa-apa masalah dengan
awak…Cuma saya nak ajak awak keluar petang esok ada benda yang saya hendak
Tanya…zafrul melembutkan suara
Ustaz nak apa? Nak jumpa saya buat
apa? Tanya sekarang tak boleh ke? Tanya aisyah
Saya nak belanja awak makan takkan
tak nak kot? Tolak rezeki la awak ni…. Zafrul cuba memancing dengan pelawaan
untuk belanja aisyah makan
Serius ke ustaz? Ustaz nak belanja
saya makan? Aisyah sedikit excited sehingga terlupa yang dia sedang
berpura-pura marah….
Esok dalam jam 10 pagi saya tunggu
awak di times square ye? Saya tunggu depan restaurant mcD ok? Jangan lambat
kerana saya tidak suka menunggu Assalamualaikum
Tutt tutt tutt….panggilan telah di
matikan…
Eh sabar la ada ke …..ish belum
habis cakap lagi dia dah letak dah?
Aisyah hanya tersenyum
Rul kau betul ke nak pergi jumpa
dia? Aku tak faham dengan sikap kau ni…. Faris bertanya dalam nada risau
Jgn faris aku perg=i bukan nak buat
apa pun, aku Cuma nak selami jiwa dia mungkin disitu aku boleh memahami
sesuatu… jalan dakwah tidak terbatas dalam keadaan tertentu atau individu
tertentu faris
Zafrul menerangkan kepada faris
bagi merungkaikan persoalan dibenak fikiran faris
Ok, kalau ada apa-apa yang berlaku
terus call aku…. Faris mengingatkan zafrul
Insya’allah faris aku pergi dulu ya
assalamualaikum
Waalaikum salam balas faris
Isha hari aku teringin nak main
bowling la dah lama aku tak main, kau teman aku ya? Pinta isha seperti anak
kecil
Sejak bila pulak kau minat main
bowling ni? Isha seakan kehairanan kerana selama ini dia tidak tahu pun yang
marlia minat main bowling.
Itu lah kau, banyak lagi benda
tentang aku yang kau masih belum tahu…marlia senyum
Memang, terlalu banyak perkara
mengenai diri kau aku dan aku tidak nak Tanya sebab aku nak engkau sendiri yang
cerita pada aku. Isha memeluk marlia seraya berkata ` aku tetap sahabat engkau
walau dari mana sekalipun asal kau
Marlia mengalirkan air mata kerana
terharu `terima kasih isha’
Assalamualaikum ustaz poyo siti
aisyah a.k.a SAM menyapa zafrul
Waalaikumussalam…zafrul tersenyum
dengan panggilan ‘ustaz poyo’
Kenapa awak panggil saya ustaz poyo
pulak? Tanya zafrul
Sebab ustaz memang poyo…suka-suka
je panggil nama penuh saya…lain kali panggil saya SAM ok?
Kalau saya taknak panggil nama tu
dan saya panggil awak aisyah? Macam mana?
Saya tak akan layan huh…siti aisyah
menjuihkan bibir nya
Haa ustaz kata ada nak Tanya saya
tentang sesuatu apa dia? Tanya aisyah
Jom kita pergi main bowling dulu
ok? Zafrul berlalu sambil aisyah mengikuti dibelakang
Main bowling ustaz? Takde kena
mngena pun dengan tujuan kita ke sini? Tanya aisyah
Awak ikut je la banyak Tanya
la….zafrul terus berjalan tanpa berpaling
Ish dia ni, karang aku balik baru
tahu aisyah mengomel di dalam hati
Ok kita deal macam ni, kalau awak
kalah dalam permainan pertama awak kena jawab 5 soalan saya tanpa sebarang
bantahan ok? Zafrul memulakan perangkap supaya aisyah tidak akan lari dari
soalan-soalan yang bakal di Tanya nanti
Aisyah dengan yakin menjawab `ok
kita tengok siapa kalah dan siapa menang
Emm bagaimana pula dengan pusingan
kedua nanti? Tanya aisyah
Jika awak kalah dalam pusingan
kedua nanti saya ada benda nak bagi pada awak dan awak tidak boleh menolak dan
harus menggunakan benda yang saya beri itu setiap hari ok?
Apa bendanya tu? Tanya aisyah
mahukan kepastian
Permainan belum bermula jadi awak
tidak perlulah tahu ok?
Isha aku dah lama tak main bowling
tau akhirnya lepas juga dendam nak main bowling huhuhu
`Sepanjang aku kenal kau lia, tak
pernah pun aku tengok kau main benda ni ‘
Masa mula-mula kita kenal dulu kau
selalu Tanya aku kemana aku keluar dan buat apa, kalau kau nak tahu inilah
aktiviti aku dulu, masa tu kita tak rapat lagi jadi takkan lah aku nak ajak kau
pulak lagipun masa tu aku lebih selesa bersendirian’ terang marlia
Isha hanya tersenyum dengan
penerangan sahabat dia yg sorang ini ‘ kau penuh dengan rahsia lia’ isha
berkata di dalam hati
Ala ustaz mana aci macam ni dua-dua
`game’ ustaz menang huh aisyah memuncungkan mulut tanda protes
Nak buat macam mana dah saya hebat
, slumber dan bersahaja jawapan zafrul
Ok sekarang jom kita pergi makan
dan teruskan dengan agenda utama kita hari ini…awak kalah dalam semua game jadi
awak tunaikan janji awak ok?
Emm ye la…aisyah menjawab
Eh isha itu bukan sepupu kau ke
mamat yang langgar aku hari tu? Kau kata dia `power’
dalam bidang agama kan? Tu dengan tomboy pulak dia keluar marlia berkata sambil
menunjukkan jari kearah zafrul dan aisyah
Ye la, ish dia ni dah kenapa ? dah
takde perempua lain ke nak di buat bakal bini? Gerutu isha
Dah la nanti kau Tanya la dia
sendiri ok? Sekarang jom main dulu ok? Marlia menarik tangan isha supaya
meneruskan permainan
Ok ustaz teruskan dengan
soalan-soalan ustaz, saya dah tak larat nak berjalan…aisyah berkata sambil
menjamah double cheese burger
Ok soalan pertama saya kenapa awak
berpewatakan seperti ini? Maksud saya macam lelaki
Aisyah menjegilkan mata dengan
soalan zafrul
Nanti jangan jawab dulu bagi saya
habiskan dulu kelima-lima soalan saya kemudian awak jawab ok?
Ok soalan kedua saya kenapa awak
buat semua yang dah jadi di kolej tempoh hari? Yang berkenaan poster-poster tu,
awak tentu ada alasan kan?
Soalan yang ketiga dulu awak pakai
tudung tapi sekarang kenapa awak tak pakai? Awak tahukan memakai tudung itu
hukumnya wajib bagi seorang muslimah yang telah cukup umur?
Soalan saya yang keempat kenapa
awak tidak balik kerumah selama berbulan-bulan? Awak tak rindukan mak awak?
Hampir tersembur makanan di dalam
mulut aisyah apabila rahsia yang selama ini tidak ada seorang pun yang tahu tapi zafrul tahu
Dan soalan terakhir saya… emmm
Soalan terakhir saya, saya simpan
dulu awak jawab yang empat soalan tadi zafrul memberi isyarat jari supaya
aisyah mula menjawab soalan-soalan tadi
Perlu ke saya jawab soalan-soalan
tu? Tanya aisyah
Awak tahukan syarat-syarat tadi?
Awak harus jawab semua soalan yg saya Tanya
Baiklah saya jawab , kata aisyah
Saya macam lelaki sebab saya benci
jadi perempuan! Perempuan lemah hati mudah tersentuh dan saya tidak mahu jadi
seperti mama yang selalu menangis kerana papa, papa selalu tinggalkan mama
seorang diri dan kadang-kadang hampir empat bulan tidak pulang ke rumah, jadi
saya mahu jadi tabah seperti lelaki saya taknak jadi macam mama yang asyik
menangis, saya benci papa! Aisyah mengalirkan airmata tanpa disedari
Untuk soalan kedua ustaz, saya buat
semua yang dah berlaku di kolej kerana saya di cabar rakan sekelas, mereka kata
jika saya betul `jantan’ saya kena
berani buat semua tu jadi saya buat
Jawapan bagi soalan ketiga saya
tidak memakai tudung kerana mana ada lelaki pakai tudung dan saya dah terang
kan tadi yang saya mahu jadi lelaki, jadi tudung akan mengahalang saya dari
meneruskan prinsip saya
Untuk soalan keempat ustaz saya
tiada jawapan, saya Cuma mahu lari dari tangisan mama yang sentiasa meratapi
nasib yang dia alami, saya jadi tertekan dan serabut dengan semua itu,
sekurang-kurangnya bila jauh dari mama saya tidak dengar lagi rintihan mama…ada
nada kesal pada getar suara aisyah…
Aisyah terus bangun dan mahu
berlalu tetapi zafrul menahan dengan berkata ` aisyah awak tidak perlu jadi
seorang lelaki untuk menjadi tabah
setabah seorang lelaki, awak tidak perlu jadi lelaki untuk menjadi setegas lelaki….yang
awak perlu adalah pertahankan apa yang awak rasa perlu untuk kehidupan awak,
nama awak sama dengan nama isteri Rasulullah s.a.w, kalau awak nak tahu
saidatina aisyah r.a juga seringkali di uji dengan dugaan tetapi beliau tidak
pun berpura-pura menjadi lelaki untuk memperkukuhkan hati nya, awak sebenarnya
hanya perlukan Allah..tidak perlu jadi seperti
lelaki
Dan awak perlu tahu mahkota seorang
wanita adalah rambut, dan bila awak tidak menutupi mahkota itu, percaya la
lambat laun mahkota awak itu akan pudar serinya, dan awak perlu ingat azab dari
Allah s.w.t
Aisyah apa yang awak buat bukan
mengurang kan masalah awak tetapi awak menambahkan lagi masalah yang sedia ada,
awak ingat bila awak sahut cabaran kawan-kawan awk mereka akan hormat pada
awak? Akan tabik pada awak? Mereka hanya memperbodohkan awak dan awk jatuh
dalam perangkap mereka, awak tewas sebelum awak berlawan…
Awak perlu tahu awak mungkin
terlepas dari tekanan dari mendengar rintihan ibu awak tetapi awak telah
membuatkan ibu awak yang sedia ada sunyi tanpa kasih sayang ayah awak makin
sunyi bila awak tinggalkan rumah. Awak tidak kasihan kah pada ibu awak? Syurga
dibawah telapak kaki seorang ibu itu awak kena ingat sampai bila-bila…awak
baliklah,awak berubah la semula menjadi muslimah bukan ini caranya untuk kita
tunjukkan siapa diri kita…
Dah habis ustaz berceramah? Tanya
aisyah
Sudah jawab zafrul ringkas
Jadi saya nak balik lantas aisyah
berjalan meninggalkan zafrulzafrul mengejar aisyah dan berkata, `ini denda
untuk awak bagi game yang kedua tadi….zafrul menghulurkan sebungkus goodybag
kepada aisyah
Aisyah mengambil dan dan terus
berlalu….
Zafrul menghela nafas
lega…tanggungjawab dia untuk menyedarkan aisyah sudah dilaksanakan
Hanya harus memantau selalu,
Semoga kamu berubah aisyah, jadilah
wanita yang indah rupa dan akhlaq nya seindah nama kamu’ zafrul berkata didalam
hati…kata hati kalam itu satu doa
Zafrul tersenyum
Lai jom la kita makan, perut aku ni
dah berbunyi macam-macam lagu dah ni’ pujuk isha
Ye lah, kau ni asyik nak makan je
la. Marlia tersenyum melihat telatah sahabatnya yang seorang ini
Dah jom kita pergi makan. Isha
menarik tangan marlia
Marlia hanya mengikut sambil
tersenyum
Dengan tidak semena-mena marlia
terlanggar seseorang
`aduh, ya Allah sakitnya…. Marlia
mengaduh
Encik, encik taka pa-apa ke?
Saya……mata marlia membulat apabila melihat orang yang dia langgar itu adalah
lelaki yang sama dia terlanggar tempoh hari
Marlia rasa malu sangat-sangat
seraya berkata ` awak ni letak mata kat lutut ke? Hari tu dah langgar, ni hari
ni pun nak langgar lagi? Marlia suara marah yang ditahan-tahan supaya tidak ada
yang dengar
Zafrul hanya mampu mengurut dada
kerana terasa sakit akibat kepala marlia terhentak di dada nya
Zafrul yang sedari tadi diam
menyapa isha ` hah isha buat apa di sini? Tak balik kampung ke?
Isha tersenyum dan menjawab ` taka
bang zaf, isha dah balik minggu lepas jadi minggu ni isha tak balik lah
Zafrul hanya mengangguk tanda faham
Lia kau ok? Isha bertanya
Aku ok, jantan ni la asyik nak
langgar-langgar orang je, marlia mencebik kan muka
Isha hanya tergelak ` kau tu yang
langgar dia, kau pulak yang marah dia
Mana ada, dia yang langgar aku `
marlia buat suara merajuk
Abang zaf ini marlia kawan isha,
satu pejabat dengan isha ` isha memperkenalkan mereka berdua
Zafrul tersenyum dan berkata ` Assalamualaikum,
selamat berkenalan cik marlia
Waalaikumussalam..emm ye ` marlia
menjawab dengan acuh dan tidak sahaja
Haa, tadi isha Nampak abang zaf
dengan seorang perempuan, tak bertudung pula tu. Siapa dia abang zaf? Awek
abang zaf ye? Isha bertanya dengan nada bergurau
Nampak je budak ni, tak lah dia
student kat kolej tempat abang mengajar..jangan nak buat gossip liar ye `
zafrul membuat isyarat jari tanda jangan
Student konon, takkan la keluar
dengan student berdua je? ` marlia seperti berbisik
Tetapi zafrul mendengar dengan
jelas setiap butir perkataan yang marlia sebutkan
`Saya sebagai seorang pengajar
tidak termaktub setakat di bilik kuliah sahaja, saya diluar juga sebagai
pensyarah dan kawan, lagipun berdakwah tidak kira masa dan tempat. Di
mana-mana,sesiapa sahaja, dan tidak kira waktunya hatta di facebook sekalipun ‘
zafrul berkata dengan nada seakan menyindir
Isha hanya tersenyum kerana faham
sangat sikap zafrul
Marlia tersipu malu kerana apa yang
dia omelkan tadi rupanya didengari oleh zafrul
Ok lah isha abang nak balik dah ni,
hati-hati jangan merayau tak tentu fasal…Assalamualaikum
Waalaikumussalam..
Assalamualaikum ustaz, aisyah
menyapa
Waalaikumussalam…zafrul menjawab
namun ada riak kehairanan diwajah zafrul
Ye boleh saya bantu?
Ustaz tak kenal saya ke? Tanya
aisyah
Maaflah saya tak
kenal…..tapi…..zafrul seakan cam suara dan mata gadis di hadapannya ini
Aisyah?!! Awak aisyah? Tanya zafrul
dengan suara terkejut
Ye ustaz saya aisyah….aisyah
tersenyum
Subhanallah…..Alhamdulillah ya
Allah….kau buka juga pintu hati anak gadis ini ya Allah..zafrul berkata-kata di
dalam hati
Ustaz! Laungan aisyah membuatkan
lamunan zafrul terhenti
Kenapa ustaz pandang saya macam tu?
Tak elok orang lain Nampak nanti
Astarghfirullah hal azim…..ap aku
buat ni? Zafrul seakan tersedar dari mimpi
Maafkan saya, saya terkejut dengan
perubahan awak aisyah, apa pun syukur Alhamdulillah awak sudah mula masuk jalan
yang betul untuk menuju redha dan rahmat ilahi….saya doakan awak istiqomah ya?
Zafrul member kata-kata semangat buat aisyah
Aisyah hanya tersenyum
Err…emm ustaz ada hal ni nanti kita
berbual lagi ye kalau ada masa, dan kalau awak ada apa-apa nak Tanya nanti call
je ok? Zafrul seperti cacing kepanasan rasa nya mahu sahaja dia lari dari situ.
Tidak mahu hatinya di hasuti syaitan kerana terpana dengan kecantikan aisyah.
Ustaz ni kenapa? Mengelabah semacam
je? Tanya aisyah
Takde apa aisyah, ustaz ok…zafrul
menjawab pendek sambil tersenyum dengan senyuman yang dibuat-buat.
Kalau tak ada apa-apa saya mohon
diri dahulu ya ustaz , aisyah berlalu
Waalaikumussalam
Assalamualaikum ya akhi zafrul, min
aina enta? Faris menyapa zafrul yang sedari tadi termenung jauh
Waalaikumussalam, wah dah pandai
berbicara dalam bahasa syurga…zafrul tersenyum
Alah sikit-sikit boleh la, itu pun
sebab kau selalu sebut kalau tidak memang aku tak tahu la nak cakap arab….faris
tergelak sendirian
Ha kau gelak ni kenapa? Zafrul
merasa hairan dengan sikap faris
Kau tahu tak si SAM tu dah mula
pakai tudung, lepas je kau dengan dia keluar hari tu terus dia berubah dengan
drastik, ada apa-apa ke yang kau nak beritahu aku? Tanya faris sambil
melemparkan senyuman yang mengandungi maksud yang dalam.
First nama dia bukan SAM tapi siti
aisyah binti Muhammad, second aku takde buat apa-apa pun la. Syukur
Alhamdulillah la dia dah berubah yang kau pelik ni kenapa?
Takda lah, secara tiba-tiba je dia
berubah, baguslah kalau nasihat-nasihat yang kau sampaikan dia dengar dan
faham. Faris menepuk bahu zafrul
Kita doakan sahaja semoga dia
istiqomah dalam perubahan ini, haa hari tu kau kata kalau dia pakai tudung dan
dah berubah kau nak suntiing dia menjadi isteri kau? Zafrul mengingatkan faris
Faris terkejut dengan pertanyaan
zafrul, ` kau serius sangat dengan kata-kata aku tu kenapa? Aku bergurau je la
zafrul’ faris menggelengkan kepala
Faris aku kenal engkau bukan sehari
dua sahabat, dari kita belasan tahun lagi tahu, sekilas ketenangan kau tu aku
tahu ada gelora dalam jiwa. Sudah lah, kalau kau malu nak cakap kat dia biar
aku yang sampaikan maksud hati kau ok? Zafrul menyakinkan faris
Eh kau jangan main-main zafrul aku
tak mahu kau cakap kat dia, malu la aku’ faris tahu dia tidak layak untuk gadis
secantik aisyah. Lagipun kau tengok lah fizikal aku zafrul, tak macam yang
gadis-gadis di dunia ini mahukan, jauh sekali seperti impian mereka. Ada raut
wajah kecewa dari air muka faris
Faris sahabat ku, jodoh pertemuan
dan segala yang diciptakan oleh Allah s.w.t tiada satu pun yang Allah cipta
yang buruk, semua indah. Semua cantik, Cuma cantik itu subjektif terpulang pada
yang mentafsirkan cantik itu dari segi apa, semua manusia yang diciptakan Allah
cantik faris, fizikal bukan penentu keimanan seseorang faris. Zafrul bermain
kata-kata kerana dia tahu orang yang tumbang dengan kekurangan ini harus di
main tarik tali untuk meneguhkan semula keyakinan nya.
Jodoh itu ketentuan faris, yang
belum ditentukan itu adalah usaha kita disulam pula dengan doa dan tawakal,
jika sudah diusaha masih bukan milik kita itu tandanya ada yang lebih elok
untuk kita yang telah direncanakan oleh Allah. Kita je yang kena husnul zhon
dengan Allah faris. Zafrul menepuk bahu
faris
Tapi…..kata-kata faris di potong
apabila zafrul berkata
Tak ada tapi-tapi lagi insya’allah
esok aku akan berjumpa dengan aisyah dahulu kemudian jika dia bersetuju aku
akan jumpa ibu dia ok?
Faris hanya mengangguk tanda
setuju, dia hilang kata-kata untuk berhujah dengan zafrul
Deringan telefon bimbit aisyah
mematikan lamunannya, siapa pula yang hantar sms malam-malam macam ni?
`assalamualaikum aisyah, saya
en.zafrul, esok kamu ada masa tak waktu petang. Ada sesuatu yang ingin saya
sampaikan’
Aisyah menggaru kepala yang tidak
gatal kerana tidak tahu nak buat apa
Zafrul tersenyum apabila aisyah
membalas sms
Waalaikumussalam, insya’allah saya
free esok. Kenapa ya en.zafrul?
Aisyah segera capai telefon
bimbitnya apabila ada sms diterima
Kalau begitu esok kita jumpa kat
tempat hari tu ya?
Aisyah membalas `ok’
Isha hari ni aku ingat nak pergi
time square lagi la, ingat tak selendang yang aku tunjuk hari tu? Aku nak beli
la cantik , marlia tersenyum apabila terbayangkan selendang kelmarin
Ye la cik lia oi, aku kan
dilahirkan memang untuk escort kau kemana-mana, isha berseloroh
Amboi tak ihklas ye selama ini? Marlia mencebikkan
bibir
Hahahaha, aku gurau je la ish makin
cepat terasa la kau ni lia, isha memeluk marlia
INsyaAllah cerpen seterusnya lebih menarik jalan cerita nya..
ReplyDeleteInsyaAllah ada msg dakwah d citu..
Tahniah!