Tuesday, 17 April 2012

Dua golongan yang akan menjadi ahli neraka




Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.Pertama,golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.


Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka(sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget.Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga.Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".   (Hadis Riwayat Muslim)


HURAIAN HADIS 

Golongan yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ini dapat kita lihat pada   hari ini.Ada golongan yang memukul orang lain tanpa disoal siasat. Golongan kedua yang disebutkan di dalam hadis ini,perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.Maksudnya,kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan,dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. 

Pada hari ini ramai juga yang berpakaian dengan pakaian yang nipis sehingga  menampakkan warna kulit dan mencorakan bentuk aurat.Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,seperti bonggol unta.  Kedua-dua golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas tidak akan masuk  ke dalam syurga bahkan bau syurga juga tidak akan dapat dihidu,sedangkan wangi syurga boleh tercium dari jarak perjalana selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...