Assalamualaikum
Khutbah solat jumaat tadi membuka mata aku dan menyedarkan
aku mengapa aku mencari suri yg solehah, terjawab sudah segala persoalan. Tajuk
khutbah lupa pula tapi berkenaan mendidik anak2 sebelum anak itu lahir…iaitu
sebelum ia wujud.
Dalam khutbah itu khatib menerangkan beberapa contoh tentang
bagaimana Rasulullah s.a.w berada didalam keturunan yang baik-baik dan mulia.
Semua telah Allah rancang dengan sempurna kehadiran Baginda telah di sambut
sebelum kelahiran baginda.
Cerita bermula pada zaman nabi Ibrahim dan nabi ismail, pada
suatu hari nabi Ibrahim a.s telah menziarahi ke rumah nabi ismail namun nabi
ismail tiada. Yang ada hanya lah isteri nabi ismail yang tidak mengenali nabi
ibrahim lalu nabi Ibrahim bertanya dimanakah ismail lalu si isteri menjawab
nabi ismail pergi berburu. Lalu nabi Ibrahim bertanya apakah yang ada didalam
rumah mu, maka si isteri menjawab tiada apa pun di dalam rumah ini tiada
makanan dan tidak tertinggal satu pun makanan di dalam rumah ini. Maka apabila
nabi Ibrahim mendengar penjelasan si isteri maka terdetik lah perasaan kurang
senang di hati nabi Ibrahim lalu nabi Ibrahim meminta diri dan menyampaikan
pesan kepada isteri nabi ismail supaya disampaikan kepada nabi ismail iatu ‘tukarlah pintu rumahmu ini’.
Selang beberapa ketika selepas nabi Ibrahim pulang nabi
ismail pula sampai kerumah, tanpa menduga sesuatu telah berlaku. Setelah itu
nabi ismail bertanya adakah sesiapa yang datang untuk menemui ku? Lalu si
isteri berkata ‘ada seorang orang tua mencarimu dan dia meninggalkan pesan
iaitu supaya kamu menukar pintu rumah mu ini. Lalu nabi ismail berkata org tua
itu adalah bapa ku dan dia mahu aku menceraikan mu maka pulanglah dikau ke
pangkuan keluargamu. Setelah bercerai nabi ismail berkahwen pula dengan sorang wanita
yg pandai menghormati org tua dan tetamu dan dari wanita yg solehah dan baik
itulah asalnya keturunan nabi Muhammad s.a.w.
Motif nabi Ibrahim menyuruh nabi ismail menceraikan
isterinya kerana isterinya menceritakan keaiban suami dan tidak menghormati tetamu
langsung tidak menjemput masuk atau bertanya siapakah gerangan yg datang.
Bermula dari situlah keturunan nabi Muhammad s.a.w di didik dengan akhlaq yg
mulia dan terpuji. Cantik bukan aturan Allah s.w.t yang mengajar manusia
bagaimana membina keluarga yang soleh dan solehah serta mempunyai akhlaq yang
baik.
Dalam satu kisah tentang seorang pemimpin yang kita sebagai
umat islam sangat arif tentang kepimpinannya iaitu umar bin abdul aziz iaitu
keturunan umar alkhattab. Pada suatu malam umra alkhattab berjalan meronda
sekitar Bandar lalu berehat seketika. Ketika berehat saidina umar terdengar
perbualan antara seorang ibu dan seorang anak gadis. Butir bicara seperti
berikut ( lebih kurang) ‘ibu mahu mencampurkan perahan susu tadi dengan air,
lalu si anak gadis menjawab jangan ibu nanti khalifah umar tahu, kerana beliau
sangat peka. Lalu si ibu berkata tidak mengapa umar tidak akan tahu kerana
ramai lagi peniaga yang berbuat seperti ini. Lalu si gadis menjawab ya umar
mungkin tidak tahu tetapi ada yang mengetahui ibu Allah maha mengetahui.
Selepas itu azan subuh berkumandang lalu umar bergegas untuk mengimamkan solat
subuh.setelah itu umar pulang kerumah dan memanggil anak lelaki beliau yang
berna ‘asim, dan umar mengarahkan anak nya supaya menyelidiki latar belakang
keluarga tadi ( setelah umar menceritakan kejadian pada malam sebelumnya).
‘asim terus berlalu dan menyelidiki keluarga tersebut atas arahan ayahndanya.
Setelah itu ‘asim pulang dan menceritakan segalanya kepada ayahndanya segala
apa yg diselidiki maka umar memerintahkan ‘asim supaya menghantar rombongan
untuk menyunting anak gadis dari keluarga itu. Maka dari keturunan itulah umar
abdul aziz lahir sebagai zuriat serta pemimpin yang adil seperti umar
alkhattab. Umar abdul aziz adalah anak kepada cucu umar alkhattab yang bernama
laila yang punya akhlaq yg terpuji, laila adalah anak ‘asim dan gadis yang
dinikahi itu. Malah bagi menguatkan kisah ini pada suatu hari umar al-khattab
telah bermimpi melihat seorang yang sama nama dengannya memerintah dengan adil
seperti mana beliau memerintah. Cerita ini hanya diceritakan dikalangan ahli
keluarga sahaja dan sehingga kewafatan beliau cerita ini tetap hanya diketahui
oleh ahli keluarga sahaja.
Laila cucu umar al-khattab telah berkahwen dengan gabenor
mesir yang sangat soleh dan adil pemerintahannya yang bernama abdul aziz bin
marwan. Melalui mereka lah umar abdul aziz dilahirkan dan dibesarkan dengan
didikan yang sempurna. Sungguh islam itu mengaturkan penganutnya supaya
berakhlaq mulia supaya generasi akan datang juga mempunyai akhlaq mulia..
Nak tau apa motif entry kali ini?....korang boleh fikir kot
bagaimana untuk mendidik anak sebelum mereka lahir….iaitu dengan mencari wanita
atau lelaki yg soleh dan solehah supaya mampu melahirkan zuriat yang berakhlaq
mulia dan soleh serta solehah. Maka terjawab lah sudah mengapa aku mencari yang
solehah, tidak salah bukan?....bukan memilih tetapi demia menjaga kesinambungan
keturunan. Bukan bermakna jodoh kita ditetapkan atas kehendak kita tetapi Allah
jua lah yang menentukan segalanya. Sekian
walahhualam
No comments:
Post a Comment