Tuesday, 29 May 2012

berubah itu menyeronokkan






Assalamualaikum, hari ini aku nak merajinkan diri aku untuk menaip tentang berubah. Atas berdasarkan pengalaman aku dulu2 masa zaman2 ‘jahil’, bukan mudah tau nak berubah ni tapi kalau kita tak cuba untuk berubah sampai bila2 pun kita xkan berubah kn? Kat sini aku nak cerita la sikit pengalaman kehidupan bangang aku dulu, dan bagaimana aku berubah. Hope apa yg terkandung dalam entry ni menjadi titik permulaan untuk kita sama2 berubah dan terus melakukan perubahan insyaallah.

 Aku mula terikut2 budaya barat ni masa zaman skolah dulu la, bayangkan di maahad sudah terikut2 budaya hip hop dan grunge. Kadang2 berseluar besor2…kadang2 berseluar ketat giler, konon2 nak jadi kurt cobain. Hahaha ada ke nak ngikut kapir tu, tpi itu masa zaman nak mencari identity diri nak cari sesuatu yang bersesuaian dengan diri.




Pastu bila dah habis skolah n xsambung pengajian trus keje n knal ngn ramai org, dan punya mcm jenis kawan. Aku mula pulak ubah penampilan dan cara kehidupan, aku jadi seorang punkers….hahaha…ala yg masuk dalam tv tu…skin head n punk makan sampah. Tapi aku bukan golongan seperti itu kerana aku punya pekerjaan sendiri so aku xde la susah pun. Dorg yg dikatakan makan sampah tu bukan sampah yg dorg makan, Cuma sisa maknan yg masih elok.

Aku berminat dengan punk ni sbb perjuangan dorg (konon2), memperjuangan hak suara remaja dan masyarakat. Cuma ada sesetengah dari mereka yang membawa fahaman yang xbagus seperti free seks, atheis dan mcm2 lagi la. Kadang2 membuatkan aku melabelkan dorg ‘sampah’ sbb dorg xde pegangan n perjuangan xde asas. Lama jugak la dalam punkers ni sampai la aku dah jemu dengan kehidupan mcm tu, alah lagi pun aku dlu poser je….bukan 100% aku hidup dalam kehidupan punkers sje nak seronok2…huhuu



Selepas kehidupan sebagai punkers aku mula berjinak2 dengan dunia merempit tapi xmerempit pun Cuma bwk motor laju2 pastu huru hara sikit kat jalan raya kompom org labelkan ko mat rempit ye tak?
Masa ni la mula ase nak modified motor kasi laju (padahal standard jek) make up skit motor…masa tu hati panas, bese la org muda pantang ada yang memotong kompom kejar punya walaupun tau kompom xleh nak kejar. Mana nak kejar nye aku nek kriss yg aku kejar nek rxz memang bertiang la kena tapau ye x? masa ni la kehidupan aku sedikit tersasar dari makna kehidupan sebagai manusia. Ye la bila dah bermotorsikal lau xde awek bonceng kat belakang memang bukan remoit la bro, tapi aku xde la bwk cikaro ok…bohsia2 ni aku xmain….semua awek yg mmg aku nak wat bini, dulu nak bini seksi2..hahaha bodohnya aku dulu…


Pastu aku dah mula slow ngn motor sbb selepas kejadian aku terbang tapi jatuh tersembam atas tarr sambil kaki aku patah maka bermula episode aku takut ngn kenderaan lain khusus lori dan kete. Lepas kes kemalangan tu aku dah mula la slow skit ngn dunia2 yg xde bawa ap2 makna ni. Aku mula ada niat nak kje kumpul duit beli kete n umah pastu kwen…





Nak tau mcm ne perubahan boleh berlaku? Bila kita ada simpan niat walaupun sekelumit niat tu insyaallah Allah akan buka pintu hati kita dan buka jalan utk kite berubah. Asalkan kite sendiri mahu berubah dan nekad untuk melakukan perubahan hidup. Alhamdulillah sekarang aku dah boleh tersenyum dalam kehidupan walaupun lepas berubah ni dugaan sgt2 byk yg dtg, biasa la xmudah perjalanan menuju akhirat ni kan?

Apa pun pada sahabat2 semua yg baca entry ni (kalau ada yg baca) ingatlah untuk berubah kena mula dari diri kita sendiri jangan tunggu hidayah dtg kerana hidayah dah dtg sejak 1400 tahun dulu lagi jadu xde alas an untuk kite member alasan xsampai seru ke xdpt hidayah ke…itu semua alasan syaitan yg berada dalam hati kita je. Sama2 kita membangun bersama islam…sama2 kita menuju kejayaan dunia dan akhirat…jom sama2 berani melakukan perubahan….

Sekian nukilan dari
Syahid atau menang


No comments:

Post a Comment

Jom Solat!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


entry sal bible

http://zinnierabalqis.blogspot.com/2010/12/allah-repeal.html?showComment=1333819759810#c8330836140122267326
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...