Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah ari ni masjid al-azhar kuis di kujungi sheikh ihab abdulrahman assaid, salah seorang imam masjid alhuda Palestine dan juga merangkap ahli jawatan kuasa majlis fatwa palestin. Kedatangan beliau secara xlangsung atas jemputan pihak masjid dan pelajar2 kuis kalau xsilap. Ceramah beliau berkisar tentang betapa pentingnya Negara palestin kepada umat islam dan di sini aku nak kongsi skit la sal apa yg dia sampaikan selepas solat jumaat tadi.
Beliau menceritakan bahawa Negara palestin adalah Negara yang di berkati Allah aza wa jala seperti mana makkah almukaramah yg di dalam nye terdapat kaabah. Sebagaimana Allah memberkati makkah dan kawasan2 sekitar nye, Palestine juga adalah salah satu Negara yang diberkati Allah kerana disitu berhimpunnya para anbia’ dan disitu juga adalah kawasan2 termakamnya jasad2 para anbia dan wali2 Allah.
Beliau berkata Negara palestin satu2nya Negara yang sgt2 mahu di takluki oleh org2 yahudi dan nasara kerana mereka mengetahui bahawa Negara palestin adalah antara pencetus kemaraan umat islam dalam memperjuangkan agama Allah. Beliau juga mengingatkan bahawa Negara palestin adalah Negara umat islam bukan khusus utk rakyat palestin sahaja justeru itu semua umat islam hendaklah mempertahankan Negara palestin kerana palestin adalah milik umat islam. Bukan tanggungjawab mempertahankan Negara palestin itu semata2 kepada rakyat palestin.
Ada satu kisah benar2 yg terjadi dan kisah ini menunjukkan bahawa sesiapa yg bersatu dan berjuang kerana Allah semata2 akan di bantu Allah dan kisah ini berlaku di Palestine. Ada satu hari apabila jet perjuang Israel melepaskn bom yg besar kearah sebuah rumah di mana di dlm rumah itu terdapat isteri dan anak pejuang palestin namun dengan kuasa Allah serta keberkatan Negara palestin rumah itu tidak hancur berdiri kukuh seperti sedia kala malah bom itu tidak meletup pun.
Dan diceritakan beliau tentang satu kisah seorang lelaki yg bersendirian di dalam masjid al-aqsa utk beribadah,dan pada masa yg sama ada beberapa org yahudi zionis mungkin tentera Israel merancang untuk merobohkan masjid al-aqsa….mereka membawa peralatan2 utk kerja2 keji mereka. Tatkala itu lelaki tadi berjalan keluar utk membuang air kecil lalu terpandang lelaki yahudi itu seraya melaungkan takbir Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!....lalu lelaki2 yahudi tadi bertempiaran lari dan ini menghairan lelaki tersebut. Apabila di siasat baru lah tahu tatkala lelaki itu berteriak melaungkan takbir lelaki2 yahudi itu ternampak ribuan umat islam melaung bersama2 laungan takbir dan bertempiaran larilah lelaki2 yahudi itu. Dan kisah ini diceritakan sendiri lelaki yg mengalami keadaan itu kepada sheikh ihab abdulrahman assaid. Ini mebuktikan bahawa Allah sentiasa membantu hamba2nya yang sentiasa berjuang demi menegakkan islam, Allah sentiasa bersama kita dan sentiasa akan membantu kita.
Beliau juga mengingatkan umat islam di Malaysia khususnya bahawa betapa pentingnya umat islam bersatu dalam menegakkan syiar islam. Islam xkan di geruni seperti dahulu jika umat islam hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan umat islam yang lain. Aku sokong kata2 beliau kerana dari hadis rasulullah yg bermaksud tidak beriman di antara kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri sendiri.
Beliau telah beberapa kali datang ke Malaysia dan beliau lihat tiap kali masuk waktu solat hanya beberapa jemaah sahaja yg ada, paling ramai 25 org jemaah. Dan beliau sedih kerana mengingatkan palestin juga seperti di Malaysia 30tahun dahulu. Namun sekarang atas kesedaran umat islam palestin mereka apabila tiba waktu solat fardhu maka berduyun2 lah mereka ke masjid baik dari muda mudi sehinggalah org tua. Dan ini membuatkan yahudi semakin menggeruni islam, hanya dengan sebilangan kecil umat islam di palestin. Bayangkan lah jika umat islam seluruh dunia bersatu agak2nye lah kana pa akan jadi dengan hati2 yahudi dan nasara?....Allahukabar…
Orang alim yahudi berpesan kepada tentera2 yahudi supaya tidak mengganggu umat islam kerana tiap seorang perjuang palestin gugur maka lahir 8 org pejuang palestin. Lantas mereka tidak mengganggu org2 palestin pada keadaan2 terte ntu. Maka bermulalah episode gerakan2 dakwah di seluruh palestin bagi meningkatkan kesedaran dan memperbaiki akidah umat islam.
Belia juga berkata umat islam telah membuat satu kesilapan apabila membiarkan org2 kafir menyerang negara2 umat islam terlebih dahulu kerana pada zaman rasulullah dan sahabat islam akan datang ke negara2 seperti rom dan parsi utk menyampaikan dakwah dan setelah tiba zaman umar alkhattab tentera islam menyerang rom dan parsi yg pada ketika itu digeruni negara2 lain. Namun atas usaha2 umat islam rakyat rom dan parsi beransur menganut agama islam kerana contoh yang ditunjukkan umat islam.
Bayangkan negara2 yang dijajah eropah khususnya negara2 yang menganut agama kristian, telah terpengaruh dengan budaya dan tatacara hidup org2 kafir. Lihat je kat Negara kita Malaysia, inilah kesannya apabila Negara kita dijajah org barat, anak2 muda terpengaruh malah ada yg berani menolak islam secara terang2an. Ini semua adalah natijah dari tanah melayu yang dijajah pihak british dan portugis yang mencanang agenda2 agama kristian. Yang rugi adalah org2 melayu sendiri kerana tidak berpegang teguh kepada agama islam dan terlalu memandang kemajuan yg barat war2kan.
Apa yang aku dapat kongsikan di sini adalah dari apa yang aku faham dan aku dengar dari seorang pejuang palestin yang tidak kenal erti jemu berjuang. Bagi rakyat Malaysia sama2 lah kta memperjuangkan islam kerana orang yang berjuang demi agama islam adalah lebih mulia dari org yg berjuang demi bangsa. Bangsa melayu xkan dgeruni musuh jika yang ada dlm hati2 umat melayu hanyalah bangsa, tetapi jika di dalam hati2 umat melayu tersemat cintakan islam maka umat melayu akan digeruni setiap lapisan bangsa seperti mana umat islam arab pada zaman rasulullah dan para sahabat di geruni pihak2 musuh.
Titipan pena syahid atau menang
No comments:
Post a Comment