Assalamualaikum, hari ini aku kongsi skit la bab2 takdir ni, aku xde la pandai mana tapi nak kongsi skit2 tu insya’allah boleh. Focus aku ari ni pada takdir yang kadang2 manusia ni terlepas pandang, even benda tu kecik tapi maknanye sgt luas. Klu korg jenis manusia2 yg berfikir insya’allah korg akn perasan benda2 ni semua. Takdir ni sesuatu yg kita xnmpk, kita mungkin mengaku kite beriman dgn qada’ dan qadar tapi sejauh mana? Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Ok mula2 skali korg ne faham maksud takdir ni, pada aku budak skolah rendah pun dah fhm kot takdir tu mcm ne. so mcm yg korg tahu takdir ni adalah satu ketentuan yang telah tertulis di luh mahfuz, sesuatu yang telah Allah rencanakan utk semua hamba2nya. Tapi bukan lah ketentuan yangtelah tertulis itu tidak boleh di ubah, boleh dgn syarat korg berdoa pada Allah dengan sebenar2 pengharapan. Contoh korg dalam belenggu kemiskinan, takdirnya keadaan korg miskin dari dulu sampai la sekarang so xkn la korg nak hidup dlm kesusahan? Betul? Allah tu MAHA PEMURAH dan MAHA MENGASIHANI…lagi pun pada sapa lagi kita nak mtk selain Allah?... hanya pada NYA lah kita meminta dan memohon tiada yang lain yg mampu memakbulkan doa kita. Kan?
Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”
Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t. So bila kita berdoa tu jgn la harapkan dimakbulkan serta merta, Allah MAHA MENGETAHUI akan segala sesuatu. So xsemestinya apa yg korg mtk tu member kebaikan kepada korg kn?... Apa pun berserah sepenuhnya kepada Allah tapi igt perlu di sulam dgn doa tawakal dan usaha. Nak kan sesuatu tu kite ne usaha jugak lau x mne nak dtg? Kn?
Soal jodoh ni pun dalam kategori takdir jugak iaitu sesuatu yg ditentukan oleh Allah s.w.t dan kita tidak layak untuk menentukan siapa jodoh kita. Yang kita boleh ialah berdoa,tawakal dan berusaha…sbb yg menentukan segala sesuatu itu adalah Allah s.w.t bkan diri kita atau sesiapa. So utk jodoh kita harus berdoa,berusaha dan tawakal…serta berserah segala urusan kepada Allah s.w.t. Allah lebih mengetahui semuanya jika nak di bandingkan dgn akal manusia serta kemampuan manusia yg terbatas ni. Kn?
Manusia ni kadang2 memohon utk sesuatu yg indah2 utk dia, tapi dia xtahu apakah keindahan itu sesuai dgn kita ataupun tidak?... sbb tu la kena kembali kepada Allah yang menciptakan ala mini dan segala isinya. Allah MAHA MENGETAHUI segala yg nyata dan tersembunyi. Dan jangan pulak korg sedih bila keindahan yang korg impikan tu dimakbulkan tetapi di tarik semula, Allah tahu apa yg terbaik utk korg so jgn la sedih.
Macam kes remaja2 yg ske kapel2 ni….hasrat hati nak kekal hingga ke akhir hayat dan anggap pasangan kita tu memang yg terbaik utk kita…tapi masa depan korg xkan tahu kerana yg MAHA MENGETAHUI itu hanya Allah s.w.t je. Nak tau x kenapa bila korg bercinta tapi xkekal? Last2 bila sampai waktu korg nak dirikan rumahtangga korg dapat isteri yg xpernah korg impikan kn pun jauh sekali ciri2 yg korg nak…mesti korg ase mcm ‘xpe lah ini je yg layak utk aku’….so dgn rasa geram nye aku nk gtau yg korg BODOH sbb isteri yg ko kahwini itu lah jodoh yg terbaik utk ko tau x….ish bngong la ko ni….eh terlebih sudah….hahahaha….mcm ni la Allah beri kau kekasih yg cantik dan sempurna di mata korg tapi korg tau ke ap yg terkandung lam hati kekasih korg tue?...xtau kn?....Allah tahu…klu dah si cantik/ si hensem tu xikhlas ngn korg, korg tau ke? Xkn? Jadi Allah tau ap yg ada dlm hati pasangan masing2…jadi Allah jarakkan hubungan korg sejarak2nye….dan Allah gantikan yg lebih baik hati dan akhlaqnye…maka terima mereka dengan hati yg terbuka kerana itu adalah ketentuan Allah dan jodoh yg terbaik utk korg semua….baik kan Allah kurniakan seseorang yg mencintai korg bukan sesorang yg korang cintai tapi belum tentu mencintai korg….ye tak?....
bukan soal jodoh je sebenarnya....takdir ni luas dan mencakupi setiap isi perjalanan kehidupan kita, jadi kita harus ingat bahawa yg kta sandarkan takdir ini HANYA pada Allah semata bukan pada makhluk lain...kita korg sandarkan pada makhluk lain maka korg dah mensyirikkan Allah....tempatnye neraka jahannam...
point yg aku nak sampaikan sebenarnye….takdir Allah adalah rahsia…yg boleh kita lakukan adalah berdoa berusaha tawakal dan berserah….janji Allah tetap akan tiba….berusaha lah mencintai Allah kerana kau akan di kurniakan pasangan yg sama mencintai Allah…indah sungguh islam ni kan?....untuk bergelar seorang muslim itu mudah namun untuk bertindak sebagai seorang muslim itu yang payah jika tiada ilmu, tiada keyakinan dan tiada keimanan terhadap Allah serta segala ketentuan NYA.
Dua perkara sahaja yg di rindui hamba Allah yg soleh….sama ada syahid di dunia mendapat ganjaran di akhirat sana atau menang di dalam perjuangan menegakkan agama Allah dan pulang kepada NYA dengan cahaya kemuliaan.
Catatan dinding oleh : Syahid Atau Menang
No comments:
Post a Comment